Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label haiwan. Papar semua catatan

,

Isnin, 2 November 2015

Cerita di balik Foto Anjing Gongong Bayi



FOTO seekor anjing mengonggong seorang bayi yang didakwa dibuang viral di Arab Saudi, awal minggu ini.

Portal Arab Saudi, Sada mengatakan anjing tersebut membawa bayi berkenaan yang masih hidup ke sebuah rumah dan bayi tersebut dikejarkan ke hospital berdekatan.

Dalam perkongsian di Facebook, bayi tersebut dijumpai di dalam sebuah tong sampah ketika anjing berkenaan menyelongkar mencari makanan.

Tali pusat berkenaan juga masih belum dipotong dan kelihatan jelas didalam foto tersebut, lapor Emirates247.com.

Difahamkan, bayi tersebut terselamat disebabkan tindakan pantas anjing tersebut. -Sinar Harian/2/11/15

Jumaat, 24 Julai 2015

[Video] Burung Kasawari Ajak Lelaki Buat Seks



AUSTRALIA: Mungkin ia sesuatu yang janggal dan sangat kelakar apabila seekor haiwan ‘mengajak' manusia untuk melakukan seks.

Namun, situasi tersebut berlaku kepada seorang pengembara dari Amerika Syarikat yang terpaksa berdepan detik cemas apabila seekor burung kasawari mendekatinya untuk melakukan hubungan seks.

Menurut portal berita antarabangsa, Mail Online, rakaman video yang dirakam oleh rakannya itu menunjukkan lelaki terbabit sedang berbaring di semak bagi merakam gambar bersama gurung gergasi itu.

Bagaimanapun, keadaan bertukar lawak apabila burung berkenaan dilihat mengelilingi pelancong itu beberapa kali yang mungkin menyifatkannya sebagai pasangan yang sesuai untuk seks.

Rakannya yang merakam adegan lucu itu kedengaran tertawa besar dan terkejut apabila burung berkenaan kelihatan begitu ghairah dengan membongkokkan kakinya serta bergerak dalam kedudukan mengawan antara paha lelaki itu.

“Burung itu jatuh cinta dengan kamu.

“Dia mahu melakukan seks. Burung itu tengah cari ‘ulat’ kamu,” kata rakannya dalam video tersebut.

Lelaki tersebut yang kelihatan sedikit risau berkata: “Bagaimana saya mahu keluar dari sini?”

Namun, selepas beberapa minit kemudian, burung tersebut kelihatan ‘berputus asa’ dan membolehkan pengembara itu untuk melarikan diri.

Difahamkan, spesis burung terbesar di Australia itu biasanya mengelilingi pasangannya sebelum melakukan seks. -Malaysian Digest/23/7/15
Awkward moment an emu mistakes an American tourist for a sex partner http://dailym.ai/1ImlGiV via Daily Mail Australia
Posted by Daily Mail on Wednesday, July 22, 2015



Selasa, 11 November 2014

Ular Masuk Seluar



[Utusan Borneo] SARIKEI: Seorang lelaki terkejut besar selepas seluarnya dimasuki ular lidi ketika memandu pacuan empat roda di sini, semalam.

Bagaimanapun, tindakan pantas lelaki itu berjaya menyelamatkan dirinya daripada dipatuk reptilia sepanjang 20 sentimeter itu.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan bersarapan di sebuah kedai kopi di sini, kira kira jam 9 pagi.

“Ketika keluar rumah dan memandu kereta, saya tidak merasa apa-apa,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 40, kepada media.

Menurutnya, ketika menutup pintu sebaik keluar dari kenderaan itu, dia berasa ada sesuatu yang pelik bergerak di dalam seluarnya.

“Sebaik sahaja saya menggoncang seluar untuk mengeluarkan ‘benda’ itu, saya terkejut apabila mendapati seekor ular kecil keluar dari seluar.

