Bayar RM2.5 Juta untuk Anak Panda: Netizen Persoal Kewajaran
KUALA LUMPUR: Ramai yang beranggapan anak panda yang dilahirkan Ogos lalu akan menjadi hak milik Malaysia.
Namun pengesahan yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyangkal tanggapan tersebut.
Menurut Wan Junaidi, seperti yang dilaporkan portalThe Sun Daily, anak panda itu bukan milik Malaysia dan perlu dipulangkan kepada China apabila berusia 2 tahun.
Malaysia juga perlu membayar AS$600,000 (RM 2.5 juta) kepada China untuk setiap anak panda yang dilahirkan di sini.
LIHAT GRAFIK: Anak panda Liang Liang
Di laman sosial, ramai yang mula mempersoalkan kewajaran situasi ini. Netizen berpendapat, negara seolah-olah tidak mendapat keuntungan dalam hal ini.
Sekalipun mereka sedar kehadiran panda-panda berkenaan membantu menjana tarikan baharu dalam pelancongan, ia tetap dilihat sebagai tidak berbaloi.
Nama yang bakal dipilih untuk anak panda itu juga perlu mendapat kebenaran dari kerajaan China.- Awani/21/9/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.