Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Ling Liong Sik. Papar semua catatan

, , , ,

Khamis, 29 Oktober 2015

Najib Saman Ling Liong Sik




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas menteri kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik atas dakwaan memfitnah.

Perdana Menteri memfailkan saman tersebut pada 27 Oktober lalu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, demikian menurut sumber.

Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.

Pada Rabu Dr Ling berkata beliau "sabar menunggu" untuk dikenakan tindakan undang-undang daripada Najib berhubung kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

"Saya masih lagi menunggu. Saya seorang yang sangat penyabar. Jangan tergesa-gesa, saya tunggu," kata Dr Ling.

Sebelum ini bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA itu menerima surat tuntutan daripada wakil peguam Najib yang menuntut beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Liong Sik berkata, beliau tidak akan berundur daripada gesaanya supaya Najib meletakkan jawatan, dan beliau telah bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.- MStar/29/10/15

, , , , ,

Rabu, 28 Oktober 2015

Saman Najib: “Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar." – Liong Sik



PUTRAJAYA: Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik mengakui beliau menunggu penuh sabar saman yang mahu difailkan Perdana Menteri terhadap dirinya.

Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menghantar notis meminta Liong Sik menarik balik atau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

“Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar. Tak Perlu kelam kabut, hanya perlu tunggu” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian anugerah Kiwanis di Putrajaya, lapor The Star Online.

Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau terkejut mengapa Perdana Menteri mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan itu.

“Saya juga terkejut mengapa mengambil masa lama tetapi saya akan terus bersabar,” katanya.

Liong Sik berkata, beliau akan terus mendesak Najib meletak jawatan dan sudah bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.

Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dilaporkan berkata pada Selasa, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Najib bagi membincangkan saman terhadap Liong Sik. -FreeMalaysiaToday/28/10/15


, ,

Rabu, 7 Oktober 2015

Jumpa di Mahkamah, Liong Sik Enggan Mohon Maaf daripada Najib


SHAH ALAM - Bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan memohon maaf kerana mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

"Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran kamu. Saya kata kepada perdana menteri, jika kamu memilih untuk saman saya, saya akan pertahan diri saya.

"Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isnin lalu, Najib meminta Liong Sik menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah mengenai perdana menteri baru-baru ini.

Surat tuntutan itu menuntut penarikan balik, permohonan maaf serta ganti rugi berikutan artikel di dalam sebuah akhbar bertajuk 'MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket' yang disiarkan pada 3 Oktober.

Dalam surat itu, peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Liong Sik mempunyai tujuh hari untuk menjawab tuntutan itu atau menghadapi tindakan undang-undang kerana didakwa mencemarkan reputasi perdana menteri. -Sinar Harian/7/10/15


,

Jumaat, 8 November 2013

Skandal PKFZ: Ling Liong Sik Boleh Tidur Lena, Kerajaan Tidak Kemuka Rayuan


Dr Ling Boleh Tidur Lena, Kerajaan Tidak Buat Rayuan Kes PKFZ

[TMI] Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik (gambar) boleh tidur lena sekarang selepas pihak pendakwa iaitu kerajaan Malaysia tidak akan membuat rayuan ke atas pembebasan beliau berkaitan skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ).

Sehingga tarikh tutup tamat jam 4 petang hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, tidak ada permohonan untuk membuat rayuan kes difailkan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Asmadi Asnawi telah membebaskan Dr Ling pada 25 Oktober lepas.

Alasan yang diberikan adalah pihak pembela telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Sepanjang pendakwaan, sembilan saksi telah dikemukakan dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara saksinya.

Hakim berkata, kenyataan Dr Mahathir telah menyelamatkan Dr Ling dari pendakwaan ini.

Dr Ling didakwa telah menyebabkan Kabinet meluluskan pembelian tanah yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan.

Projek PKFZ asalnya dianggar berharga RM1.1 bilion selepas dimulakan oleh Dr Ling pada tahun 1997 namun ia menjadi empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada tahun 2007. – 8 November, 2013.


P/s: Macam wayang. Macam-macam boleh jadi di Bolehland Banglasia.


, , ,

Rabu, 22 Mei 2013

[Gambar] Mengapa Pemimpin BN TIDAK Digari, Mahasiswa DIGARI?

Sumber gambar di sini.

