Foto Separa Bogel Selebriti Ini Pula Tersebar
Saya petik:
[HM] JAKARTA: Sejak terpilih menyertai pasukan bola sepak Indonesia, Irfan Bachdim menjadi tumpuan masyarakat termasuklah kehidupan peribadinya.
Sejak kebelakangan ini, gambar separuh bogel kekasihnya, Jennifer Jasmin Kurniawan menjadi perbualan hangat dalam forum di Internet.
Satu daripada gambar berkenaan memaparkan Jennifer hanya mengenakan seluar panjang dan topi. Wanita berdarah campuran Indonesia-Jerman itu tidak kekok ketika bergaya tanpa pakaian.
Selain itu, terdapat juga tiga gambar lagi yang menunjukkan penampilan seksi Jennifer berbaring di ranjang dengan hanya memakai pakaian dalam.
Pengurus Jennifer, Acil Seto Wijoyo mengakui wanita dalam semua gambar itu adalah Jennifer. Bagaimanapun, menurut Acil semua gambar itu sudah lama diambil iaitu ketika masih menjadi peragawati di Jerman.
“Gambar itu gambar lama iaitu ketika Jennifer masih di Jerman,” tutur Acil ketika dihubungi melalui telefon, semalam.
Jennifer lahir di Muehlacker, Jerman pada 6 April 1987 dan dia adalah kakak kepada Kim Jeffrey yang menyertai pasukan bola sepak Indonesia, baru-baru ini. - Agensi
P/s: Eksploitasi, manipulasi secara terang-terangan terhadap wanita! Wanita yang terlibat dalam bidang ini menyedari hal ini, namun "merelakannya" demi wang dan nama.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.