"Israel Tidak Mampu Tewaskan Hezbollah" - Bekas Jeneral Israel
Saya petik:
[Kosmo] JERUSALEM - Israel tidak mampu untuk menewaskan tentera pergerakan Hezbollah, kata bekas jeneral tentera Israel dan penasihat keselamatan negara itu, Giora Eiland.
Menurutnya, pegerakan Hezbollah itu mampu menghancurkan Israel sekiranya peperangan berlaku.
Beliau berkata, tentera pergerakan Hezbollah berjaya mengekang kemaraan Israel dan telah menembak 4,000 buah roket ke wilayah Israel ketika perangan pada 2006.
"Israel tidak tahu cara untuk kalahkan Hezbollah.
"Peperangan yang dicetuskan antara Israel dan Hezbollah mungkin kurang memberi ancaman kepada Hezbollah," katanya kepada Radio Israel.
"Namun, Hezbollah mampu melakukan lebih teruk lagi seperti yang pernah dilakukan empat setengah tahun lalu ke atas Israel," kata Eilend yang pernah berkhidmat dengan dua orang bekas perdana menteri Israel, Ariel Sharon dan Ehud Olmert.- Reuter
P/s: Pengakuan bekas jeneral ini mungkin juga salah satu bentuk perang saraf/propaganda untuk melekakan Hezbollah. Setiap kenyataan Israel kepada umum, bukanlah hanya kenyataan semata-mata. Tambah-tambah jika kenyataan itu dilihat seolah-olah merendah-rendahkan kemampuan tenteranya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.