“Ini kejadian pertama kali yang saya alami. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. -10/11/14


,

Sabtu, 1 November 2014

Ikan Tersekat di dalam Dubur

Sekadar hiasan.
[Harian Metro] Londrina (Brazil): Selain menanggung derita menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ikan paru-paru (sejenis ikan seperti belut) yang tersekat dalam duburnya, seorang lelaki Brazil juga terpaksa menanggung malu apabila jururawat dan kakitangan bilik bedah mentertawakannya ketika pembedahan dijalankan.

Bagaimana ikan berkenaan boleh memasuki dubur lelaki yang tidak dikenali itu, tidak diketahui.

Bagaimanapun, pembedahan untuk mengeluarkannya dirakam oleh kakitangan hospital.

Sebaik berada di dalam, ikan berkenaan enggan keluar, menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan di Hospital Universitario di Londrina, menurut LiveLeak.com, semalam.

Doktor berjaya mengeluarkan ikan sepanjang 30.5 sentimeter itu dengan maruah pesakit berkenaan terjejas.

Video berkenaan mula dimuatnaik dalam BestGore.com Disember lalu tetapi menjadi viral selepas dimuatnaik dalam LiveLeak.com.

Dalam video itu kedengaran suara orang ketawa ketika ikan itu ditarik keluar dari ususnya. Ramai kakitangan dilihat merakam pembedahan berkenaan.

Kejadian seperti itu, walaupun jarang berlaku, ia bukan kes terpencil.

Pada April 2013, seorang lelaki di Guandong, wilayah di tenggara China, mengaku kepada pegawai perubatan dia memasukkan belut ke dalam duburnya selepas menonton filem porno.

Dia terpaksa menderita sepanjang malam sebelum menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ikan itu.

Kejadian sama berlaku di New Zealand pada 2012. 

Pada 2010, seorang lelaki China mati selepas rakannya memasukkan belut di dalam duburnya kerana berjenaka. - Agensi/1/11/14




,

Khamis, 30 Oktober 2014

Si Kecil Penjinak Gajah


[Harian Metro] Buon M’Lieng (Vietnam): Ini gambar mengagumkan, mengisahkan seorang budak perempuan yang berjaya menjinakkan seekor gajah liar dewasa.

Kim Luan dari etnik M'Nong yang mendiami kawasan tengah Vietnam kini tidak boleh berpisah dengan gajah peliharaannya itu atau erti kata lain, mereka berkawan baik.

Sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat M’Nong untuk menjinakkan gajah liar sebelum memperkenalkan kepada masyarakat dan mengekalkannya sebagai haiwan peliharaan.

Gajah itu kemudian digunakan untuk bekerja dengan penduduk kampung di ladang, mengangkut barang dan membina rumah.

Dan Kim yang baru berusia enam tahun, sudah menjalinkan hubungan akrab dengan gajah itu.

Jurugambar warga Perancis Rehahn, 35, merakam gambar Kim dan gajah itu di Buon M'Lieng baru-baru ini.

“Gajah dianggap sebahagian daripada anggota masyarakat M’Nong. Saya terkejut dengan kemesraan antara Kim dengan gajah itu. Malah, kanak-kanak perempuan itu lebih takut kepada saya daripada gajah berkenaan,” kata jurugambar itu.

Menurutnya, dia sudah menetap di Vietnam sejak tujuh tahun lalu, merakam kira-kira 45,000 gambar di negara berkenaan.

Bagaimanapun, ini kali pertama dia melihat interaksi antara masyarakat M’Nong dengan gajah mereka. - Agensi/30/10/14



, ,

Selasa, 28 Oktober 2014

Haiwan Aneh Ditangkap di Padang Pasir


[Harian Metro] Jeddah – Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu.

Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.

“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut.

“Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya.- Agensi/28/10/14

Sabtu, 18 Oktober 2014

Ikan Yu Gergasi Sangkut Pukat di Sabah



[Harian Metro] Tawau: Penduduk Kampung Pukat Tanjung Batu, dekat sini, gempar dengan penemuan seekor ikan yu gergasi yang tersangkut pada pukat seorang nelayan di perairan Pasir Putih, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, ikan seberat lebih dua tan itu hanya berjaya dibawa ke pantai selepas lebih empat jam ditarik sebelum dilepaskan semula ke laut.

Menurut Mustapa Mustaming, 41, ketika kejadian dia bersama seorang ahli keluarganya ke laut pada petang sehari sebelum itu.

“Ketika kami cuba mengangkat pukat, ia terasa amat berat. Apabila gagal mengangkat pukat, saya syak ada penyu tersangkut, namun selepas diteliti, ia adalah ikan yu,” katanya ketika ditemui.


Mustapa berkata, disebabkan gagal melepaskan pukat daripada badan ikan itu, mereka menarik ikan itu ke pantai untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

“Kami menarik ikan itu dengan dua perahu dan tiba di pantai jam 4 pagi tadi (semalam).

“Kami membuka belitan pukat pada badan ikan berkenaan dan hanya berjaya melepaskannya jam 4 petang tadi (semalam),” katanya.

Menurutnya, penemuan ikan sepanjang 3.6 meter itu pertama kali sepanjang dia menjadi nelayan di kampung berkenaan.

“Saya sendiri tidak menyangka menemui ikan sebesar itu dan melepaskannya semula ke laut,” katanya.-18/10/14


Rabu, 14 Mei 2014

[Video] Berani Tangkap Ular Tedung Lebih 4 Meter?


Bagi orang yang fobia dengan ular, menonton video di bawah  sahaja sudah cukup untuk membuatkan diri berasa gerun. Namun pemuda yang dirakam dalam video tersebut kelihatan tenang apabila berhadapan dengan haiwan berbisa yang berukuran melebihi 4 meter itu.

Video sepanjang hampir 8 minit yang dikongsikan oleh pengguna  FB ini menunjukkan pemuda itu berjaya menangkap ular tedung itu dengan menggunakan sebatang kayu.

Paling sempoi apabila dia kelihatan selamba berlindung di balik pokok kelapa sawit sambil mengelak daripada diserang haiwan itu sebelum menewaskan haiwan berbisa tidak lama kemudian.

Salut!!! - DCM




,

[Video] Kambing Dilahirkan Berwajah Manusia


[Mstar] MENGEJUTKAN apabila seekor kambing dilahirkan dengan muka manusia di sebuah kampung berdekatan Izmir, Turki.

Pendedahan pelik itu dibuat oleh kakitangan perhilitan Turki menerusi sebuah rakaman yang memperlihatkan anak kambing berwajah manusia yang disahkan telah mati.

Dalam rakaman tersebut, anak kambing berkenaan kelihatan berwajah manusia dengan bibir, hidung dan bentuk muka.

Ianya kelihatan seperti binatang bermuka manusia di dalam filem sains fiksyen.

Anak kambing tersebut dilahirkan dengan kaedah pembedahan selepas ia gagal dilahirkan dengan sempurna oleh ibu kambing. -14/5/14




, ,

Sabtu, 22 Mac 2014

Zirafah Ucap Selamat Tinggal



[HM] Rotterdam: Suasana mengharukan menyelubungi zoo di Belanda apabila seekor zirafah dilihat seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepada bekas pekerja zoo yang tenat kerana menghidap barah. 

Bekas pekerja berusia 54 tahun itu sebelum ini meminta supaya dia dibawa ke kandang zirafah di Zoo Rotterdam’s Diergaarde Blijdorp.

Keadaan yang menyentuh hati itu menyaksikan seekor zirafah itu menghampiri lelaki berkenaan, Mario, dan dilihat seolah-olah memberi ciuman selamat tinggal.

