Blogger UMCO: Peniaga Cina Cuba Bakar Diri Kerana Marahkan Lim Guan Eng!
Blogger UMNO menulis:
Update: Kes kedai lagi tak habis lagi.hari ni lagi ramai dengan parti cinta malaysia pun hadir.Perbincangan dengan Persatuan Perniaga KOMTAR dengan Dato Rosli sedang rancak dengan maki hamun dan berlangsung di tingkat 5 KOMTAR.
Update: Live dari KOMTAR Seorang peniaga cina telah mencurah dirinya dengan petrol dan cuba bakar dirinya sendiri kerana kecewa dengan DAP atas sebab kedainya tidak maju dan laluan ke kedainya ditutup atas arahan dari LGE
Wah, hebat! Peniaga Cina mahu membakar diri kerana kecewa dan marah kepada Lim Guan Eng (LGE). Bukan setakat Melayu, kini masyarakat Cina pun berang dengan tindakan LGE.1Malaysia marah kepada DAP Pulau Pinang.
Kalau benarlah dakwaan si blogger ini, saya ucapkan selamat memperbodohkan diri kepada peniaga-peniaga tersebut kerana diperkudakan oleh puak-puak Anti-DAP demi kepentingan politik mereka! Kalau itu hanya gimik politik, baik-baik nanti terbakar seperti remaja India dalam gambar di atas. Remaja itu dimasukkan ke hospital sebelum meninggal dunia kerana kecederaan yang dialaminya. Semalam 27 orang peniaga Melayu diperbodohkan oleh penganjur yang tidak membayar sewa kedai mereka.
Persoalan yang sepatutnya difikirkan oleh orang Melayu di PP: Selama lebih 50 tahun BN memerintah di sana, semakin majukah anda? Adakah kemunduran anda selama ini disebabkan oleh DAP yang memerintah di sana sejak 3 tahun lepas? Ada otak fikir!
* Gambar sekadar hiasan.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.