Pembantu Rumah Warga Indonesia Pasrah Dipancung di Arab Saudi
Satinah Pasrah Dipancung
[HM] Semarang/Riyadh: Beberapa hari menjelang tempoh menjelaskan wang darahnya berakhir, Satinah sempat menghubungi keluarganya dengan masa yang terhad diberikan pihak penguasa penjara Al-Ghazi, Arab Saudi, baru-baru ini.
Satinah yang berasal dari Semarang berdepan dengan hukuman dipancung 3 April ini sekiranya gagal menjelaskan wang darah selepas didapati bersalah membunuh majikannya pada 2006.
Kakaknya, Paeri Al Feri Satinah berkata Satinah memberitahunya dia pasrah dan berserah kepada Tuhan mengenai nasib yang akan ditempuhnya.
Paeri ketika ditemui wartawan berkata, wanita berkenaan juga meminta supaya anaknya, Nur Afriana yang berusia 20 tahun dikahwinkan jika bersedia.
“Beritahu Nur, jika dia sudah bersedia, saya mahu dia kahwin,” kata Paeri, mengulangi kata-kata Satinah kepadanya.
Menurut Paeri, Satinah turut meluahkan rasa rindu kepada keluarga dan jirannya di Susun Mrunten.
Paeri berkata, keluarga Satinah kini hanya boleh berdoa agar dia diampunkan keluarga bekas majikannya.
Satinah didapati bersalah membunuh majikan perempuannya di Gaseem, Arab Saudi serta tuduhan mencuri wang RS39,970 (RM34,000) Dia mengaku bersalah melakukan jenayah itu dan dipenjarakan pada 2009.
Hukuman pancung ke atasnya sepatutnya dilaksanakan pada Ogos 2011 tetapi ditunda tiga kali hingga 3 April depan.
Anggota keluarga majikannya sedia mengampunkannya sekiranya dia membayar wang darah RS7 juta (RM6.11 juta).
Setakat ini hanya RS4 juta (RM3 juta) dikumpulkan. untuk membantunya.
“Ramai yang membantu, termasuk kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Tetapi keluarga bekas majikannya belum mahu menerima jumlah yang ada,” kata Paeri.- Agensi/29/3/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.