Ingat Kes Rogol di Kandang Lembu? Lanjutannya di Sini
Saya petik:
[UM] KOTA BHARU 10 Feb. - Seorang warga emas berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap cucunya berusia 10 tahun enam bulan di sebuah kandang lembu, pada Ogos tahun lalu.
Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Zainal L. Saleh.
Dia didakwa merogol cucunya di sebuah kandang lembu di rumah tanpa nombor di sebuah kampung dekat Pasir Puteh di sini kira-kira pukul 9 malam, 25 Ogos tahun lalu.
Tertuduh yang ditangkap pada 15 September 2010 didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan sehingga 10 kali.
Terdahulu, kemunculan warga emas itu yang memakai kain pelikat, kemeja T dan berkopiah putih dengan tangan bergari sambil dikawal dua anggota polis di pekarangan mahkamah telah mencuri tumpuan orang ramai.
Pada prosiding tersebut pula, apabila ditanya oleh hakim mengenai hubungan tertuduh dengan mangsa, warga emas itu mengakui kanak-kanak itu adalah cucunya yang bersekolah dalam tahun tiga semasa kejadian.
Zainal turut menasihatkan tertuduh melantik peguam bela mewakilinya tetapi tertuduh menyatakan bahawa khidmat peguam memerlukan bayaran.
''Susah bicara kalau tidak tahu undang-undang, kes ini berat, bukan macam curi getah sekerap (scrap). Kalau minta dibicarakan kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan bukan tiga tahun tetapi boleh sampai dihukum penjara sehingga 30 tahun,'' ujar Zainal.
Tertuduh sebaliknya menjawab, dia lebih rela dipenjarakan daripada pulang semula ke rumah....
P/s: Alahai!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.