“Haiwan itu mengenalinya dan dapat merasakan sesuatu yang buruk menimpanya. Ia suasana istimewa dan anda boleh melihat haiwan itu melemparkan senyuman kepada Mario yang sebelum sakit menghabiskan masa bekerja di kandang berkenaan,” kata pengasas Ambulance Wish Foundation, Kees Veldboer. 

Mario kemudian meminta peluang mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan sekerjanya. “Kami gembira dapat menunaikan permintaan terakhir Mario,” katanya. -22/3/14


Jumaat, 21 Mac 2014

Buaya Betina MATI Ketika Mengawan

Sekadar hiasan.
[HM] The Hague: Seekor buaya betina daripada spesis terancam mati kelemasan di sebuah zoo di Belanda semalam ketika mengawan dengan seekor lagi buaya jantan “dominan.” 

Menurut pengurusan zoo berkenaan, buaya betina itu tidak dapat menanggung tabiat mengawan ganas pasangannya yang dominan.

Kata jurucakap zoo itu, tubuh buaya air tawar berkenaan ditekan dengan kuat menggunakan mulut buaya jantan sebagai langkah menunjukkan penguasaannya.

“Buaya betina dilihat menerima saja perlakuan itu tetapi akhirnya dia tidak boleh benafas dan mati dengan kesan gigitan di seluruh badannya, terutama di bahagian leher,” katanya.

Dianggarkan, ketika ini hanya ada kira-kira 2,500 ekor spesis False Gavial yang masih hidup di seluruh dunia.

Habitat asal buaya berkenaan adalah di Malaysia, selatan Myanmar, Borneo, Jawa dan Sumatera. Zoo berkenaan sudah lama mempunyai buaya jantan dan betina dari spesis itu namun ia tidak pernah mengawan.

Justeru, kata jurucakap zoo berkenaan, mereka mengambil langkah memperkenalkan buaya jantan itu kepada seekor buaya betina untuk tujuan pembiakan.

“Kami tidak menyangka ia berakhir dengan tragedi,” katanya dalam satu kenyataan. Secara semula jadi, buaya false gavial jantan boleh mengawan dengan beberapa buaya betina dalam masa yang sama. Hanya 10 zoo di eropah mempunyai buaya dari spesis itu. - AFP/21/3/14


Rabu, 6 November 2013

Ular Tedung Selar Masuk Rumah

Mohd Fauzi (kiri) dibantu dua anggota JPAM menjinakkan tedung selar yang ditangkap dalam sebuah rumah di Kampung Sokor, Tanah Merah.

[SH] TANAH MERAH - Cubaan mengusir keluar seekor tedung selar yang masuk ke dalam sebuah rumah di Kampung Sokor, dekat sini, cemas seketika apabila reptilia berbisa itu bertukar ganas dan cuba menyerang penduduk.

Seorang penduduk, Ahmad Faizal Dollah, 28, berkata, kejadian cemas itu berlaku ketika dia bersama beberapa penduduk cuba mengusir ular yang masuk ke rumah kakaknya menggunakan buluh.

Katanya, cubaan itu gagal dan dia terpaksa meminta bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) apabila tedung selar sepanjang lebih tiga meter itu mula bertindak agresif.

“Saya cuba usik-usik dengan buluh supaya ular ketika itu bersembunyi di belakang pintu dapur keluar tetapi saya mula rasa bahaya bila ular itu beberapa kali cuba menerkam ke arah kami,” katanya, semalam.

Ahmad Faizal berkata, sebelum kejadian, tidak ada orang di rumah itu kerana kakak dan isterinya berada di rumah ibu mereka yang terletak bersebelahan.

“Masa bersembang depan rumah emak, mereka nampak seekor ular tedung menyusur tebing jalan sebelum menyusup masuk dalam rumah kakak melalui pintu depan.

