Bekas Ahli Lembaga Penasihat Letak Jawatan 6 Bulan Lepas 1MDB Gagal Beri Penjelasan
Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias mendedahkan beliau meletakkan jawatan selepas 6 bulan gagal menerima penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat hutang itu.
Beliau yang merupakan Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), berkata permintaannya untuk mendapatkan maklumat tidak diendahkan.
"Saya minta (laporan) mengenai untung dan rugi. Saya tunggu sehingga 6 bulan dan tidak mendapat sebarang taklimat. Selepas itu saya letak jawatan," katanya pada persidangan "National Conference on Governance, Risk and Control; Gearing for Innovation" di Kuala Lumpur hari ini.
Samad berkata beliau dilantik sebagai lembaga penasihat 1MDB akhir Januari lalu.
Tambahnya, walaupun sudah berulang kali meminta maklumat berkaitan kewangan namun 1MDB hanya membisu tanpa maklum balas.
Katanya, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada akhir Julai.
“Pada 29 Julai saya saya hantar surat letak jawatan,” katanya pada satu sesi soal jawab dalam persidangan tersebut.
1MDB pada 21 Januari 2015 melantik Samad sebagai anggota lembaga penasihatnya.
Dalam satu kenyataan 1MDB berkata, lembaga itu yang dianggotai tokoh tempatan dan antarabangsa merupakan badan membimbing syarikat itu dalam mencapai matlamatnya.
Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, syarikat itu berbangga dengan penyertaan Samad, antara tokoh yang paling dihormati dalam komuniti kewangan Malaysia, dalam lembaga penasihatnya.
Samad mempengerusikan PIDM sejak 15 Ogos 2011. – The Malaysian Insider/7 September, 2015.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.