Jika Terserempak dengan Harimau, Apa yang Perlu Anda Buat?
Saya kerap menonton dokumentari tentang haiwan buas seperti harimau dan singa. Dalam dokumentari itu, penonton turut diberikan tip atau pandua apabila terserempak dengan binatang buas itu. Paling penting, jangan sesekali lari, kerana perbuatan itu menggambarkan kita takut dan binatang buas akan menganggap kita sebagai mangsanya. Selebihnya, sila tiru petua mak cik dan anaknya ketika berhadapan pak belang ketika menoreh getah di bawah ini.
[HM] KUALA KANGSAR: Detik menakutkan terpaksa dilalui dua beranak apabila terpaksa berjalan mengundur sejauh hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau.
Kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, mangsa, Rohani Osman, 50, dan anaknya, Mastura Kamarudin, 16, terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran Kampung Chuar Hulu, Kati di sini.
Rohani berkata, dia leka menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama tergamam apabila melihat dua ekor ‘pak belang’ muncul sebelum merenung ke arah mereka.
“Saya pucat lesi dan tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila harimau berjalan ke arah kami.
“Saya pucat lesi dan tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila harimau berjalan ke arah kami.
“Ketika itulah saya teringat petua orang tua bahawa harimau akan menyerang mangsanya daripada belakang terutama di bahagian tengkuk. Saya menyuruh anak bertenang dan jalan mengundur sambil mengadap harimau berkenaan,” katanya.
P/s: Orang kampung teman ni! Alhamdullilah selamat!








