Hosni Mubarak DIDENDA Kerana Minum Arak!
Saya petik:
[HM] DUBAI: Seorang hakim mengenakan denda ke atas Hosni Mubarak kerana meminum arak, semalam.
Bagaimanapun, Hosni yang dihukum itu bukanlah diktator Mesir yang digulingkan rakyatnya sendiri baru-baru ini, sebaliknya seorang lelaki Pakistan yang bekerja di Dubai.
Hosni dituduh melanggar undang-undang minuman keras Dubai yang melarang orang awam meminumnya di luar hotel atau restoran.
Hakim menetapkan Hosni didenda RM826 atas kesalahan itu.
Media tempatan melaporkan, hakim tidak dapat menahan senyumnya ketika memanggil defendan untuk mendengar hukuman. - Reuters
P/s: Kah Kah Kah! Saya pun terkena juga!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.