Bagaimana Wok yang Berusia 108 Tahun "Membahagiakan" Suaminya?
Apa rahsia wok untuk “membahagiakan” suami yang 70 tahun lebih muda daripada dirinya?
Rahsianya ialah “urutan istimewa” yang dipelajari daripada nenek moyangnya.
Menurut wok: “Saya akan mengurut suami apabila dia mula berbicara tentang wanita muda. Urutan ini akan mengelakkan dirinya daripada memikirkan mereka.”
Walaupun enggan berkongsi rahsia tentang teknik urutan tersebut, namun wok menjelaskan bahawa urutan itu ditumpukan dengan menggosok/mengurut pada bahagian badan yang sensitif.
Kata wok lagi, teknik urutan nenek moyangnya itu turut dipraktikkan bagi memastikan kesemua 22 orang suaminya yang terdahulu setia sehingga ke akhir hayat mereka.
Wok kini bahagia menjalani kehidupan berumah tangga dengan suaminya yang ke-23, iaitu Mohd Noor Che Musa, 38 di Kampung Bukit Tok Bat di Kuala Berang, Terengganu.
Selain urutan, wok menambat hati suaminya dengan memasak masakan kegemaran suaminya itu. Selain itu, beliau mengelakkan daripada berleter kerana baginya, perbuatan itu merupakan salah satu punca keretakkan rumah tangga.
Selanjutnya, sila klik pautan ini.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.