DAP: Hukuman Mati 529 Penyokong Morsi Kejam, Mengarut
[Selangorku] SHAH ALAM, 26 MAC: DAP menentang dan mengutuk keras tindakan tidak berperikemanusiaan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap lebih 500 penyokong bekas Presiden, Dr Mohamed Morsi.
Strategis Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming, berkata hukuman mati beramai-ramai terbesar dalam sejarah itu bukan sahaja kejam tetapi mengarut.
Katanya, hukuman berkenaan dijatuhkan dalam keadaan tergesa-gesa dalam sesi perbicaraan yang sangat pincang.
“Adalah sangat merepek apabila hukuman dengan magnitud sebegini boleh dijatuhkan hanya selepas perbicaraan beramai-ramai selama dua hari bersabit kematian seorang anggota polis.
“Pihak pembelaan juga dilaporkan tidak diberi akses kepada bahan bukti, bahkan defendan dan peguam mereka juga tidak dibenarkan hadir ke mahkamah ketika hukuman,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada 24 Mac lalu, sebuah mahkamah di Minya, Kaherah menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 penyokong Morsi yang juga anggota Ikhwanul Muslimin selepas hanya dua sesi perbicaraan dijalankan.
Hukuman itu juga dilaporkan dilakukan dalam keadaan peguam tertuduh mengadu tidak diberi peluang membentangkan hujah mereka.
Sehubungan itu, Kian Ming yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, perkembangan terbaru di Mesir itu seakan memberi petanda negara Arab itu akan kembali ke zaman pemerintahan diktator, Hosni Mubarak.
“Saya menggesa Kerajaan Pusat mengutuk tindakan kerajaan Mesir dan sistem mahkamah negara itu yang menindas rakyat sendiri,” tegasnya. - Lizawati Madfa/26/3/14
P/s: Apa pandangan UMNO? Setakat ini hanya PAS yang mengecam dan menggutuk keras hukuman terhadap anggota Ikhwanul Muslimin.
Sebagai rakyat kita menggesa kerajaan Malaysia mengutuk dan mengambil tindakan diplomatik terhadap Rejim El- Sisi di Mesir
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.