“Bila saya masuk ke dalam rumah kakak dengan beberapa anggota Rela, kami temui ular itu sedang bersembunyi di belakang pintu dapur dan cuba usirnya keluar tetapi gagal,” katanya yang menghubungi JPAM untuk bantuan.

Haiwan berbisa itu akhirnya berjaya dijinakkan sepasukan empat anggota JPAM daerah ini termasuk seorang anggota yang berkebolehan menangkap ular, Mohd Fauzi Sarwani Seman.

Mohd Fauzi Sarwani berkata, ular itu bertindak agresif ketika cuba ditangkap dan dia mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum dapat menjinakkannya.- 6/11/13


Sabtu, 31 Ogos 2013

Hati-hati, Ular Mungkin Berada di dalam kasut Anda


[SH] KUALA KURAU - Keterujaan seorang remaja bermain sepak takraw hampir mengundang padah apabila dia tidak menyedari kewujudan seekor ular tedung yang berada di dalam kasutnya, petang kelmarin.

Mujurlah remaja berkenaan bertindak segera membuka kasutnya setelah merasakan dia terpijak sesuatu benda yang lembik dan sejuk, jika tidak dia pasti dipatuk oleh haiwan berbisa itu.

Dalam kejadian jam 6 petang di Kampung Parit Mat Ali di sini, Marzuki Ahmad Pauzi, 18, berkata, dia menyarung kasut yang diletakkan di luar rumah untuk bermain sepak takraw di gelanggang berhampiran.

Menurutnya, kaki terasa sejuk dan lembik sewaktu menyarung kasut, namun dia tidak mengendahkan kerana menyangka plastik.

"Bagaimanapun, beberapa minit selepas itu, saya merasakan benda ‘sejuk dan lembik’ itu bergerak-gerak dan saya segera mencabut kasut.

“Alangkah terkejutnya apabila mendapati ‘benda’ yang berada di dalam kasut sepuluh minit lalu merupakan ular tedung senduk dan saya segera melepaskan kasut ini,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di sini semalam.

Marzuki berkata, dia mengenali spesies ular itu melalui bentuk seakan-akan huruf ‘O’ yang terdapat di kepala ular itu sewaktu ia sedang mengembangkan kepala.

Menurutnya, haiwan berbisa itu turut menunjukkan isyarat seolah-olah hendak menyerang, bagaimanapun salah seorang abangnya yang kebetulan berada di tempat kejadian bertindak memukul ular tedung senduk itu dengan sebatang kayu.

“Saya amat bersyukur haiwan itu tidak mematuk kaki saya sewaktu menyarung kasut, jika tidak sudah pasti perkara buruk terjadi pada saya,” katanya.

Katanya, ular tedung senduk itu berukuran setengah meter panjang dan dipercayai datang dari arah sawah padi berdekatan.

“Saya menjadi serik hendak meletakkan kasut di luar rumah berikutan bimbang ‘pisang berbuah dua kali,” katanya.



Sabtu, 17 Ogos 2013

[Video] Pak Mie dan Isteri Bela 700 Ekor Anjing



[AA] ALOR SETAR: Tanggungjawab dan belas kasihan.

Itulah yang digambar oleh sepasang suami isteri apabila mereka sanggup mengutip dan memelihara binatang yang berkeliaran di jalanan seperti anjing dan kucing.

Atas dasar belas kasihan, sepasang suami isteri di sini sanggup membela kira-kira 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing terbiar di kabin milik mereka. Bekas kontraktor, Md Azmi Ismail, 55, dan isterinya Halija Idris, 65, membawa balik haiwan yang sakit, cacat, tua dan mengalami pelbagai masalah lain untuk diberi penjagaan sebaik mungkin.

Menurut Md Azmi atau lebih mesra dengan panggilan “pak mie”, beliau menganggap apa yang dialakukan beliau dan isteri untuk memelihara serta menguruskan haiwan ini merupakan satu tanggungjawab malah sudah hampir dua puluh tiga tahun mereka menguruskan haiwan-haiwan ini bersama.

