Buaya Betina MATI Ketika Mengawan
Sekadar hiasan. |
[HM] The Hague: Seekor buaya betina daripada spesis terancam mati kelemasan di sebuah zoo di Belanda semalam ketika mengawan dengan seekor lagi buaya jantan “dominan.”
Menurut pengurusan zoo berkenaan, buaya betina itu tidak dapat menanggung tabiat mengawan ganas pasangannya yang dominan.
Kata jurucakap zoo itu, tubuh buaya air tawar berkenaan ditekan dengan kuat menggunakan mulut buaya jantan sebagai langkah menunjukkan penguasaannya.
“Buaya betina dilihat menerima saja perlakuan itu tetapi akhirnya dia tidak boleh benafas dan mati dengan kesan gigitan di seluruh badannya, terutama di bahagian leher,” katanya.
Dianggarkan, ketika ini hanya ada kira-kira 2,500 ekor spesis False Gavial yang masih hidup di seluruh dunia.
Habitat asal buaya berkenaan adalah di Malaysia, selatan Myanmar, Borneo, Jawa dan Sumatera. Zoo berkenaan sudah lama mempunyai buaya jantan dan betina dari spesis itu namun ia tidak pernah mengawan.
Justeru, kata jurucakap zoo berkenaan, mereka mengambil langkah memperkenalkan buaya jantan itu kepada seekor buaya betina untuk tujuan pembiakan.
“Kami tidak menyangka ia berakhir dengan tragedi,” katanya dalam satu kenyataan. Secara semula jadi, buaya false gavial jantan boleh mengawan dengan beberapa buaya betina dalam masa yang sama. Hanya 10 zoo di eropah mempunyai buaya dari spesis itu. - AFP/21/3/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.