KEGAGALAN Urus Krisis MH370 Dedah KEUPAYAAN Kepimpinan Malaysia - Penganalisis
[TMI] Ketidakselarasan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370 menunjukkan bahawa lebih 50 tahun mengamalkan kawalan ketat ke atas maklumat adalah tidak sesuai bagi Malaysia dalam mengendalikan krisis yang kini sedang diikuti seluruh dunia, lapor Bloomberg hari ini.
Ia berkata, China mengesa Malaysia supaya lebih telus dengan “tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan sepupunya, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, individu bertanggungjawab terhadap siasatan” mengapa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac.
Pesawat Boeing 777- 200ER dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang penumpang apabila ia hilang. Penyiasat dari sekurang-kurangnya sembilan negara masih berusaha mencarinya.
"Mereka mengendalikan isu global yang besar seolah-olah ia adalah politik domestik," kata Prof Emeritus Clive Kessler, ahli Sosiologi dan Antropologi di University of New South Wales di Sydney, yang menganalisis politik negara selama setengah abad .
“Dengan punca kehilangan masih tidak diketahui anda boleh memahami keperluan mengekalkan budi bicara dan sikap berhati-hati tetapi ia dilihat sebagai usaha menyembunyikan kebenaran sama ada di Malaysia dan tempat lain di rantau."
"Pentadbiran Najib sedang menghantar mesej rakyat harus membiarkan ‘kerajaan memberitahu mereka apa yang mereka perlu tahu, bila mereka perlu tahu, dan bukan sebelum itu’,” kata Kessler. – 12 Mac, 2014.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.