Selain BOM Masjid, Media Dakwa Tentera & Militia Gadaffi SERANG Hospital
Hari ini rata-rata akhbar menyiarkan berita Agensi yang memerihalkan askar upahan Gaddafi mengebom masjid di Zawiya, dekat Tripoli semalam. Menurut beberapa saksi, sebuah menara masjid dibedil dengan menggunakan peluru berpandu antipesawat selain ditembak dengan senjata automatik.Serangan itu ditujukan kepada sekumpulan penunjuk perasaan yang enggan meninggalkan masjid berkenaan.
Untuk mewajarkan tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaannya, Gaddafi menyatakan dalang kebangkitan rakyat di Libya dipengaruhi oleh ketua pengganas yang paling dikehendaki Amerika Syarikat, Osama bin Laden yang memimpin pergerakan Al-Qaeda. Beliau membuat kenyataan itu menerusi telefon kepada sebuah stesen televisyen di negara tersebut.
Namun, Yalibnan.com melaporkan bahawa tentera dan militia upahan Gaddafi turut menyerbu hospital dan menembak mati penunjuk perasaan yang dirawat di hospital tersebut. Pasukan Jawatankuasa Revolusi Libya (LRC), tulang belakang regim Gaddafi, "menyerbu ke hospital-hospital dan membunuh rakyat yang menyertai tunjuk perasaan menentang regim," dakwa Slimane Bouchuiguir, yang mengetuai sebuah kumpulan hak asasi manusia di Libya, lapor agensi berita Itali MISNA.
Jika benar seperti yang didakwa, maka kegilaan Gaddafi yang mahu mempertahankan kuasanya di Libya sejak 42 tahun lalu perlu dikutuk. Blog DCM menyeru pembaca berdoa agar keganasan dan kegilaan ini dapat ditamatkan dengan kadar segera dan semoga Allah SWT melindungi rakyat Libya daripada keganasan regim Muammar Gaddafi.
P/s: Timbul juga desas-desus di beberapa laman sesawang bahawa laporan media Barat memutarkan fakta tentang kejadian yang berlaku di Libya untuk memburuk-burukkan secara keterlaluan kerajaan Gaddafi.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
P/s: Timbul juga desas-desus di beberapa laman sesawang bahawa laporan media Barat memutarkan fakta tentang kejadian yang berlaku di Libya untuk memburuk-burukkan secara keterlaluan kerajaan Gaddafi.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.