Katanya,sifat kasihan terhadap haiwan itu lahir apabila beliau melihat haiwan-haiwan tersebut berada di jalanan malah ada antaranya mengalami kecederaan serta dalam keadaan tidak terurus.

Jika ternampak beliau akan menangkap dan membawa pulang haiwan-haiwan tersebut ke kediaman mereka di jalan tanjung bendahara, alor setar dan akan dimandikan serta merawat luka-luka yang terdapat pada haiwan tersebut.

"Pak Mie" dan sekumpulan anjing peliharaannya

"Bagi kami dengan mak intan kami rasa benda ni rasa tanggungjawab la kita ambil balik bila kita ambil bawak balik kita tengok sakit macam ni kita berubat dia kita jaga bagi makan dia pelihara sampai dia sihat jadi itu kita
rasa tanggungjawab lah walaupun saya sebagai orang melayu," katanya.

Walaupun pada satu ketika tindakan mereka pernah mendapat cemuhan dan dipandang serong masyarakat kerana mereka beragama Islam namun tidak ramai yang tahu mereka akan menyamak kembali dan mereka tahu akan hukum agama dan ini adalah atas perikemanusiaan selebihnya mereka menyerahkan kepada Allah.

Sementara itu isterinya, Halija yang mesra dipanggil Mak Intan pernah bekerja di klinik haiwan serta mempelajari ilmu merawat haiwan dengan doktor veterinar.

Katanya dia tidak mempunyai sebarang masalah dalam menguruskan haiwan itu mahu dari segi pemakanan dan kesihatan malah anjing-anjing tersebut dijaga dengan rapi termasuk soal perubatan dan kebersihan.

"Memang Mak Intan rasa tanggungjawab la kat depa sebab sapa yang nak tolong sapa yang nak ambil depa kan sedangkan kucing yang sakit tepi jalan orang kaih (tolak) ja orang tak ambil macam tu jugak anjing yang eksiden ka kena tindih ka apa ka orang kaih dengan kaki ja tak dak sapa yang sudi nak ambil depa," kata Mak Intan.

Halija berkata, dia terhutang nyawa sebanyak dua kali kepada anjing peliharaannya di mana nyawanya pernah diselamatkan oleh haiwan itu daripada mengalami kecelakaan dalam dua kejadian berbeza pada tahun 2011 lalu.

Dalam kejadian pertama, dia hampir dipatuk ular senduk namun diselamatkan anjing bernama Poppy, kemudia dia diselamatkan pula seekor anjing digelar Adik ketika dia hampir lemas akibat tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

“Saya tak pandai berenang. Masa itu, semua ahli keluarga juga tidak ada. Jadi apabila diselamatkan anjing peliharaan, saya rasa seolah-olah macam mati hidup semula kerana ketika itu saya rasakan tiada harapan lagi untuk hidup,” katanya.

Sehingga kini terdapat kira-kira 200 ekor kucing dan 900 ekor anjing di bawah jagaan mereka malah kos menguruskan haiwan-haiwan ini ditanggung sepenuhnya tanpa meminta bantuan daripada mana-mana pihak.

Malah anjing yang dipelihara dan dipelihara dijaga sehingga mati manakala bagi penyakit yang tak dapat dirawat haiwan ini akan dihantar ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut.



P/s: Blog Pak Mie boleh dilawati di sini.


Jumaat, 26 Julai 2013

[Gambar] Besarnya BUAYA, Besar Gila!!!

