Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Khamis, 13 Mac 2014

MH370 Terbang 4 Jam Selepas Hilang daripada Radar - Penyiasat Amerika Syarikat


Pesawat MH370 terbang empat jam selepas hilang dari radar, lapor WSJ

[TMI] Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat Malaysia Airlines MH370 berada di udara selama empat jam selepas dikesan pada lokasi terakhir, lapor akhbar Wall Street Journal hari ini.

Akhbar perniagaan itu mengatakan ini memungkinkan pesawat Boeing 777-200ER terbang tambahan beratus kilometer dalam keadaan yang masih tidak dapat dipastikan.

Penyiasat penerbangan dan pegawai keselamatan AS percaya pesawat tersebut terbang selama lima jam berdasarkan data yang boleh dimuat turun secara automatik dan dihantar melalui enjin Boeing 777 sebagai penyelenggaraan rutin dan program pemantauan, lapor akhbar itu.

Ini menimbulkan persoalan baru dan kemungkinan tentang apa yang berlaku terhadap pesawat yang membawa 239 orang yang hilang daripada menara kawalan hujung minggu lalu setelah sejam terbang dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Enam hari selepas kehilangan pesawat misteri itu, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan meskipun belum membuahkan hasil setelah kawasan mencari diperluaskan. – 13 Mac, 2014.

Kemas Kini:

MAS Nafi Laporan Isu Data Enjin MH370
 
[MK] Ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya menafikan laporan media asing yang menyebut bahawa pesawat MH370 mungkin telah terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari skrin radar.

Katanya, rekod MAS menunjukkan bahawa data terakhir dari sistem pemantauan Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) dipancarkan pada 1.07 pagi waktu tempatan.

“Ia adalah pemancaran (data enjin) terakhir yang kita terima dari pesawat itu. Ia tidak melewati tempoh itu,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

The Wall Street Journal melaporkan penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara itu percaya pesawat itu terbang selama lima jam, berdasarkan data yang dimuat-turun dan dihantar secara automatik dari enjin Boeing 777 sebagai sebahagian daripada program pemantauan standard.

Dalam sidang media hari ini, menteri pemangku pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu juga berkata pengeluaran imejan satelit oleh pihak China mengenai kemungkinan ia bangkai pesawat berkenaan, telah tersalah dikeluarkan.

Berikutan Bernama melaporkan kenyataan penuh Hishammuddin:

Kini sudah enam hari MH370 hilang. Pada masa ini, terdapat 43 kapal dan 40 pesawat yang sedang mencari di Laut Cina Selatan (26 kapal dan 25 pesawat) dan Selat Melaka (17 kapal dan 15 pesawat). 

Kami amat bersyukur dengan bantuan yang diterima dari seluruh dunia. Hari berganti hari, tugas ini menjadi lebih sukar. Seperti biasa, ingatan dan doa kami adalah untuk keluarga mereka yang berada dalam penerbangan itu. Kami akan melakukan segala-galanya dalam usaha kami mencari MH370.

Sebelum saya menerima sebarang soalan, saya mahu menjelaskan beberapa isu.

Data Enjin

Saya ingin merujuk kepada laporan-laporan berita yang menyarankan bahawa pesawat itu mungkin terus terbang untuk satu tempoh selepas perhubungan terakhir. Dengan Malaysia Airlines akan membuat pengesahan sebentar lagi, laporan-laporan itu adalah tidak tepat.

Tranmisi terakhir daripada pesawat itu ialah pada 0107 yang menunjukkan bahawa semuanya adalah normal. Pasukan Rolls Royce dan pasukan Boeing kini berada di Kuala Lumpur dan telah berusaha dengan MAS dan pasukan penyiasatan sejak Ahad. Isu ini tidak pernah dibangkitkan.

Apabila ada butiran terbaharu, ia perlu disahkan. Berikutan laporan media hari ini, MAS telah bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing secara khusus mengenai data ini. Bagi Rolls Royce dan Boeing, laporan-laporan itu adalah tidak tepat.

Imejan satelit China

Sebuah pesawat peninjau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah dihantar pagi ini untuk menyiasat serpihan berpotensi yang ditunjukkan dalam imejan satelit China. Kami menggembleng aset-aset kami tetapi tidak menemui apa-apa. Kami telah menghubungi Kedutaan China yang melaporkan kepada kami tengah hari tadi bahawa imejan itu telah silap dikeluarkan, dan tidak menunjukkan sebarang serpihan daripada MH370.

Arahan FAA

"Pesawat itu telah diservis sepenuhnya dan layak terbang mengikut rekod kejuruteraan dan penyenggaraan. Semua pemeriksaan penyenggaraan adalah teratur. Servis penyenggaraan rutin terakhir telah dilakukan pada 23 Februari 2014; servis berikutnya adalah pada 19 Jun.

Isyarat Radar

Ia menyarankan bahawa terdapat kemungkinan sebuah pesawat telah melalui Selat Melaka. Kami bertanggungjawab untuk menyiasat sebarang kemungkinan. Kami melakukan demi keluarga mereka yang berada dalam penerbangan itu untuk menyusuli setiap petunjuk. Berdasarkan itu, kami menghantar lebih banyak kapal dan pesawat untuk mencari di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, usaha utama kami adalah di Laut Cina Selatan.

Kami menjalinkan kerjasama rapat dengan FAA dan NTSB. Mengenai isu kemungkinan pesawat berpatah balik, mereka telah menyatakan kepada kami bahawa berdasarkan kepada maklumat dan data yang diberikan pihak berkuasa Malaysia, pasukan AS berpendapat bahawa ada asas munasabah bagi pihak berkuasa Malaysia untuk menggemblengkan sumber-sumber bagi mengendalikan usaha mencari di bahagian barat Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan keadaan itu, adalah wajar untuk mengendalikan usaha mencari jika bukti menyarankan adanya kemungkinan untuk menemui pesawat yang hilang itu.

Data kasar

Saya pasti anda semua boleh faham, kami biasanya tidak akan mengeluarkan data kasar daripada radar ketenteraan kami. Tetapi dalam kes ini, kami telah meletakkan usaha mencari ini mengatasi keselamatan negara kami. Kami telah berkongsi data kami dengan rakan-rakan antarabangsa kami termasuk AS dan China, bagi membantu usaha mencari ini.

Siasatan polis terhadap juruterbang

Laporan yang menyarankan bahawa polis Malaysia telah menggeledah rumah anak-anak kapal MH370 adalah tidak benar, dan Polis DiRaja Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung dengannya.

Respons Malaysia

Saya mahu menyentuh mengenai soalan berhubung respons Malaysia. Pertamanya, situasi ini tidak pernah berlaku. MH370 langsung terputus hubungan ketika berada di lautan luas. Kami sedang melakukan pencarian multinasional yang melibatkan banyak negara dan lebih lapan puluh kapal dan pesawat.

Ini adalah situasi krisis. Ia adalah operasi yang sangat rumit, dan selalunya ia bukan mudah. Kami menumpukan semua tenaga kami untuk melaksanakan tugas ini. Dan saya ingin menegaskan: tumpuan kami ialah untuk mencari pesawat itu. Kami tidak akan melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan usaha mencari ini.

Ada masanya kami tidak dapat mendedahkan maklumat - sebagai contoh, sesetengah isyarat radar - kerana ia memerlukan analisis dan pengesahan oleh agensi-agensi lain sebelum dikeluarkan. Untuk mengeluarkan maklumat sedemikian sebelum ia siap, boleh menjejaskan penyiasatan atau usaha pencarian - dan menambahkan lagi kesengsaraan saudara mara.

Malaysia tiada apa untuk disembunyikan. Kami telah melakukan segala-galanya. Dari hari pertama, kami kerap berhubung dengan negara-negara jiran, dan menerima semua tawaran bantuan antarabangsa. Kami telah mematuhi protokol yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa sejak
berlakunya insiden ini.

Sudah banyak yang dilakukan mengenai perluasan kawasan pencarian. Sesetengahnya mendakwa Malaysia telah memperlahankan usaha mencari. Itu tidak benar. Malah, kami telah mempergiatkan usaha mencari. Sekali lagi, saya mahu menegaskan: tiada langkah tertentu yang ditetapkan dalam situasi seperti ini.

Pesawat telah hilang. Kami memperluaskan kawasan pencarian kerana adalah menjadi tugas kami untuk memeriksa setiap petunjuk. Kami bertanggungjawab melakukannya untuk keluarga terbabit. Dan kami tidak akan berputus asa. - 13/3/14


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH