[Kemas Kini] Peragut Dibelasah dan Diarak ke Balai Polis
Diarak ke balai polis. |
Saya petik:
[HM] SIBU: Angkara cubaan meragut tidak kesampaian, dua peragut bukan saja dibelasah orang ramai, malah diarak bagaikan pengantin menggunakan kereta sorong sejauh kira-kira satu kilometer dengan tangan bergari ke Balai Polis Sentral selepas mereka ditahan di Jalan Market di sini, semalam.
Kedua-dua penjenayah berkenaan terpaksa diletakkan di atas kereta sorong apabila salah seorang daripada suspek dipercayai patah kaki akibat dibelasah orang awam yang berang dengan tindakan mereka meragut rantai milik warga emas berusia 60-an di Pasar Central, jam 10.45 pagi.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suaminya berjalan ke pasar berkenaan sebelum didatangi dua suspek menaiki motosikal lalu meragut rantai leher milik wanita berkenaan.
Bagaimanapun, ketika cuba melarikan diri, suami mangsa dengan pantas menarik tangan salah seorang suspek dan ketika itu, berlaku aksi tarik menarik sehingga motosikal dinaiki suspek terbabas.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shaffie Ismail berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membantu sebelum berjaya memberkas kedua-dua suspek dan menyerahkannya kepada polis yang secara kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.
Beliau berkata, selepas motosikal suspek terbabas, orang awam membantu menangkapnya, malah ada antara mereka terlalu geram lalu membelasah sehingga salah seorang patah kaki.
“Kedua-dua suspek memang dikehendaki polis kerana terbabit dengan jenayah ragut di sekitar sini sejak beberapa bulan lalu.
“Polis terpaksa meminjam kereta sorong milik seorang peniaga untuk menghantar mereka ke balai polis berhampiran kerana seorang daripadanya patah kaki,” katanya....
P/s: Maaflah, bagi saya kata-kata terbaik untuk dua orang malaon ini ialah "Padan muka!"
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.