Wow, Tanglung Bisa Letupkan Pesawat!
Tidak terfikir pula saya bahawa tanglung yang cantik dipandang mata ini biasa meletupkan sebuah pesawat gergasi. Siapa sangka. Betullah kata peribahasa, kecil-kecil cili padi, begitu juga mitos gajah takut akan tikus.
Seperti yang dilaporkan media, orang ramai diminta tidak melepaskan tanglung jenis Kong Ming yang didakwa mendatangkan bahaya kepada pesawat. Mungkin banyak juga pembaca DUNIACACAMARBA yang tidak tahu bahawa tanglung jenis itu DIHARAMKAN di negara ini.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, tanglung berkenaan boleh diterbangkan angin setinggi 1 800 meter dan ketinggian itu boleh menyebabkan pesawat meletup dan terbakar apabila tersedut ke dalam enjin. Menurutnya lagi, tanglung yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar itu juga boleh menyebabkan bangunan terbakar dengan mudah.
Tanglung buatan China lazimnya dijual sekitar RM20 setiap satu itu dan dijual secara meluas untuk upacara keagamaan.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.