Gambar dan sumber info daripada mysumber.com.
Bangkai Buaya Gergasi Ditemui di Sungai Selangor

Seekor buaya gergasi yang telah mati didakwa dijumpai oleh dua orang nelayan ketika memancing udang di perairan Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing.

buaya gergasi kuala selangor buaya besar mati ditemui di kuala selangor

Nelayan tersebut dikatakan menjumpai bangkai buaya gergasi ini di tebing Sungai Selangor sebelum menariknya ke Jeti Nelayan Kampung Bukit Belimbing. Mereka kemudiannya menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. -DCM

buaya gergasi kuala selangor 2 buaya besar mati ditemui di kuala selangor buaya gergasi kuala selangor 1 buaya besar mati ditemui di kuala selangor



, , ,

Isnin, 8 Julai 2013

[Gambar] Momen yang Menakjubkan Apabila Siput Melintasi Badan Katak yang Nyenyak Tidur









Beritanya di sini.


P/s: Walaupun tampak menakjubkan, namun siput ini mengambil risiko yang tinggi kerana nyawanya mungkin melayang jika katak itu terjaga daripada tidurnya.

Berdasarkan sumber berita, siput ini mengambil masa selama 8 minit untuk berbuat demikian.







Khamis, 4 Julai 2013

Katak Tebu Punca Buaya Pigmi PUPUS di Australia



[Kosmo] SYDNEY - Spesies kodok tebu kini mengancam populasi buaya pigmi di Australia, kata sepasukan penyelidik semalam.

Kehadiran haiwan beracun itu dibimbangi boleh menyebabkan spesies buaya unik itu pupus pada masa akan datang.

Pasukan penyelidik Universiti Charles Darwin memberitahu, keadaan itu berlaku ekoran buaya pigmi memakan kodok tebu kerana kekurangan sumber makanan lain.

Ketua penyelidik berkenaan, Adam Britton berkata, terdapat 28 ekor buaya pigmi di kawasan kajian berkenaan di Victoria dan Bullo, dalam Wilayah Utara, sebelum kedatangan kodok tebu.

Namun, angka itu menurun kepada 10 ekor selepas pencerobohan habitat berlaku.

"Sejumlah bangkai buaya mati dan penemuan kodok tebu di dalam perut haiwan itu membuktikan reptilia itu pupus disebabkan kehadiran kodok tebu," menurut keputusan kajian.

Buaya pigmi boleh membesar sepanjang 1.7 meter atau 0.7 meter untuk buaya betina iaitu separuh saiz buaya air tawar lain.

Kodok tebu mempunyai kantung racun di kepalanya yang boleh membunuh buaya dan ular. Spesies amfibia itu dibawa ke Australia dari Hawaii untuk mengawal populasi kumbang perosak pada 1930.

Namun, kodok tebu membiak dengan cepat dengan ia pula dianggap sebagai makhluk perosak.

Dijalankan dari 2007 hingga 2008, kajian tersebut disiarkan dalam edisi terbaharu jurnal saintifik, Wildlife Research. - AFP


,

Isnin, 17 Jun 2013

Dua Jam Tewaskan Tapah GERGASI


Sekadar hiasan.

[HM] Pekan: “Dengan menggunakan kudrat yang ada, saya bertarung selama lebih dua jam sebelum menewaskan tapah gergasi ini,” kata Zulkifli Abidin, 36, dari FELCRA Seri Makmur, di sini, yang menewaskan ikan tapah gergasi seberat 78 kilogram ketika memancing di Kuala Sungai Lengkur, dekat sini, pagi kelmarin.

Menurutnya, sepanjang bertarung dengan tapah sepanjang dua meter itu apa yang terlintas di kepalanya hanya kemungkinan bot gentian kaca dinaiki terbalik serta tali tangsi memiliki kekuatan 20 paun itu putus sekali gus bakal membuatkannya berputih mata.

Zulkifli berkata, dia tidak menyangka rutin hariannya keluar ke sungai mencari rezeki pada jam 7.30 pagi kelmarin membuahkan hasil lumayan apabila ikan berkenaan berjaya dijual pada harga RM1,500 kepada seorang peraih di Temerloh.

