New York Times KRITIK Maklumat TIDAK Tepat dan Kenyataan BERCANGGAH
[TMI] Akhbar antarabangsa New York Times (NYT) mengkritik maklumat tidak tepat oleh kerajaan Malaysia mengenai kehilangan penerbangan MH370, serta kenyataan pemimpin negara yang bercanggah dengan tentera.
Pendedahan pesawat Malaysian Airlines (MAS) menukar laluan dan kemungkinan berpatah balik oleh tentera menunjukkan Malaysia tidak mempunyai maklumat tepat lokasi sebenar pesawat tersebut, kata NYT.
"Tapi kerajaan dan syarikat penerbangan (MAS) masih juga mengeluarkan maklumat tidak tepat, tidak lengkap dan kadang kala tidak tepat dengan pegawai awam berbeza dengan pemimpin tentera," kata NYT dipetik berkata dalam artikel bertajuk "Malaysia Jet May Have Taken New Route Before Vanishing".
Semalam Berita Harian melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menolak kemungkinan pesawat tersebut berpatah balik ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dikesan dengan radar tentera.
Kawasan mencari dan menyelamat juga diperluaskan sehingga ke Selat Melaka bagi melihat sebarang kemungkinan.
Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud mendedahkan wujud isyarat MH370 cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM.
Pendedahan tersebut berbeza dengan maklumat awal diberikan oleh MAS yang mengatakan lokasi terakhir sebelum terputus hubungan pagi Sabtu adalah di perairan Laut Cina Selatan, sempadan antara Malaysia dan Vietnam.
Menurut NYT, pengumuman tersebut menyebabkan banyak pihak terkeliru, mempersoalkan mengapa pendedahan tersebut lewat diberitahu.
"Malaysia, sanggup kamu sembunyikan perkara besar ini sehingga kini," lapor NYT memetik pengguna laman sosial Sina.com Weibo yang meluahkan kemarahan.
Pendedahan ketiga oleh MAS menambahkan kekeliruan, ia berkata pihak berkuasa "melihat kemungkinan" pesawat menuju ke Subang, lapangan terbang yang mengendalikan penerbangan domestik.
Sikap tidak konsisten kerajaan Malaysia dalam mengawal krisis kemudian bertambah buruk selepas Polis Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan MAS, kata NYT.
"Polis mengatakan tiada bagasi yang dipunggah daripada pesawat sebelum berlepas pada Sabtu lalu, berbeza dengan kenyataan pegawai awam sejak tiga hari lalu," kata NYT yang dipetik dalam artikel tersebut.
Sehingga Isnin Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan ia berlaku dan bagasi dipunggah masuk dan melepasi pemeriksaan keselamatan.
Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan ia tidak berlaku dan MAS mengesahkannya pada sebelah petang.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari KLIA di Sepang, pada jam 12.41 pagi Sabtu.
Sementara itu, misi mencari dan menyelamat yang masuk hari kelima masih gagal menemui petunjuk baru.
Beberapa negara juga turut menyertai operasi, antaranya Jepun, China, Singapura dan Amerika Syarikat.
Misteri kehilangan pesawat MH370 tersebut masih menjadi tanda tanya. – 12 Mac, 2014.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.