Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label 1MDB. Papar semua catatan

, ,

Khamis, 19 Mei 2016

Penyiasat AS Kini Tumpu Hartanah Riza RM138 juta di UK




Penyiasat Amerika Syarikat (AS) dikatakan sedang menumpukan kepada hartanah mewah yang dibeli oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz di tengah-tengah kota London yang berharga RM137.6 juta atau GBP23 juta, memetik laporan Wall Street Journal (WSJ).

Sebelum ini, WSJ turut melaporkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS sedang meneliti pembelian dua hartanah mewah oleh Riza yang sekurang-kurangnya bernilai AS$50 juta di New York dan Los Angeles dan hubung kaitnya dengan dana 1MDB.

Hartanah London itu yang berupa kediaman empat tingkat dengan bata merah, juga dikhuatiri dibeli dengan pembiayaan menggunakan dana berpunca dari 1MDB, dakwa mereka yang biasa dengan siasatan itu kepada WSJ.

Hartanah yang berada dalam sebahagian kawasan yang dilindungi oleh pagar sekuriti itu terletak berdekatan dalam jarak pejalan kaki daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kawasan kejiranan Belgravia.

Ia dilaporkan berdaftar kepada Qentas Holdings Ltd, sebuah firma British Virgin Islands, namun Riza adalah penerima manfaat hartanah tersebut, lapor WSJ.

Hartanah di London, New York dan Beverly Hills itu dibeli dengan menggunakan dana Red Granite Capital - firma luar pesisir yang dimiliki oleh Riza, WSJ melaporkan.

Beberapa dokumen yang dilihat oleh WSJ menunjukkan Red Granite Capital menerima AS$133 juta pada Jun 2012.

Malaysiakini telah menghubungi Riza berhubung perkara itu, menerusi firma penerbit filem Hollywood Red Granite Pictures, sedang menunggu maklum balas.

Red Granite Capital sebelum ini dilaporkan menerima AS$238 juta dari Aabar Investment PJS Ltd - firma yang sama menerima AS$3.5 bilion dari 1MDB. -Malaysia Kini/19/5/2016

, ,

Ketua audit: Laporan Audit Cukup untuk Siasatan Lanjut 1MDB



Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang percaya laporan audit berkaitan 1MDB yang diserahkannya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) cukup untuk memulakan siasatan lanjut.

“Saya rasa laporan kami cukup sebagai asas untuk siasatan lanjut, kami sudah buat kerja kami.

“Langkah selanjutnya, seperti dicadangkan oleh PAC, mereka (jawatankuasa itu) mahu siasatan terhadap beberapa personaliti dalam syarikat itu.

“Biarkan polis buat kerja mereka, kami akan bantu sesiapa sahaja yang mahu siasat,” katanya dalam wawancara bersama Channel News Asia (CNA).

Ambrin bagaimanapun enggan mengulas sama ada ada beliau berpandangan dapatan audit mendedahkan unsur-unsur salah laku.

Beliau berkata kini terpulang kepada peguam negara dan negara lain yang menyiasat 1MDB memutuskan sama ada terdapat kes prima facie.- Malaysia Kini/

,

Jumaat, 13 Mei 2016

BNM Tamatkan Siasatan 1MDB - Gabenor


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya terhadap hal ehwal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim berkata 1MDB telah menyatakan komitmen untuk membayar kompaun sebelum tarikh akhir pada 30 Mei 2016, menandakan tamatnya siasatan tersebut.

Syarikat pelaburan strategik negara berkenaan dikenakan kompaun oleh bank pusat susulan kegagalan melaksanakan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Bagaimanapun, Muhammad enggan memberitahu nilai kompaun yang dikenakan ke atas 1MDB, memandangkan ia bertentangan dengan amalan BNM bagi mendedahkan kuantum yang dikenakan terhadap individu khusus atau entiti kepada awam.

1MDB dijangka membayar denda tersebut.

Semasa taklimat media hari ini, Muhammad mengulangi bahawa kesemua siasatan di bawah bidang kuasa bank pusat dari segi peraturan, kawal selia dan undang-undang ditamatkan.

"Dari segi siasatan yang bukan di bawah peraturan, kawal selia dan undang-undang bank pusat, kita akan meneruskan kerjasama dengan badan berkuasa lain," katanya.

Menurut kenyataan 1MDB pada 28 April lepas, bayaran kompaun tersebut akan dijelaskan pada atau sebelum tarikh akhir.

Mengenai pertikaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company, Muhammad berkata kedua-dua pihak tersebut perlu menyelesaikan perkara berkaitan dan bank pusat tidak akan campur tangan.

Selain itu mengenai kebimbangan terhadap kenaikan liabiliti luar jangka 1MDB disebabkan pertikaian kedua-dua pihak berkenaan, beliau berkata kerajaan akan memenuhi semua tanggungjawab hutangnya. -Mstar/13/5/2016

, , ,

Selasa, 26 Januari 2016

Rafizi: Siapa Pula Luluskan Pindahan Wang SRC?



Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli melahirkan beberapa persoalan berkenaan dana RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Ia selepas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkata, Najib tidak tahu dan tidak dimaklumkan dengan jumlah wang yang berasal dari bekas anak syarikat 1MDB itu.

"Penjelasan setakat ini tidak menjawab soalan utama - sejak RM42 juta telah dipindahkan dari SRC, siapa dalam SRC beri kuasa untuk lakukan pemindahan?" soal naib presiden PKR itu.

Rafizi berkata, untuk melakukan pemindahan, SRC pastinya memerlukan nombor akaun Najib dan perkara yang paling tidak mustahil mungkin ialah ia diberikan oleh perdana menteri sendiri.

"Justeru, bagaimana Najib memberikan nombor akaun tetapi tidak mengingati wang yang masuk ke akaunnya adalah dari DRC?" tanya beliau.

Apandi hari ini berkata, bukti menunjukkan perdana menteri percaya sumbangan RM2.6 bilion yang dibuat kepadanya sebelum ini berasal dari sumbangan politik keluarga diraja Arab Saudi.

"Tidak ada bukti yang menunjukkan PM memberi apa-apa kelulusan untuk pemindahan wang dari akaun SRC International ke dalam akaun peribadi beliau," katanya.

Apandi berkata demikian ketika menjawab dua kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – berkaitan kes SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib – kepada Apandi Disember tahun lalu.

RM2.6 bilion telah dipindahkan pada tahun 2013 manakala RM42 juta daripada SRC International disalurkan ke dalam akaun Najib pada akhir 2014 dan awal 2015.

Sementara itu, Rafizi mengibaratkan isu tersebut seperti perlawanan pingpong, apabila Apandi berkata Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada keluarga diraja Saudi tersebut pada bulan Ogos 2013.

"Najib berkata beliau mendapat derma RM2.6 bilion, entah bagaimana dia kembali semula.

"Kemudian setahun kemudian, entah macam mana penderma Arab yang murah hati derma RM42 juta lagi ke dalam akaunnya melalui SRC," katanya. -Malaysia Kini/26/1/2016


, ,

Najib Tidak Bersalah Kes Derma RM2.6 Bilion, SRC International - Peguam Negara



Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada bukti yang cukup untuk mengaitkan perdana menteri dengan kes derma RM2.6 bilion dan SRC International. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Januari, 2016.

Datuk Seri Najib Razak bersih daripada sebarang kesalahan kata peguam negara hari ini, selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mengaitkan perdana menteri.

"Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan.

"Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut," kata Apandi pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Tiga kertas berkenaan adalah derma RM2.6 bilion dan 2 berhubung di SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (Diperbadankan) atau KWAP.

Apandi hari ini juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung SRC International.

Apandi berkata berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen sokongan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 merupakan sumbangan peribadi kepada Najib daripada keluarga diraja Arab Saudi yang "diberikan kepadanya tanpa apa-apa balasan".

"SPRM dalam siasatan mereka secara peribadi bertemu dan mengambil keterangan daripada saksi termasuk penderma, yang mengesahkan derma itu diberikan kepada perdana menteri secara peribadi," katanya.

Apandi berkata beliau berpuas hati, tiada bukti menunjukkan sumbangan itu adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.

"Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai seorang perdana menteri," kata Apandi yang membaca kenyataan daripada teks yang disediakan.

Tambahan pula, peguam negara berkata perdana menteri memulangkan AS$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi pada Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan.

“Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau.

“Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM menteri memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau," kata Apandi.

Berdasarkan keterangan itu, peguam negara berkata beliau berpuas hati tiada kesalahan jenayah dilakukan berhubung isu RM2.08 bilion itu.

SPRM tahun lepas membuka siasatan berikutan laporan The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Julai tahun lepas yang mendakwa derma RM2.6 bilion, RM42 juta berasal daripada SRC International, anak syarikat yang diilhamkan Najib, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ini adalah menurut dokumen di laluan wang yang diberikan penyiasat Malaysia, WSJ dan Sarawak Report.

Bahagian lebih besar sebanyak AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib yang berasal daripada syarikat British Virgin Island dan melalui Falcon Private Bank di Singapura, mereka melaporkan.

SPRM mengambil keterangan daripada lebih 100 saksi termasuk Najib dan individu yang didakwa memberikan RM2.6 bilion.

Agensi itu terlebih dahulu mengemukakan kertas siasatan kepada peguam negara pada 31 Disember dan dikembalikan semula dengan permintaan untuk penjelasan lebih lanjut pada 18 Januari.

Ia mengemukakan semula kertas berkenaan minggu lepas.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Datuk Sri Mohd Shukri Abdull sebelum ini berkata siasatan RM2.6 bilion masih tidak lengkap kerana penyiasat perlu mengumpul dokumen dan kenyataan individu daripada beberapa institusi kewangan di luar negara.

Shukri berkata suruhanjaya itu memfailkan permohonan peguam negara untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (MLA).

Apandi berkata hari ini kerana tiada kesalahan jenayah dilakukan, tiada "keperluan" bagi Malaysia membuat permintaan MLA kepada mana-mana negara asing untuk melengkapkan siasatan SPRM berhubung sumbangan itu. – The Malaysian Insider/ 26 Januari 2016.

Berkaitan:

Najib Pulangkan Semula Sumbangan kepada Saudi Ogos 2013 - Peguam Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan semula sumbangan yang diberikan kepadanya daripada keluarga Diraja Arab Saudi kerana ia tidak digunakan, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.

Apandi berkata, ini adalah salah satu daripada sebab mengapa Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan RM2.6 bilion di dalam akaun bank peribadinya.

"Saya berpuas hati tidak ada bukti yang menunjukkan sumbangan itu adalah satu bentuk suapan rasuah.

"Keterangan yang diperoleh daripada penyiasatan itu tidak menunjukkan derma itu diberikan sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa berhubung dengan kapasitinya sebagai seorang perdana menteri," kata Apandi pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

"Tambahan pula, pada Ogos 2013, sebanyak AS$620.000.000 (RM2.03 bilion) dikembalikan Yang Amat Berhormat PM kepada keluarga Diraja Saudi kerana wang itu tidak digunakan," katanya.

Peruntukan sebanyak AS$681 juta (RM2.08 bilion) didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 dan Apandi berkata berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen sokongan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), wang itu adalah sumbangan peribadi kepada Najib daripada keluarga Diraja Saudi yang "diberikan kepadanya tanpa apa-apa balasan".

Pengumuman peguam negara hari ini adalah penjelasan pertama berkenaan ke mana sumbangan itu pergi.

Najib yang juga presiden Umno, sebelum ini menafikan sebarang salah laku dan berkata beliau mempunyai kuasa untuk mengadakan sumbangan sebagai amanah bagi pihak parti, tetapi tidak menyatakan bagaimana wang itu digunakan.

Beliau juga menafikan menerima apa-apa wang daripada firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk kepentingan peribadi.

Kewujudan dana itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013 membawa kepada dakwaan Najib mempengaruhi pilihan raya dan PKR memfailkan saman terhadap perdana menteri dan 3 yang lain kerana menyalahi undang-undang ke atas perbelanjaan pilihan raya.

Mahkamah Tinggi Khamis lalu menolak saman itu. 

AS$681 juta adalah bahagian terbesar daripada jumlah RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun Najib. 

Ia berasal dari syarikat British Virgin Island dan melalui Falcon Private Bank di Singapura, menurut The Wall Street Journal (WSJ) dan laman web Sarawak Report yang mula-mula mengeluarkan berita pada Julai tahun lepas.

Secara berasingan, RM42 juta berasal daripada SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, menurut dokumen tentang penjejakan wang itu yang diberikan penyiasat Malaysia, menurut WSJ dan Sarawak Report.

Apandi hari ini juga berkata Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan dengan SRC International, yang mengambil pinjaman dijamin kerajaan sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP). – The Malaysian Insider/26 Januari, 2016.

Keputusan Derma RM2.6 bilion Berbeza Jika Peguam Negara Tidak Ditukar -  Pembangkang


Pakatan Harapan menjangkakan jika Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi peguam Negara, keputusan siasatan membabitkan Datuk Seri Najib Razak berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International mungkin berbeza. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Januari, 2016.


Pakatan Harapan menjangkakan keputusan berbeza mungkin berlaku dalam siasatan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd sekiranya Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi peguam negara. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan peguam negara yang mengatakan tiada bukti menunjukkan Najib menyalahgunakan kuasa dalam isu itu juga sudah dijangkakan.

"Ia sudah dijangka, bila mereka tukar peguam negara, kalau tidak ditukar mungkin perkara lain akan berlaku," katanya pada sidang media di pejabat pembangkang di Parlimen, hari ini. 

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang ditemui selepas sidang media itu berkata, beban kini terletak di bahu Najib untuk memberikan penjelasan kepada rakyat. 

"Tak menghairankan, memang dijangka, membaca penjelasan peguam negara itu tidak meyakinkan. 

"Cabarannya macam mana beliau boleh katakan tiada unsur salah. Saya rasa susah untuk beliau yakinkan orang ramai. Rakyat biasa tidak akan terima," katanya. 

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, perkara itu menunjukkan, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak menjalankan tugas dengan bebas. 

"Mungkin kerana beliau guna budi bicara, ini salah guna budi bicara."

Menjelaskan berhubung langkah blok pembangkang seterusnya, Lim berkata, teks peguam negara itu akan diteliti mereka dan satu usul akan di bawa terhadap Najib di Parlimen sekiranya perlu. 

"Kita akan baca teks dengan teliti, kalau ada usul ketua pembangkang akan bawa ke Dewan. Kita akan bincang kemudian. 

"Satu dunia kata salah, tapi Malaysia tidak salah," katanya. 

Apandi dalam satu kenyataan hari ini berkata, disebabkan perkara itu, nama Najib kini dibersihkan daripada sebarang kesalahan jenayah yang melibatkan SRC International, sebuah syarikat milik kementerian kewangan di mana Najib menterinya.

"Saya berpuas hati tiada kesalahan jenayah dilakukan.

"Di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, tiada bukti yang menunjukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyalahgunakan kedudukannya dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Kumpulan Wang Persaraan Inc atau KWAP)," kata Apandi pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau juga mengumumkan Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah ke atas sumbangan RM2.6 bilion yang diterima ke dalam akaun bank peribadinya.

SRC awalnya di bawah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum dipindahkan kepada kementerian kewangan pada tahun 2012, selepas pinjaman RM4 bilion daripada dana pencen dikeluarkan sepenuhnya. – The Malaysian Insider/ 26 Januari, 2016.

, , , ,

Isnin, 18 Januari 2016

PKR gesa KWAP, Tabung Haji Tuntut 1MDB Langsai Baki Sukuk Tertunggak


Grafik; Rafizi

Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli menggesa Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menggunakan haknya mengikut perjanjian untuk menuntut syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kembali semua baki tertunggak dari terbitan sukuk secara serta-merta.

"Saya sudah menyatakan minggu lepas bagaimana 1MDB melanggar perjanjian terbitan sukuk sebanyak RM2.4 bilion yang dilanggan Tabung Haji dan KWAP.

"Setakat ini, 1MDB atau Tabung Haji atau KWAP masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan menjawab atau menafikannya walaupun 1MDB selalunya memberi jawapan balas dalam tempoh kurang daripada 24 jam," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, disebabkan 1MDB tidak menafikan perkara ini, beliau percaya perkara-perkara yang didedahkan sebelum mempunyai asas kuat.

"Perjanjian terbitan sukuk mempunyai peruntukan yang jelas bila mana-mana fasal perjanjian itu dilanggari 1MDB," katanya.

Rafizi merujuk Fasal 2(v) mukasurat 27 menyenaraikan perkara-perkara dikira melanggar perjanjian ("events of default") yang diperincikan dari perenggan 1 (mukasurat 27) hingga perenggan 13 (mukasurat 30).

Beliau berkata, Fasal 2(v)(5) mukasurat 28 menyatakan kegagalan mematuhi mana-mana terma di dalam perjanjian dikira sebagai melanggar perjanjian.

Rafizi mendedahkan, perenggan terakhir Fasal 2(v) mukasurat 30 katanya menyatakan hak pemegang sukuk (Tabung Haji dan KWAP) apabila perjanjian dilanggari, mereka berhak menuntut semua baki sukuk dan bayaran keuntungan dilepaskan serta merta oleh 1MDB.

Katanya, jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen sebelum ini mengesahkan Tabung Haji melanggan sebanyak RM920.8 juta daripada terbitan sukuk 1MDB.

"Baki selebihnya dipercayai dilanggani oleh KWAP sebanyak RM579.2 juta.

"Ini bermakna, terbitan sukuk 1MDB berkaitan Bandar Malaysia setakat ini telah mencecah RM1.5 bilion yang diberikan oleh Tabung Haji dan KWAP kepada 1MDB," katanya. – The Malaysian Insider/18 Januari, 2016.


1MDB MELANGGAR SYARAT SUKUK RM2.4 BILION:
TABUNG HAJI DAN KWAP WAJIB MINTA 1MDB LUNASKAN HUTANG SEKARANG

Saya telah menyatakan minggu lepas bagaimana 1MDB telah melanggar perjanjian terbitan sukuk sebanyak RM2.4 bilion yang dilanggan oleh Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Setakat ini, 1MDB atau Tabung Haji atau KWAP masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan menjawab atau menafikannya walaupun 1MDB selalunya memberi jawapan balas dalam tempoh kurang dari 24 jam.

Oleh kerana 1MDB sendiri tidak menafikan perkara ini seperti kebiasaannya, saya percaya perkara-perkara yang saya dedahkan sebelum ini ada asas yang kuat.

Perjanjian terbitan sukuk mempunyai peruntukan yang jelas bila mana-mana fasal perjanjian itu telah dilanggari oleh 1MDB. Saya sertakan fasal-fasal berikut:

i. Fasal 2(v) mukasurat 27 menyenaraikan perkara-perkara yang dikira melanggar perjanjian (“events of default”) yang diperincikan dari perenggan 1 (mukasurat 27) hingga perenggan 13 (mukasurat 30)

ii. Fasal 2(v)(5) mukasurat 28 menyatakan bahawa kegagalan mematuhi mana-mana terma di dalam perjanjian dikira sebagai melanggar perjanjian

iii. Perenggan terakhir Fasal 2(v) mukasurat 30 menyatakan hak pemegang sukuk (Tabung Haji dan KWAP) apabila perjanjian telah dilanggari, iaitu pemegang sukuk berhak menuntut semua baki sukuk dan bayaran keuntungan dilunaskan serta merta oleh 1MDB.

Jawapan Perdana Menteri di Parlimen sebelum ini mengesahkan bahawa Tabung Haji telah melanggan sebanyak RM920.8 juta dari terbitan sukuk oleh 1MDB ini. Baki selebihnya dipercayai dilanggani oleh KWAP sebanyak RM579.2 juta. Ini bermakna, terbitan sukuk 1MDB berkaitan Bandar Malaysia setakat ini telah mencecah RM1.5 bilion yang diberikan oleh Tabung Haji dan KWAP kepada 1MDB.

Mengambil kira segala pendedahan saya setakat ini tentang bagaimana dana dari sukuk ini tidak digunakan sepenuhnya untuk membiayai kos memindahkan dan menaiktaraf pengkalan-pengkalan tentera udara, saya mendesak supaya Tabung Haji dan KWAP menggunakan haknya mengikut perjanjian untuk menuntut 1MDB membayar kembali semua baki tertunggak dari terbitan sukuk ini kepada Tabung Haji dan KWAP secara serta-merta.

Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Tabung Haji dan KWAP yang akan menjatuhkan lagi kredibilit Dato’ Seri Najib Tun Razak.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


, , ,

Sabtu, 2 Januari 2016

Rafizi Dakwa Aset Negara Dijual untuk Kambus Hutang 1MDB



Perjanjian jual beli antara 1MDB dan syarikat asing dalam pembangunan Bandar Malaysia mengesahkan lebih banyak aset dan projek negara akan jatuh ke syarikat asing, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Beliau mengulas tindakan 1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.

"CREC akan mempunyai 40 peratus dari 60 peratus pegangan di dalam Bandar Malaysia (pegangan 24 peratus di dalam keseluruhan projek) iaitu satu bidang hartanah yang cukup bernilai dan strategik,"

"Perjanjian hari ini hanya mengesahkan amaran saya sebelum ini bahawa kemelut kewangan 1MDB akan mengheret negara sehingga banyak aset-aset penting negara akan dijual demi untuk mengambus hutang besar 1MDB," katanya dalam kenyataan media.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau percaya pegangan itu akan memberi kelebihan kepada CREC untuk membida dan memenangi projek lebih besar yang berkait rapat dengan Bandar Malaysia iaitu pembinaan sistem keretapi laju Kuala Lumpur–Singapura.

Projek itu dijangka menelan belanja USD11 bilion atau bersamaan RM47 bilion jika mengikut kadar tukaran semasa, kata Rafizi.

"Saya berani meneka bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak juga sedang berkira-kira untuk menganugerahkan projek itu juga kepada syarikat-syarikat berkait dengan kerajaan China.

"Jika ini berlaku, Malaysia akan memasuki era baru yang lebih sulit apabila banyak kepentingan negara berhubung kait dengan pemilikan oleh syarikat-syarikat kerajaan China yang sudah tentu merumitkan pendirian negara dalam isu-isu serantau seperti tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly," katanya.

Terdahulu, majlis menandatangani perjanjian antara 1MDB dengan dua rakan kongsi baru mereka diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, kepentingan 60 peratus saham syarikat itu dijual kepada konsortium berkenaan pada nilai RM7.41 bilion manakala penilaian semasa Bandar Malaysia diletakkan pada RM12.35 bilion. - Malaysia Kini/31/12/15


, , , , ,

Selasa, 8 Disember 2015

[Video] Cerita Pertemuan Muhyiddin dan Tun Mahathir dengan Penyokong di Kelab Sultan Sulaiman


Dr M: Arab gila pun tak akan derma RM2.6 bilion

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan penjelasan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah derma daripada Timur Tengah.

Secara sinis beliau berkata, jika “tok Arab” itu gila sekali pun, pasti beliau tidak akan menderma sejumlah wang yang amat banyak itu.

“Saya akan hadir ke mesyuarat agung Umno bagi mendengar (mengenai kewangan parti), yang mana bendahari mesti ikut peraturan jelaskan kewangan Umno, ada atau tidak RM2.6 bilion?

“Kalau tidak ada, di mana (duit itu)? (Kalau) duit itu dari tok Arab, saya ingat tok Arab itu gila,” katanya.

Malah, katanya, pengalaman beliau sendiri meminta derma, seperti untuk penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebelum ini amat sukar.

“Tahu dari negara mana (yang bagi)? Kosong, katanya sambil disambut gelak ketawa peserta dalam acara di Kuala Lumpur bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Sementara itu, Mahathir juga berkata pernah meminta derma bagi menyiapkan dewan Pusat Islam namun tidak ada negara yang sudi memberikan sumbangan.

“Saya tulis surat, semasa itu saya belum jadi perdana menteri, tulis surat minta derma untuk kita sudahkan dewan saya cuma dapat jawapan dari Libya, lain-lain negara tidak jawab.

“Saya tidak dapat satu sen, (yang saya minta) ini untuk Islam.

“Tiba-tiba Datuk Seri Najib dapat RM2.6bilion,” sindirnya.


Dr M: Najib patut ditangkap bawah Sosma

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipenjarakan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA).

Mahathir mengaitkan Najib dengan pemenjaraan bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang selepas membuat laporan polis dalam isu 1MDB.

“Saya ingat Najib perlu disiasat polis dan ditahan bawah Sosma lebih lama daripada Khairuddin.

“Kalau orang seperti Khairuddin, kena soal sebab buat laporan polis, saya ingat Najib kena soal dalam Sosma kerana tidak demokrasi.

“Najib kongkong mesyuarat agung dan tidak benarkan orang bercakap,” katanya kepada 1,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini.

Mahathir turut berkata, Najib tidak layak menjadi perdana menteri kerana menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mengkritik presiden Umno itu.

“Najib tidak layak jadi PM, dia akan guna kekerasan untuk tangkis desakan kepadanya, dia guna kekerasan untuk bagi amaran kepada kita.

“Kalau awak bercakap kami akan ambil tindakan.

“Itu negara demokratik ala Najib, kalau dia terus kekal, negara ini akan hancur, yang jadi mangsa bukan sahaja Melayu, Cina, India turut jadi mangsa,”

Mahathir turut mengingatkan hadirin yang hadir untuk mempersoalkan isu berkatan 1MDB dan derma RM2.6 bilion tanpa gentar.

“Jangan terima Datuk Seri Najib dalam apa cara sekalipun, persoalkan 1MDB, RM2.6 bilion tanpa gentar.

“No risk no gain, kalau balik nak senyap sahaja nanti akan jadi pengemis dalam negara kita,” katanya.

'Yang jadi barah, nanah dalam Umno mesti ditolak'

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini tampil melontarkan kritikan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan isu-isu berbangkit dalam negara, terutamanya dalam kes 1MDB.

Dalam ucapannya di hadapan ramai penyokong di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Muhyiddin menegaskan bahawa pihak yang bermasalah dalam Umno harus ditolak.

“Siapa yang menjadi barah dan nanah dalam Umno mesti ditolak,” katanya sambil disambut sorakan orang ramai yang kelihatan amat bersemangat.

“Untuk selamatkan negara, (masalah ini) harus dibuang.”

Beliau berkata demikian apabila bercakap soal perubahan yang perlu dibuat oleh Umno supaya tidak ditolak oleh rakyat.

“Saya suka merayu untuk jalani pembedahan yang menyakitkan ini daripada menderita koma dan mati perlahan-lahan,” katanya bekas timbalan perdana menteri itu dengan berkias.

Muhyddin pada peringkat awal ucapannya dilihat agak berhati-hati.

Ketika mengulas tentang gesaan ke arah pengunduran Najib, beliau berkata mendapat banyak pesanan di laman sosial yang memintanya menyampaikan perkara itu.

Malah, katanya, gesaan itu yang kedua terbanyak diterimanya selepas kebimbangan berkaitan kenaikan kos sara hidup.

Muhyiddin juga ada awal ucapannya berkata Najib harus berehat sementara sementara dakwaan-dakwaan berkaitannya, termasuk isu 1MDB, diselesaikan.

“Rehat sementara. Bukan berhenti. Rehat saja, sementara. Jangan timbul persepsi PM campur tangan. Ambil cuti sampai kes selesai.

“Kemudian kalau tidak terlibat, kita doa tidak terlibat, baliklah (bertugas) semula,” katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir dalam acara bertemu penyokong itu di Kuala Lumpur malam ini.

Perhimpunan itu diadakan setelah Muhyiddin tidak lagi diberi peluang berucap kepada perwakilan dalam perasmian sayap ketika-tiga parti itu seperti kelaziman sebelum ini. -Malaysia Kini/8/12/15

,

Selasa, 24 November 2015

1MDB Jual Edra RM9.83 Bilion kepada Syarikat China



Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion, menjadikan perjanjian gabungan dan pembelian terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

"CGN Group adalah pemenang jelas dalam tender antarabangsa ini, berdasarkan objektif diumumkan 1MDB sebelum ini, iaitu memaksimumkan nilai, terma komersil yang boleh diterima dan kepastian pelaksanaan transaksi," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, dalam kenyataan bersama hari ini.

Pembelian oleh CGN Group membawa komitmen pelaburan langsung asing yang penting ke Malaysia dan menunjukkan keyakinan kepada ekonomi, katanya.

1MDB, Edra dan anak syarikatnya telah memetrai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Kenyataan itu berkata, tawaran indikatif untuk syarikat operasi Edra diterima pada Jun 2015 melalui proses tender yang ketat, berdaya saing dan antarabangsa yang dijalankan penasihat kewangan 1MDB, Maybank Investment Bank Bhd.

Rothschild bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Edra.

"Pelaburan ini merupakan komitmen besar oleh CGN Group sebagai sebahagian daripada inisiatif jangka panjang dan kepelbagaian global," kata Pengerusi Lembaga Pengarahnya, He Yu.

He berkata, kumpulan itu amat kagum dengan rangka kerja pengeluar tenaga bebas yang dikawal selia rapi, stabil dan telus di Malaysia, yang memberikan syarikat itu keyakinan untuk membuat pelaburan jangka panjang di negara ini.

"CGN Group adalah pelabur yang beranggungjawab. Kami akan bekerjasama rapat dengan Edra, platform global berpangkalan di Malaysia dan dijalankan Malaysia, dan secara bersama akan membawanya ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Yang paling penting, CGN Group akan memastikan bekalan tenaga yang tidak terganggu, menggunakan teknologi mesra alam dan mematuhi terma tetap perjanjian pembelian tenaga, untuk faedah rakyat Malaysia, katanya.- Bernama/23/11/15

P/s: Siapa yang jual aset negara? DAP? PH?


Berkaitan:

Perjanjian 1MDB-Syarikat China antara Agenda Pertemuan Najib-Li Keqiang

Perjanjian jual beli saham antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy dan China Nuclear Power Corp adalah antara agenda disenaraikan dalam sesi menandatangani perjanjian pada sidang media bersama yang diadakan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri China Li Keqiang hari ini, menurut dokumen yang diberikan pegawai kerajaan Malaysia, lapor Reuters.

Pegawai terbabit berkata, perjanjian perniagaan berkenaan juga dijadualkan akan diumumkan pada majlis itu petang ini, bagaimanapun mereka kemudiannya menafikan yang perjanjian 1MDB itu akan ditandatangani, hari ini.

Sumber memberitahu Reuters minggu lalu, 1MDB hampir membuat penjualan aset kuasanya dengan konsortium luar negara termasuk sebuah syarikat China, sekali gus menjadikan ia sebagai langkah utama syarikat pelaburan negara itu untuk mengurangkan beban hutangnya. – The Malaysian Insider/ 23 November, 2015.


Jual Aset IPP Bercanggah Dasar Negara

Penjualan aset penjana tenaga bebas (IPP) di bawah anak syarikat Edra Global Energy Bhd kepada konsortium China - Qatar bertentangan dengan dasar negara yang mengawal aset strategik daripada dijual kepada syarikat asing.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, penjualan aset syarikat itu kepada konsortium asing akan membawa lebih banyak dagangan antara IPP dengan syarikat luar negara pada masa depan.

"Ini bertentangan dengan dasar negara yang selama ini menghalang aset strategik seperti pembekalan elektrik supaya tidak jatuh ke tangan syarikat asing dan tertakluk kepada had pegangan ekuiti asing sebanyak 49 peratus," tegas Naib Presiden PKR itu dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu hari ini.

Semalam Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjelaskan anak syarikat agensi pelaburan itu, Edra Global Energy Bhd, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 bilion.

Cuba dua kali

Transaksi itu, kata Arul Kanda, dijangka selesai pada Februari 2016 juga mencatat kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, seperti dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei lalu.

"Ada beberapa risiko yang boleh berlaku kepada negara kita mengikut perjanjian 1MDB itu seperti lebih banyak kontrak IPP boleh diserahkan kepada syarikat asing, kebanjiran pekerja asing yang boleh mengganggu peluang pekerjaan warga tempatan dan peningkatan tarif elektrik atara 2016 dan 2022 apabila jualan kuasa konsesi dirundingkan," jelas Rafizi.

Edra Global Energy Bhd dilaporkan bersedia untuk melupuskan semua asetnya kepada konsortium China dan Qatar itu dengan nilai RM9.83 bilion, menjadikannya penggabungan dan pengambilalihan tawaran terbesar dalam tahun sektor tenaga Asia ketika ini.

Rafizi berkata, beliau telah memfailkan usul mengenai isu itu sebanyak dua kali di Dewan Rakyat supaya ia boleh dibahaskan namun ditolak Speaker.

Beliau juga menyelar Ahli Parlimen BN kerana tidak bangun mempertahankan hak TNB serta kepentingan strategik negara dalam isu berkenaan.

"Saya telah memfailkan dua usul di parlimen tetapi ditolak.

"Salah satu daripadanya adalah untuk menghalang kerajaan menggunakan TNB untuk membayar hutang 1MDB dengan ekuiti aset sekitar RM8 bilion," kata Rafizi. -Malaysia Kini/24/11/15



, ,

Khamis, 5 November 2015

DAP Tempelak Arul, Jangan Guna Speaker 'Lari' Debat



DAP hari ini menempelak presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy kerana didakwa menggunakan speaker Dewan Rakyat sebagai alasan untuk mengelak daripada berdebat berhubung isu firma negara yang sarat hutang itu.

Menurut ketua whip parlimen DAP, Anthony Loke, Arul Kanda harus mengakui jika beliau takut untuk berdebat dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang hari ini dinamakan menggantikan Tony Pua.

"Beliau sengaja membuat alasan. Tidak ada isu. Jangan gunakan speaker sebagai alasan untuk tidak berdebat," kata Loke kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

"Kalau nak larikan diri, beritahu saja. Jangan cuba gunakan speaker untuk gelak. Speaker katakan dengan jelas, Arul pernah diwawancara, tiada masalah," katanya.

Menurut Loke yang juga adalah ahli parlimen Seremban, Pandikar menyatakan dengan jelas bahawa bahawa perdebatan di antara anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan Arul Kanda tidak dibenarkan.

"Tetapi jika debat antara seorang MP dengan Arul Kanda adalah ok. Dia (Pandikar) tak boleh halang (debat) itu," kata Loke.

Selasa lalu, Pandikar berkata beliau sedia melepaskan jawatan speaker Dewan Rakyat jika kerajaan mahu meneruskan rancangan perdebatan itu.

Ia berikutan keputusan Pua yang juga adalah anggota PAC mencabar Arul Kanda berdebat dengannya secara langsung.

Bagaimanapun, Pandikar kemudiannya mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa Pua perlu berundur dari PAC terlebih dulu jika mahu berdebat ataupun tidak lagi terbabit dengan prosiding siasatan 1MDB..

Katanya, pembabitan Pua dalam debat itu boleh menjejaskan siasatan PAC ke atas 1MDB. -Malaysia Kini/5/11/15


, ,

1MDB: Rafizi Ganti Tony Berdepan Arul 1MDB



KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sah menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk berdebat dengan Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya sedia berbincang dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubung debat secara langsung itu.

"Pakatan Harapan menawarkan Rafizi untuk menggantikan tempat Tony Pua.

"Kami mencadangkan ia dibuat dalam siaran TV langsung di hadapan penonton secara langsung dan dalam bahasa kebangsaan," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini. -Sinar Harian/5/11/15

Kemas Kini:



, , , ,

Isnin, 2 November 2015

Skandal 1MDB: ‘Mungkin tak saman WSJ di Amerika, Najib tak dikenali sana'



Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak akan keberatan bagi memfailkan saman terhadap akhbar The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel yang mendakwa US$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

Alasan yang diberikan adalah bahawa Najib tidak dikenali di Amerika Syarikat.

Firoz Hussein, Ahmad Jamaluddin dan Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata anak guamnya mahu memfailkan saman itu di negara ini di mana Najib dikenali ramai.

Firoz memberi contoh kes seorang ahli perniagaan dari luar United Kingdom yang memfailkan saman di sana dan menang tetapi ganti rugi yang diberikan adalah kecil.

"Sebabnya ialah orang itu tidak dikenali di UK walaupun saman fitnah difailkan di sana."

"Atas sebab itu, saman (terhadap WSJ), jika difailkan akan dibuat di Malaysia di mana beliau (Najib) dikenali," katanya.

Ditanya apa yang menghalang mereka dari memfailkan saman terhadap WSJ kerana keadilan adalah penting bagi perdana menteri, Hafarizam berkata mereka perlu tahu sama ada akhbar kewangan antarabangsa yang berpangkalan di New York mahu menggunakan Akta SPEECH.


"Keadilan adalah satu perkara, tetapi pampasan ganti rugi juga penting. Jika anda bertanya kepada Lim Guan Eng dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, mereka bukan sahaja mencari keadilan tetapi juga mendapat pampasan ganti rugi kewangan," katanya.

"Kami tidak mahu perkara ini menjadi penghakiman di atas kertas (tidak bernilai) apabila mereka menggunakan Akta SPEECH, menjadikan keputusan mahkamah di sini tidak boleh dikuatkuasakan di sana."

Hafarizam berkata ganti rugi kepada pelanggannya bukan sahaja berhubung apa yang dicetak tetapi juga berita yang boleh dibaca melalui internet dan diakses di 180 negara. -Malaysia Kini/2/11/15

Berkaitan:

Najib Tidak Akan Saman WSJ di AS, Ganti Rugi Rendah di Sana - Peguam

Datuk Seri Najib Razak tidak akan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat (AS) kerana beliau bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh nilai ganti rugi lebih tinggi, kata peguamnya.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang turut berada dalam pasukan perundangan perdana menteri berkata Najib bukan saja mahu keadilan untuk dirinya tetapi juga mahu mahkamah memberikan perintah ganti rugi kerana mencederakan reputasinya.

“Beliau (Najib) nampaknya tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana,” katanya kepada wartawan hari ini.

Peguam itu berkata demikian sebagai respons ketika ditanya mengapa perdana menteri tidak memfailkan saman di luar Malaysia terhadap penerbit terbabit.

Sebaliknya, pasukan peguam Najib berkeras WSJ menyatakan sama ada ia bergantung pada undang-undang AS untuk melindungi syarikat Amerika itu daripada perintah mahkamah yang berada di luar bidang kuasa AS.

Firoz berkata Najib juga layak menerima ganti rugi sama seperti pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang dianugerahkan jumlah pampasan kewangan lebih tinggi terhadap Utusan Melayu (Malaysia) selepas ia didapati benar memfitnah mereka. – The Malaysian Insider/2 November, 2015.


P/s: Perghh alasan tak boleh blah!!!

Kah kah kah!!!

,

1MDB dalam Bahasa yang Paling Mudah


Urus Niaga 1MDB Luar Biasa Terus Bebani Malaysia

MULA-mula mohon maaf pasal lama tak siar rencana baru. Maklumlah apabila usia masuk kategori warga kanan (senior citizen) ada saja masalahnya – kalau tak besar, kecil.

KEMUDIAN saya minta izin bincang hal 1MDB dalam bahasa paling mudah sebab takut ada lagi orang yang tak faham.

1. 1MDB diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Agency (TIA) dengan tujuan melabur hasil minyak negeri itu. Pada tahun 2009 ia ditukar jadi 1MDB. Dalam pengumuman pada 22 Julai, 2009, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kata TIA diubah jadi 1MDB dengan tujuan perluaskan faedah kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan Terengganu saja. Dengan itu, 1MDB jadi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di bawah kawalan lansung Perdana Menteri.

2. Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low jadi agen bebas (free agent) sejak zaman TIA lagi dan tambah berpengaruh bila TIA jadi 1MDB. Dia anak kepada jutawan Cina Pulau Pinang, (Tan Sri) Larry Low Hock Peng. Larry Low adalah antara pengasas dan peneraju syarikat Malaysia Weaving Printing Dyeing Factory Limited yang sekarang dikenali sebagai WME Holdings Berhad. Nenek Jho Low, (Datuk) Low Meng Tak lahir di Guangdong, China pada tahun 1922 dan bina kekayaan di China, Thailand dan Malaysia melalui perlombongan bijih besi, pengilangan arak dan kemudiannya hartanah.


Jho Low, agen bebas 1MDB hidup mewah

3. Pada mulanya 1MDB didakwa sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) tapi ditukar jadi syarikat pelaburan strategik (strategic investment company) setelah dihujahkan yang kita sudah pun ada tabung berdaulat, iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).


4. Dengan modal permulaan RM1 juta, 1MDB berhutang besar-besaran dari dalam dan luar Negara. Sebahagian hutangnya dijamin oleh kerajaan. Ertinya kalau 1MDB tak mampu bayar balik atau muflis (bankrupt), pembayar cukailah yang kena tanggung bebannya. Silap-silap anak cucu kita pun kena juga. Sudah sekali ia tak mampu bayar hutang ikut masa. Terpaksa berhutang untuk bayar hutang. Siapa yang bagi hutang sampai hari ini masih samar-samar. Ada kata Arab. Ada kata Ananda Krishman. Ada kata kerajaan sendiri.


5. Cara 1MDB berniaga sangat menakjubkan. Dengan modal yang sangat kecil, ia berhutang dengan sangat besar. Laporan kewangan 1MDB tahun 2014 menunjukkan ia berhutang RM49 bilion dengan harta sebanyak RM52 bilion. [Dengan hutang sebanyak itu, kita boleh bina lima buah KLIA asal.]
6. Cara ia berhutang pun luar biasa. Contohnya pada tahun 2012/13 ia guna khidmat bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs untuk pinjam AS$3 bilion (kira-kira RM13 bilion pada kadar tukaran sekarang). Yang anehnya 1MDB bagi komisen sampai AS$500 juta (RM2.1 bilion) kepada Goldman. Agensi berita ekonomi Amerika, Bloomberg laporkan pada 9 Mei 2013 bahawa komisen Goldman adalah kira-kira 7.7 peratus sedangkan kadar purata komisen bagi “junk bond” (bon sampah) adalah 1.32 peratus bagi tahun 2013. Adakah ini bermakna bon 1MDB lebih teruk daripada “junk bon” maka Goldman perlu dibagi komisen yang sangat tinggi? Dalam pasaran bon, lagi tinggi risiko, lagi murah harganya dan lagi tinggi komisennya sebab susah nak jual. 


7. Rasanya tak ada syarikat dalam dunia yang nisbah antara modal dan hutang begitu luas macam 1MDB. Bila skandalnya mula didedahkan selepas Pilihan Raya Umum 2013, barulah 1MDB tambah modal (equity) kepada RM900 juta. Kemudian pada tahun 2014 ditambah lagi kepada RM2.4 bilion.


8. Walaupun modal RM2.4 bilion tu nampak banyak, tapi banding dengan hutang RM49 bilion, ia adalah kecil. Maksudnya 1MDB berhutang 20.4 kali ganda daripada modalnya. Ini sangat-sangatlah tinggi pasal nisbah purata hutang-kepada-modal (debt-to-equity-ratio) syarikat-syarikat yang diniagakan di Bursa Malaysia hanya satu setengah kali ganda saja.


10. Bila saya tanya pendapat seorang kawan yang bekerja sebagai penyelidik ekonomi, dia kata, ini samalah dengan seorang penjaja yang ada modal RM2,000 tapi pergi bank minta pinjam RM40,000. Tak masuk akal dan tak ada bank yang akan bagi.


Penjaja, sukar bank nak layan


11. Kemudian 1MDB beli harta di dalam dan luar negara daripada penjual swasta dengar harga tinggi. Jauh lebih mahal daripada harga pasaran. Inilah sebabnya orang yang tahu hal ehwal perniagaan syak ada urusan belakang tirai di antara pembeli dan penjual.


12. Tapi bila 1MDB beli harta kerajaan macam tanah, ia bayar harga yang sangat murah. Ada tanah kerajaan di Kuala Lumpur dibeli dengan harga RM64 sekaki persegi yang kemudiannya dijual kepada Tabung Haji dengan harga 43 kali ganda lebih tinggi. Kerajaan rugi pendapatan, 1MDB buat duit atas angin dan Tabung Haji kena kutuk sampai terpaksa buat dusta.


13. Dari segi moral, ini sudah boleh dikira salah guna kuasa dan dari segi undang-undang pula ia boleh dianggap pakatan untuk menipu kerana negara hilang peluang untuk dapat hasil yang lebih tinggi. Dalam bahasa Inggeris, perbuatan ini disebut “conspiracy to defraud”.


14. Perdana Menteri dan para pelindung serta pembela beliau boleh bagi macam-macam alasan dan guna macam-macam muslihat untuk sembunyi kebenaran, tapi satu dunia sudah tahu. Apatah lagi ramai pembela terkini Perdana Menteri kurang kredibiliti.


15. Kalau tak ada bukti dan syak wasangka yang kuat, macam mana pihak berkuasa jenayah, kewangan dan perbankan di Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah membuka siasatan ke atas 1MDB dan membekukan beberapa akaun yang bersangkut-paut dengannya?


16. Kalau semua laporan media mengenai penglibatan Mohd Najib dalam skandal 1MDB fitnah dan dusta, pasal apa Mohd Najib dan peguam-peguamnya hanya gertak nak saman tapi tak saman?


Propaganda Utusan tidak tepat, PM tak saman


17. Kalau beliau berani kerana beliau berada di pihak yang benar, pasal apa guna Kanun Keseksaan (Penal Code) ke atas (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang – mengapa tidak kemukakan saman malu ke atas mereka?


18. Selain kejatuhan harga minyak mentah dan kelembapan ekonomi dunia, semua orang tahu bahawa nilai ringgit merudum kerana skandal 1MDB dan kurang keyakinan kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib.


19. Natijahnya, katalah apa nak kata berkenaan 1MDB, tapi orang yang tahu berkenaan urus niaga korporat, kewangan, perbankan dan undang-undang tak akan percaya.


20. Tak keterlaluan kalau kita ibaratkan 1MDB sebagai gajah Tok Mia yang kena penyakit EEHV (elephant endotheliotropic herpesviruses) yang keluarkan bau busuk. Simbahlah dengan minyak wangi paling mahal dari Paris atau Milan baunya tak hilang juga. Hatta minyak wangi Amouage yang diuar-uarkan sebagai minyak wangi paling mahal di dunia itu tak berkesan lagi. Lapan puluh peratus gajah yang kena penyakit ini mati.


21. Serentak itu, jentera propaganda Umno, kerajaan dan 1MDB semakin hari semakin hilang kewibawaan apabila mereka disaman, khususnya oleh pembangkang, dan kalah perbicaraan, terpaksa memohon maaf dan bayar ratusan ribu ringgit ganti rugi.


Main stream media lost repeatedly

22. Malangnya bagi Malaysia dan rakyat jelatanya, apabila Mohd Najib bentangkan Belanjawan 2016 Jumaat ini, berapa ramai akan percaya. Kalau pelabur dan pengguna tak yakin, mereka tak melabur dan tak beli-belah. Bila mereka tak labur dan tak berbelanja, tak adalah “private consumption”. Private comsumption adalah penggerak ekonomi negara. Kalau kerajaan hendak berbelanja, ia terpaksa berhutang. Tapi macam mana nak berhutang apabila hutang kerajaan sudah sampai had maksimum berbanding keluaran dalam negara kasar. 

Wallahuaklam. - A. Kadir Jasin/21/10/15

, , , ,

Khamis, 29 Oktober 2015

Najib Saman Ling Liong Sik



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas menteri kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik atas dakwaan memfitnah.

Perdana Menteri memfailkan saman tersebut pada 27 Oktober lalu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, demikian menurut sumber.

Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.

Pada Rabu Dr Ling berkata beliau "sabar menunggu" untuk dikenakan tindakan undang-undang daripada Najib berhubung kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

"Saya masih lagi menunggu. Saya seorang yang sangat penyabar. Jangan tergesa-gesa, saya tunggu," kata Dr Ling.

Sebelum ini bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA itu menerima surat tuntutan daripada wakil peguam Najib yang menuntut beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Liong Sik berkata, beliau tidak akan berundur daripada gesaanya supaya Najib meletakkan jawatan, dan beliau telah bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.- MStar/29/10/15

, , , , ,

Rabu, 28 Oktober 2015

Saman Najib: “Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar." – Liong Sik



PUTRAJAYA: Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik mengakui beliau menunggu penuh sabar saman yang mahu difailkan Perdana Menteri terhadap dirinya.

Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menghantar notis meminta Liong Sik menarik balik atau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

“Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar. Tak Perlu kelam kabut, hanya perlu tunggu” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian anugerah Kiwanis di Putrajaya, lapor The Star Online.

Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau terkejut mengapa Perdana Menteri mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan itu.

“Saya juga terkejut mengapa mengambil masa lama tetapi saya akan terus bersabar,” katanya.

Liong Sik berkata, beliau akan terus mendesak Najib meletak jawatan dan sudah bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.

Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dilaporkan berkata pada Selasa, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Najib bagi membincangkan saman terhadap Liong Sik. -FreeMalaysiaToday/28/10/15


, ,

Ahad, 25 Oktober 2015

Muhyiddin Sahkan Putrajaya Cuba Suntik RM3 Bilion untuk 1MDB



Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Putrajaya pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan.

"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa bilion kita nak pinjam ni?" soal Muhyiddin merujuk kepada RM2 bilion yang dipinjamkan hartawan itu bagi membantu 1MDB menyelesaikan hutang banknya.

"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani kerana benar' anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Baru hari ini.

Julung-julung kali bercakap di hadapan umum selepas pemecatannya pada Julai selain platform parti, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta. 

"Bila timbul hal begini, bila dibangkitkan kepada jemaah menteri, mulalah saya bangkitkan, saya nyatakan pandangan dan kebimbangan saya.

"Saya sebutkan berkali-kali, saya tidak ada niat jahat. Kerana nak membantu, supaya perdana menteri mencari jalan nak selesaikan keadaan itu. Kalau tidak, jadi beban kepada kita," katanya.

"Saya tidak pernah mendoakan 1MDB jatuh. Kalau mereka jatuh, kita akan jatuh... Pandangan saya ikhlas."

Beliau berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi tanggungan kepada generasi akan datang.

"Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi tanggungan beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan," kata ahli Parlimen Pagoh itu lagi. 

Beliau turut mendedahkan, pihaknya turut membuat permohonan kepada Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memberikan penjelasan kepada Kabinet, namun penerangan yang diberikannya agak mengecewakan. 

"Saya minta kepada jemaah menteri, panggil Arul Kanda, berikan penerangan. Tetapi, beliau datang tidak bawa apa-apa pun.

"Bercakap dalam 10 hingga 15 minit. Sehelai kertas pun tiada," kata Muhyiddin.

The Malaysian Insider pada Februari tahun ini mendedahkan Kabinet tidak meluluskan cadangan untuk memberikan suntikan tunai sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB.

Sumber berkata, pilihan semakin sempit untuk Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak lagi mampu mengumpul dana sendiri dan ia memerlukan wang daripada satu-satunya pemegang saham, iaitu kerajaan.

Dalam program hari ini, Muhyiddin berkata, pihaknya juga pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memecat mana-mana pegawai 1MDB yang gagal melaksanakan tugas mereka sehingga menyusahkan kerajaan.

"Saya cakap dengan perdana menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang," katanya.

Muhyiddin juga mendakwa, turut menasihati Najib supaya tidak lagi menjadi penasihat kepada 1MDB kerana sekiranya salah laku dikesan dalam transaksi syarikat itu, beliau akan turut menerima kesannya. 

"Saya rasa itu tidak betul. Saya kata jangan duduk situ. Kalau ada apa-apa salah laku, (Najib) akan terlibat. 

"Tapi dia duduk situ, macam mana nak siasat?" soalnya merujuk kedudukan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB. – The Malaysian Insider/24 Oktober, 2015.


, ,

Sabtu, 24 Oktober 2015

Kalau Tak Salah, Jangan Campur Siasatan 1MDB - Muhyiddin



Proses siasatan membabitkan dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak seharusnya diganggu jika tiada sebarang kesalahan dilakukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan presiden Umno itu berkata, orang ramai ingin melihat proses siasatan membabitkan transaksi syarikat sarat hutang milik Kementerian Kewangan itu dijalankan dan mereka mahu mengetahui hasilnya. 

"Rakyat mahu supaya proses siasatan itu dijalankan. Jangan campur. Yang rakyat nak tahu, apa hasilnya. Kalau tak bersalah, tak bersalahlah. Kalau bersalah, kita hukum," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana individu atau institusi.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani Kerana Benar' di Hotel Grand Blue Wave, Johor Baru hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, dengan pilihan raya umum akan datang sebagai penentu, siasatan yang dijalankan juga tidak seharusnya berlarutan sebegitu lama.

"Kalau keadaan (siasatan) itu tidak berlaku, apa-apa kesalahan biarlah. Sampai masa rakyat akan tahu juga nanti.

"Yang hak akan timbul dan yang batil itu akan tenggelam, lambat laun. Tetapi, jangan lambat-lambat sangat, penentunya pilihan raya nanti," kata ahli Parlimen Pagoh itu.

Beliau berkata, isu berkaitan 1MDB bukan hanya melibatkan Umno, sebaliknya turut membabitkan semua parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana itulah beliau bersuara.

"Suara saya ini bukan nak menumbangkan sesiapa. Takkan saya nak biarkan. Kalau saya tidak bersuara, siapa nak bersuara?" soalnya. 

Muhyiddin yang digugurkan daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai berkata, beliau sedar realiti pemimpin Umno di peringkat cawangan dan bahagian yang takut untuk bersuara kerana khuatir dikenakan tindakan, malah sehingga kepada keadaan dipecat. 

"Yang dekat sini semua takut... takut kena pecat ketua cawangan, ketua bahagian.

"Realitinya, negara sudah begini keadaannya. Saya seorang sahaja (yang bersuara). Yang lain buat apa?" soalnya, di hadapan sekitar 400 peserta program anjuran akhbar Sinar Harian itu.

Kebanyakan hadirin merupakan ahli dan pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dari negeri itu.

"Mungkin ada implikasi kepada diri saya apabila mengatakan ini, tetapi saya sudah bersedia," kata Muhyiddin. 

Ketika sesi soal jawab, Muhyiddin turut mendedahkan, terdapat beberapa mesyuarat yang sepatutnya dipengerusikannya selaku timbalan presiden namun digantikan oleh Najib selaku presiden Umno. 

"Seolah-olahnya tidak menghormati ahli parti yang pilih saya sebagai timbalan presiden. Seolah-olah lupa pengorbanan yang saya sudah buat. 

"Ini tugas, dalam mesyuarat pengurusan parti, ada naib, bendahari, ketua sayap, kita duduk berbincang. Kenapa kedudukan saya terjejas?

"Bagi saya, keadaan parti tidak harus tergugat. Saya tidak lagi berada dalam parti bukan kerana melakukan kesalahan. Saya tidak merogol, tidak meliwat.

"Kalau perdana menteri tak nak dengar tidak mengapa, yang lain-lain ada. Kenapa saya jadi mangsa, sedangkan saya jurubicara ahli Umno?" soal beliau lagi.

"Apa yang saya lakukan sehingga terlucut jawatan saya?" soalnya. – The Malaysian Insider/24 Oktober, 2015.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH