Pakar Forensik Tidak Jumpa Bukti Mencurigakan dalam Simulator Kapten Zaharie - Lapor The Sydney Morning Herald
[TMI] Ketika pencarian pesawat MH370 memasuki minggu ketiga, para pakar forensik yang memeriksa simulator penerbangan yang diambil dari kediaman juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Zaharie Ahmad Shah, tidak menjumpai sebarang bukti mencurigakan, The Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan.
Simulator itu menjadi salah satu fokus utama para penyiasat bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat berkenaan.
Penyiasat curiga apabila mendapati Zaharie, 53, memadam log pada komputer yang dihubungkan dengan simulator pada 3 Februari, hampir lima minggu sebelum Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang daripada radar semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Dilaporkan bahawa pemacu keras komputer itu dihantar kepada pakar FBI di Amerika Syarikat bagi kajian lanjut memandangkan penyiasat mengambil kemungkinan pesawat itu dirampas.
Zaharie dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27, menjadi tumpuan utama siasatan selepas pihak berkuasa Malaysia berkata mereka percaya terdapat "tindakan yang disengajakan" oleh seseorang di atas pesawat yang menyebabkan ia kehilangan komunikasi dan kemudian beralih daripada laluan penerbangan yang dijadualkan. – 22 Mac, 2014.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.