Pekerja Pelantar Minyak New Zealand Dakwa Nampak Pesawat Terbakar
[AA] KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.
Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.
Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.
Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.
Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.
Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.
Pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi.
Susulan itu, Mckay menjelaskan beliau telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu. - 13/3/14
P/s: Jika dakwaannya benar dan kapal terbang itu ialah MH370, maka bersedialah menerima berita yang kurang menyenangkan hati.
Namun begitu, teruskanlah berdoa moga-moga ada keajaiban berlaku pada MH370.
Namun begitu, teruskanlah berdoa moga-moga ada keajaiban berlaku pada MH370.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.