Rahasia Panjang Umur Seorang Wanita
Gladys Gough berusia 103 tahun mendedahkan rahsia panjang umur kepada media semalam. Dakwanya, dia kekal sihat dan panjang umur kerana masih mengekalkan daranya. Gough berkata, dia tidak pernah tergerak untuk menjalinkan hubungan cinta. Dia juga tidak menghisap rokok, minum arak atau mengambil ubat.
“Saya tidak pernah berkahwin atau mempunyai teman lelaki. Hal ini mungkin menyumbang kepada umur saya yang panjang.
“Saya langsung tidak pedulikan lelaki. Saya sentiasa makan malam. Saya sentiasa memastikan saya makan secukupnya.
“Lelaki tidak pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya.
Gladys yang berasal dari Conventry berkata, dia menghabiskan hidupnya dengan melancong ke seluruh dunia bersama adiknya, Edna yang mati pada 1996 ketika berusia 85 tahun.
Katanya: “Kami sering didekati oleh lelaki tetapi memilih untuk melancong dan berbual sesama kami.”
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.