Beza Ling Liong Sik dengan Anwar Ibrahim dalam Sistem Perundangan Kita
Saya tidak berniat mahu menulis panjang. Saya cuma mahu menonjolkan isu keadilan dan ketidakadilan terhadap orang kena tuduh (OKT) dalam sistem perundangan kita.
Hari ini diberitakan di MK bahawa beberapa dokomen rahsia akan dinyahrahsiakan untuk memudahkan bekas Menteri Pengangkutan/Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik membuat persediaan bagi menghadapi perbicaraan dalam kes berhubung dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 hingga 20 Mei tahun depan.
Menurut Peguam Negara (PN), Tan Sri Abdul Gani Patail, “Kami akan bekalkan (kepada pembelaan) lebih 200 dokumen, sesetengahnya adalah rahsia dan memerlukan masa untuk dinyah-rahsiakan, ” kepada hakim Datuk Ahmadi Asmadi.
Saya tidak mahu mengatakan bahawa Ling Liong Sik tidak wajar memperoleh dokumen tersebut kerana sudah menjadi haknya sebagai OKT untuk memperoleh dokumen yang dapat membantunya membela diri. Namun mengapakah dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim badan perundangan negara termasuk pihak pendakwa enggan malah menggunakan segala peruntukan perundangan menghalang beliau untuk memperoleh dokumen atau akses kepada laporan tertentu untuk membela dirinya?
Bermula daripada laporan polis pihak yang menuduh hinggalah laporan klinikal pihak yang mendakwa dirinya diliwat oleh mantan Timbalan PM ini. Malahan tindak tanduk hakim yang enggan membenarkan pasukan pembelaan memperoleh laporan perubatan itu sehingga memaksa kes itu didengar berulang kali dikritik oleh banyak pihak termasuklah pengamal undang-undang dari luar negara. Walhal dokumen yang diminta tidak memerlukan pejabat PN menyahrahsiakan terlebih dahulu dokumen tersebut. Malah dokumen itu biasa diberikan kepada pihak pembelaan dalam mana-mana kes-kes serangan seksual yang lain.
Dalam kes Ling Liong Sik ini, pihak pembelaan ditawarkan lebih 200 dokumen yang antaranya perlu dinyahrahsiakan tanpa perlu bersusah payah turun naik mahkamah untuk memperoleh kebenaran/akses kepada dokumen tersebut!
Alahai Malaysia!


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.