Kata Orang, Artis CUN Ini Sudah Peluk Islam!!!???
Benar atau hanya khabar angin?
Saya petik:
Saya petik:
[MD] Masih ingat artikel penulis yang bertajuk Daphne Iking: Siapa Yang Curang? Di dalam artikel tersebut penulis ada menyentuh mengenai tragedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang berlaku antara Daphne, 32, dan bekas suaminya, Ryan Chong Yiing Yih, 32.
Isu kes saman peribadi bekas suami Daphne terhadap lelaki yang dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka, Darren Choy,45, kini masih rancak berlangsung di mahkamah.
Belum tahu apa kesudahannya kerana perbicaraan ini seringkali tertunda gara-gara kerjasama yang tidak memberangsangkan daripada pihak tertuduh.
Justeru, kita tinggalkan seketika isu turun naik mahkamah ini, kerana ada sesuatu yang lebih menarik tentang pelakon dan model popular ini untuk dikongsi bersama para peminat.
Bukan isu menghadiri kursus kahwin di Sabah baru-baru ini dan juga bukan cerita hubungan cintanya dengan seorang jejaka Melayu.
Namun apa yang lebih menarik minat penulis ialah isu Daphne Sudah Peluk Islam! Dikhabarkan, semasa Anugerah Sri Angkasa 2010,baru-baru ini jutaan rakyat Malaysia telah mendengar Daphne Iking menyebut “MasyaAllah” dan “Assalamualaikum”.
Bukanlah sesuatu yang mustahil apabila ada selebriti kita yang memeluk agama Islam. Namun, jika benar bagai dikata, penghijrahan wanita ini ke arah sesuatu yang jauh lebih positif wajar diberikan kredit.
Daphne sebelum ini pernah menceritakan tentang dirinya yang cuba berpuasa di bulan Ramadhan. Bukan setakat itu, anaknya Isobel juga sering mengikut pembantu rumahnya yang beragama Islam bersolat dan mengamalkan cara hidup Islam.
Beliau tidak pernah sama sekali melarang wanita Indonesia itu mengajar anaknya mengucap dua kalimah syahadah kerana percaya tidak kira walau agama apa sekalipun,perkara pokok ialah takut kepada tuhan.
Kepada Daphne, jika benar sudah memeluk agama suci ini, jutaan TAHNIAH penulis ucapkan. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda sebagai saudara baru! -
P/s: Jika benar apa yang ditulis, semoga artis ini menjadi muslimah yang solehah!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.