“Seperti biasa, saya keluar memancing seorang diri dengan bot gentian kaca sepanjang lima meter sebelum melabuhkan joran di kuala sungai yang bersambung dengan Sungai Pahang itu.

“Saya melemparkan gewang beberapa kali sebelum disambar ikan berkenaan yang terlebih dulu melompat lalu merentap dengan kuat mengakibatkan joran di tangan hampir terlepas.

“Ketika itu saya sudah tahu ia spesies tapah, namun tidak menyangka saiznya sebesar itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Bapa kepada seorang anak lelaki itu berkata, ikan tapah gergasi itu sukar dijinakkan dan beberapa kali menarik botnya ke tengah dan tepi sungai sekali gus menimbulkan rasa bimbang.

“Bagaimana kita menarik kerbau untuk disembelih, itu yang saya boleh katakan keadaan saya ketika ‘bertarung’ dengan ikan ini,” katanya yang sudah lima tahun menjadi nelayan sungai.

Katanya, dia cuba mengikut tarikan ikan berkenaan sambil tidak mahu melawan atau menyentap joran kerana dikhuatiri boleh menyebabkan talinya putus.

“Walaupun agresif, saya cuba ‘bermain’ dengannya dengan membawanya ke tebing sungai.

“Selepas ikan itu menghampiri tebing, saya melompat turun dari bot dan berjaya mengikat mulutnya menggunakan tali sebelum cuba mengangkatnya ke dalam bot,” katanya.

Zulkifli berkata, dia terus pulang ke rumah dengan membawa ikan berkenaan menaiki keretanya sebelum memaklumkan berita gembira itu kepada isterinya, Noriah Mohd Yunus, 29.

“Sebelum ini, saya pernah mendaratkan ikan tapah dengan saiz sekitar 10 ke 30 kg di sungai ini namun tangkapan kali ini amat mengejutkan sehingga turut menggemparkan penduduk kampung,” katanya.


, ,

Rabu, 12 Jun 2013

[Gambar] Monyet AJAR Manusia Erti...



Keterangan gambar:

“Two blind people wanted to drink water at the RagiGudda temple, Bangalore. When they were unable to operate the tap, this mother monkey opened the tap for them, allowed them to drink water, drank some water herself and then closed the tap before leaving the scene.”


P/s: Haiwan mengajar manusia erti kemanusiaan.


, ,

Ahad, 2 Jun 2013

[Gambar & Video] Teddy Bear Jadi Penganti Ibu



[HM] London: Seekor anak kuda yang kehilangan ibu kini bergantung kepada anak patung beruang untuk mendapatkan kasih sayang.

Breeze ditemui terbiar di Taman Negara Dartmoor pada 24 Mei lalu beberapa jam selepas dilahirkan.

Dia cuba menyusui kuda betina lain sebelum pasukan petugas penyelamat menemuinya rebah akibat kejutan klinikal dan dehidrasi. Walaupun usaha mencari kuda betina yang melahirkan Breeze dilakukan di kawasan itu, tetapi ibunya tidak dapat ditemui. 

Petugas penyelamat merawat Breeze hingga sihat di pusat perlindungan kuda betina dan anak kuda di Devon, dan ia diberikan anak patung beruang itu untuk mendapatkan belaian.

Anak patung gergasi itu ditempatkan di kandang Breeze dan haiwan berkenaan dilihat berpuas hati.

Eksekutif pusat berkenaan, Syra Bowden berkata: “Apa yang menyedihkan, Breeze tidak mempunyai ibu untuk menemaninya.

“Walaupun ada penjaga di pusat ini yang bekerja 24 jam sehari untuk menjaganya, tetapi ia tidak sama.

“Justeru, kami memberikannya anak patung beruang gergasi yang boleh dipeluk sebagai teman.”- Daily Mail





The centre always give their orphaned foals a giant cuddly toy as a companion. They say that they¿re just like human babies in the way it provides them with comfort




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH