Didakwa Mahu Rogol Artis, Jamal Buat Laporan Polis
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos hari ini membuat kira-kira 17 laporan polis berhubung pelbagai dakwaan yang dianggapnya fitnah dan tohmahan.
Antara laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan dalam media sosial dan blog yang mendakwa beliau ingin merogol seorang artis.
Beliau juga membuat laporan polis berhubung dakwaan sebuah lagi blog yang memaparkan gambar beliau bersama Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa menerima wang berjumlah RM3 juta dari perdana menteri.
"Saya buat laporan polis hari ini mengenai fitnah dan tohmahan di media sosial.
"Saya lihat semakin keterlaluan. Jadi hari ini saya bersama peguam, dah berbincang beberapa hari yang lepas untuk ambil tindakan pada mereka yang tak bertanggungjawab," katanya.
Jamal berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini. -Malaysia Kini/23/9/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.