Artis Lelaki Islam Kemaruk Makan Daging KHINZIR
Saya petik:
[HM] SUDAH ditetapkan Allah s.w.t bahawa mereka yang beragama Islam diharamkan menyentuh apalagi makan daging babi. Ramai tahu, setiap apa yang ditegah itu pasti ada sebab musababnya, jadi usahlah umat Islam pertikaikan kecuali dalam keadaan darurat yang cukup terdesak.
SS amat kesal dan tersentak dengan cerita yang SS dengar mengenai seorang pelakon lelaki kacak ini. Dia dikatakan sanggup membelakangkan agama berkaitan soal halal dan haram serta mengamalkan sikap bongkak dan perasan bagus 24 jam sehari.
Sumber beritahu SS, aktor ini tanpa segan silu dan rasa bersalah akui menjamah daging terlarang bagi umat Islam itu di depan kru produksi filem ketika dia menjalani penggambaran di luar negara, baru-baru ini.
SS sedar memanglah negara tempat mereka membuat penggambaran itu makanan halal dan tidak halal mudah bercampur aduk, namun artis itu hanya mengambil sikap mudah sedangkan kru lain boleh pula menikmati makanan halal tanpa masalah besar.
Sumber SS cakap, apabila mereka tanya aktor itu apa yang dia sedang jamah kerana tengok macam amat berselera sekali, dengan nada bongkak dan selamba menjawab, itu daging babi. Malah, dia siap puji lagi rasanya cukup enak sekali....
P/s: Maaflah jika ada pembaca bukan Islam yang tersinggung. Bagi yang tidak tahu, Islam melarang umatnya makan daging atau apa-apa yang mempunyai elemen khinzir.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.