,

Selasa, 15 Mei 2012

BN Kalah Jika PRU-13 Diadakan Jun 2012


[KD] KUALA LUMPUR 15 Mei: Bekas Presiden MCA selama 17 tahun, Tun Dr Ling Liong Sik meramal BN akan menghadapi laluan sukar pada PRU ke-13 jika diadakan pada Jun depan dan tidak menolak kemungkinan parti pemerintah akan mengalami kekalahan.

“BN tidak pasti akan menang dalam PRU akan datang. Saya rasa (BN) masih belum bersedia. Ada yang kata Jun, tapi saya tidak tahu jika mereka berani (buat pilihan raya).

“Banyak isu masih belum selesai,” katanya dalam Sin Chew Daily baru-baru ini.

Ling menjangkakan BN tidak mampu menawan kembali Selangor kerana imej bersih kepemimpinan Pakatan Rakyat negeri itu yang tidak terlibat dengan gejala moral dan rasuah.

Beliau juga memuji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bebas rasuah mahupun salah guna kuasa.

“Umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN. Tetapi di Perak, tiada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin hilang sesetengah sokongan…,” ujarnya.

Mengenai Dr Chua Soi Lek, beliau menyifatkan Presiden MCA itu sebagai seorang yang lantang tetapi dicemari skandal seks.

“Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD…,” Ling dipetik berkata.
 
 

, ,

Rabu, 8 Disember 2010

Beza Ling Liong Sik dengan Anwar Ibrahim dalam Sistem Perundangan Kita


Saya tidak berniat mahu menulis panjang. Saya cuma mahu menonjolkan isu keadilan dan ketidakadilan terhadap orang kena tuduh (OKT) dalam sistem perundangan kita.

Hari ini diberitakan di MK bahawa beberapa dokomen rahsia akan dinyahrahsiakan untuk memudahkan bekas Menteri Pengangkutan/Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik membuat persediaan bagi menghadapi perbicaraan dalam kes berhubung dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 hingga 20 Mei tahun depan.

Menurut Peguam Negara (PN), Tan Sri Abdul Gani Patail, “Kami akan bekalkan (kepada pembelaan) lebih 200 dokumen, sesetengahnya adalah rahsia dan memerlukan masa untuk dinyah-rahsiakan, ” kepada hakim Datuk Ahmadi Asmadi.

Saya tidak mahu mengatakan bahawa Ling Liong Sik tidak wajar memperoleh dokumen tersebut kerana sudah menjadi haknya sebagai OKT untuk memperoleh dokumen yang dapat membantunya membela diri. Namun mengapakah dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim badan perundangan negara termasuk pihak pendakwa enggan malah menggunakan segala peruntukan perundangan menghalang beliau untuk memperoleh dokumen atau akses kepada laporan tertentu untuk membela dirinya?

Bermula daripada laporan polis pihak yang menuduh hinggalah laporan klinikal pihak yang mendakwa dirinya diliwat oleh mantan Timbalan PM ini. Malahan tindak tanduk hakim yang enggan membenarkan pasukan pembelaan memperoleh laporan perubatan itu sehingga memaksa kes itu didengar berulang kali dikritik oleh banyak pihak termasuklah pengamal undang-undang dari luar negara. Walhal dokumen yang diminta tidak memerlukan pejabat PN menyahrahsiakan terlebih dahulu dokumen tersebut. Malah dokumen itu biasa diberikan kepada pihak pembelaan dalam mana-mana kes-kes serangan seksual yang lain.

Dalam kes Ling Liong Sik ini, pihak pembelaan ditawarkan lebih 200 dokumen yang antaranya perlu dinyahrahsiakan tanpa perlu bersusah payah turun naik mahkamah untuk memperoleh kebenaran/akses kepada dokumen tersebut!

Alahai Malaysia!

, ,

Ahad, 1 Ogos 2010

Skandal PKFZ: Mengapa Ling Liong Sik Boleh Tidur Lena? - Zaid Ibrahim

Saya petik:

[ZuR] Bila saya baca pertuduhan terhadap Tun Dr Ling Liong Sik bahawa dia telah menipu Kabinet mengenai harga tanah dari Kuala Dimensi Sdn Bhd untuk projek PKFZ, saya tidak tahu sama ada patut menangis atau ketawa.

Ini mungkin kali pertama di dunia di mana seorang bekas menteri - seorang individu yang berjawatan tinggi di dalam pentadbiran kerajaan - telah dikenakan tuduhan sedemikian. Tetapi di Malaysia, semua boleh.

