[Video] Kes ADUN PAS Selinsing Didakwa Khalwat, Mereka Semakin Menjadi-jadi! Sebab Apa?
Hari itu saya siarkan artikel "Samanlah Jika Cerita Zina ADUN PAS Ini Tidak Benar".
Hari ini jurublog UMCO terus menjaja cerita ini. Terbaru blog itu serta pengguna Facebook mesra UMNO menyiarkan dan menyebarkan klip video pengakuan Saidi Hussin yang mendakwa sebagai ketua keselamatan pondok-pondok PAS di Kelantan. Beliau mendakwa telah menangkap ADUN PAS terbabit bersama dengan pasangannya, seorang guru yang dikatakan isteri kepada ketua cawangan PAS dalam kawasan DUN Semerak.
Selepas penyebaran video tersebut, pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Nadi Rakyat ini akan menyiarkan beberapa video lain yang salah satunya berupa temu bual eksklusif dengan pihak tertentu.
Sehingga kini, mereka mengulangi cabaran: KAMI DESAK ADUN SELISING USTAZ SAIFUL BAHARI MELETAKKAN JAWATAN ADUN SELISING ATAUPUN MENYAMAN KAMI NADI RAKYAT. TEMPOH BERTENANG KAMI SEHINGGA BULAN DECEMBER INI.
Sampai bila pemimpin PAS mahu melihat hal ini berleluasa, sedangkan puluhan ribu pengguna internet menonton video dan membaca cerita ini di blog mesra UMNO sehari? Mereka juga maklum impak cerita sebegini kepada imej dan maruah parti itu, tambah-tambah lagi PR kini sedang bersiap sedia menghadapi PRU13 tidak lama lagi.
Hari ini hal ini berlegar-legar di blog, Facebook, Youtube, dan laman forum. Esok lusa hal ini akan dilaporkan pula dalam akhbar perdana yang sebarannya lebih meluas. Jangan terkejut jika malam nanti tersiar pula dalam TV3 dan sekutunya.
Sebab apa perkara ini berleluasa? Kerana tiada tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang menyebarkan cerita ini. Lebih menakutkan, penyebar cerita ini mencabar ADUN terbabit mengambil tindakan saman terhadap mereka jika hal ini merupakan fitnah.
Yang paling saya kesali, blogger UMNO mengambil kesempatan mengutuk dan mencaci TG Nik Aziz dengan pelbagai kata hinaan, carutan, dan makian.
Video:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.