Mengikut pertuduhan, tanah seluas 1,000 ekar itu bernilai RM25 satu kaki persegi. Tetapi pendakwa akan membuktikan yang Tun Ling tidak memberitahu Kabinet Malaysia bahawa harga itu termasuklah kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setiap tahun untuk tempoh pembayaran ansuran selama 15 tahun berdasarkan kaedah deferred payment (bayaran tertangguh).

Kononnya, Tun Ling telah menipu Kabinet, kerana perjanjian yang telah difahamkan adalah bahawa RM25 skp itu termasuklah faedah yang dikenakan. Namun, Ling telah meminta kelulusan Kabinet untuk membeli tanah itu pada kadar RM25 skp DAN juga membayar faedah 7.5 peratus yang dipersetujui.
Sebenarnya, Tun Ling tahu bagaimana mengatasi pertuduhan ini dengan mudah sekali. Sebab itulah dia nampak tersenyum dan relaks sahaja.
Saya berasa sedih kerana skandal melibatkan wang rakyat ribu juta ini dimain-mainkan oleh kerajaan.
Saya ingin menujukan beberapa soalan mudah untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mereka menteri yang senior, dan malah, Najib berpangkat timbalan menteri pada masa itu.

Jadi, jawab lah.

Pertama: Projek ini diluluskan di bawah pentadbiran Tun Mahathir pada tahun 2002 atas kepercayaan yang ianya boleh untung besar tanpa duit kerajaan (self financing) dan tidak memerlukan perbelanjaan Kerajaan. Senario yang kini wujud adalah satu bebanan kepada rakyat yang dianggarkan mencecah RM12 ribu juta - bagaimanakah situasi sebegini berlaku?

Kedua: Kabinet pada awalnya meminta tanah 1,000 ekar itu diambil alih melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 pada kos RM10.16 skp. Adakah patut tanah itu dibeli dengan harga RM25 skp jauh dari harga pasaran, termasuklah caveat dan cagaran?

Ketiga: Surat Sokongan (letters of support) oleh Tun Ling dan bekas timbalan presiden MCA Chan Kong Choy untuk kontraktor KDSB yang dikeluarkan tanpa kebenaran ataupun kelulusan Kementerian Kewangan.Bahkan Peguam Negara juga tidak terlepas butiran ini. Mengapakah Kabinet telah memberi kelulusan secara retrospektif terhadap perkara ini dan meluluskan kos dan perbelanjaan projek tersebut yang kini melambung kepada RM4.6 ribu juta?

Kalaulah sudah dihalalkan segala kepincangan, legal violations, cost overruns dan memberikan kelulusan untuk projek tersebut, mengapakah harga sebenar tanah tersebut masih tidak diketahui?

Mustahil Kabinet tidak tahu yang pembayaran tanah itu adalah secara beransur (deferred payment) selama 15 tahun. Takkan menteri-menteri yang pintar tak sedar bahawa bila ada deferred payment, faedah tentu akan dikenakan?

Mustahil harga tanah sebenar tidak boleh dinilai, dan mustahil laporan Valuation Department tidak dikembarkan dalam Kertas Kabinet PKFZ!

Pada pendapat saya, Tun Ling boleh tidur selesa dan tidak perlu kecewa walaupun Chan Kong Choy tidak dituduh.

Tun Ling pun tidak sihat, jadi mesti banyak berehat; tetapi peguam peguam beliau sudah tentu bersedia.
Agaknya, ini akan jadi seperti kes Perwaja lagi wahai rakyat!

,

Khamis, 29 Julai 2010

Skandal PKFZ: Ling Liong Sik Didakwa Kerana MENIPU!

Wayang atau realiti? Adakah tokoh MCA ini akan menjadi "Eric Chia" kedua? Tunggu & lihat! Saya petik:

[MK] Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung pembabitannya dengan skandal Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah sebentar tadi dengan ditemani oleh isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya dengan memakai baju berwarna unggu muda dengan tali leher berwarna unggu gelap.
Ling didakwa menipu dan dituduh mengikut Seksyen 417 dan 418, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin diletakkan pada RM1 juta.
Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.
Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya. Pada jam 4 petang tadi, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.
Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.
Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.Adalah dipercayai dakwaan itu mungkin berkaitan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kerugian berbilion ringgit.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH