Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label pembantu rumah. Papar semua catatan

, ,

Khamis, 24 Mac 2016

Majikan Kejam Hukum Amah Hingga Kebulur




SINGAPURA: Sepasang suami isteri didapati bersalah melanggar undang-undang buruh kerana menyebabkan pembantu rumah mereka warga Filipina kebulur sehingga berat badan mangsa turun hingga 29 kilogram.

Peniaga Lim Chiong Hong dan isteri, Chong Sui Foon, kedua-duanya berusia 47 tahun, mengaku tidak memberi makan secukupnya kepada mangsa selama 15 bulan.

Hukuman ke atas mereka akan ditetapkan kemudian. Pasangan itu berdepan hukuman penjara dan denda maksimum S$10,000 (RM29,300).

Sebuah mahkamah daerah diberitahu bagaimana Thelma Oyasan Gawidan, 40, kehilangan berat badan hampir 20 kilogram, mengalami keguguran rambut dan berdepan masalah haid ketika bekerja dengan pasangan itu di kondominium mereka di kawasan Jalan Orchard.

Thelma hanya diberi makan dua kali sehari, biasanya beberapa keping roti dan sedikit mi segera yang disediakan Sui Foon.

Malah, ketika bercuti bersama ke Hong Kong, Sui Foon akan membungkus beberapa keping roti dan mi segera untuk mangsa.

Thelma juga tidak dibenar mengguna telefon bimbit dan tidak dibenarkan keluar membeli makanannya sendiri.

Selama setahun bekerja, dia dipaksa menggunakan tempat mandi awam bersebelahan kolam renang kondominium majikannya dan perlu diiringi seorang anggota keluarga.

Dia dibenarkan mandi dua kali seminggu.

Mangsa akhirnya berjaya melarikan diri dan meminta bantuan rakan senegaranya.

Lim dan isterinya akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 22 April selepas menjalani pemeriksaan psikiatrik.- Harian Metro/24/3/16


, , , ,

Sabtu, 31 Oktober 2015

Dera Pembantu Rumah: Tertuduh Rebah Hukuman Mati Dikembalikan



Putrajaya: Seorang surirumah menangis dan meraung apabila Mahkamah Rayuan mengembalikan hukuman mati terhadapnya dan suaminya kerana membunuh pembantu rumah mereka dengan membiarkan warga Kemboja itu mati kelaparan.

Chin Chui Ling, 43, menangis dan pada satu ketika rebah dalam kandang tertuduh selepas jurubahasa mahkamah menjelaskan kepadanya dan suaminya, Soh Chew Tong, 46, mengenai keputusan mahkamah itu.

Soh turut memegang Chin sambil mententeramkannya.

Pasangan itu, yang dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu mendengar rayuan mereka, kemudian digari dan dibawa semula ke lokap oleh anggota polis yang ditempatkan di mahkamah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan untuk mengembalikan sabitan terhadap Soh, yang juga pemilik stor, dan Chin kepada tuduhan asal membunuh pembantu rumah mereka, Mey Sichan, 24, yang mempunyai berat badan hanya 26.1 kilogram.

Soh dan Chin, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 16 Mei 2013 atas tuduhan pindaan membunuh tanpa niat.

Mey Sichan, yang mula bekerja dengan pasangan itu pada Julai 2011, dijumpai mati di rumah kedai pasangan suami isteri itu di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang

dengan kesan kecederaan lama dan baharu pada badannya selain mengalami dehidrasi dan keadaan pipinya yang cengkung.

Hakim Datuk Seri Zakaria Sam, yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel hakim, berkata mahkamah mendapati rayuan balas pihak pendakwa mempunyai merit.

Beliau mengketepikan sabitan pasangan itu atas tuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat dan hukuman penjara serta menggantikannya dengan hukuman mati kerana membunuh.

Panel hakim juga menolak rayuan pasangan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara.

Peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili pasangan itu berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman mengendalikan pendakwaan bagi kes itu. - Bernama/30/10/15



,

Selasa, 12 Mei 2015

[Video] Kecoh Amah Indonesia Dakwa Dapat MyKad & BR1M



KUALA LUMPUR: Satu klip video memaparkan pengakuan seorang pembantu rumah warga Indonesia kononnya menyatakan rakan senegaranya mendapat kad pengenalan (MyKad) tersebar di laman sosial Facebook sejak semalam.

Lebih mengejutkan, amah itu turut mengakui bahawa rakannya itu juga layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Video berdurasi 3 minit 16 saat yang di muat naik di laman sosial Facebook My Media Hub itu dipercayai dirakam seorang pemuda Cina dan kini mendapat tontonan lebih 29,901 pengguna.

Menerusi rakaman tersebut, amah itu menceritakan bahawa rakannya itu baru saja menerima MyKad sekitar tiga bulan lalu tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran.

“Baru dapat tiga bulan sebelum ini… Tak keluar (bayar) sesen pun..

“Dapat IC pun.. Lagi dapat duit! (RM500 BR1M). Itu pasal saya pelik sangat,” katanya dalam klip video tersebut.

Dalam rakaman itu juga, pemuda berkenaan turut bertanya kepada wanita itu mengenai pihak yang memberikan MyKad dan bantuan tersebut tetapi amah itu memberi jawapan tidak tahu.

Pembantu rumah itu turut mendedahkan bahawa rakannya telah menetap di Malaysia selama 15 tahun tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan dan pasport.

Dakwa wanita itu lagi, individu yang memberikan MyKad dan BR1M mempunyai hubungan yang rapat dengan ketua kampung yang dipercayai di Kelana Jaya yang membolehkan mereka mempunyai keistmewaan mendapatkan kelebihan tersebut.

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan tidak puas hati dan menyarankan pihak berkuasa untuk menyiasat klip video berkenaan. -Malaysian Digest/12/5/15



, ,

Khamis, 30 April 2015

Pasangan Dera & Buang Amah dalam Hutan


Foto: SH

Gombak: Sepasang suami isteri diberkas polis selepas didapati mendera teruk seorang pembantu rumah yang diambil bekerja sebelum membuang mangsa ke dalam hutan.

Pasangan majikan kejam itu dikesan membelasah mangsa berusia 23 tahun menggunakan besi dan kayu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara mangsa bekerja.

Mangsa yang berasal dari Batak, Indonesia dikatakan baru bekerja dengan pasangan majikan berusia 30-an itu di rumah mereka di Batu Caves di sini, sejak 10 Mac lalu.

Majikan mangsa yang juga seorang penjawat awam dikatakan kerap memukul mangsa sebelum ditinggalkan bersendirian di Hutan Ulu Yam di sini, pada 19 April lalu.


Mangsa ditemui orang awam dalam tidak bermaya sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mangsa jam 9.30 pagi pada hari kejadian.

Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Selayang, di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa diambil bekerja sebelum diarahkan menjaga dua anak majikannya berusia tiga tahun dan tujuh bulan.

“Mangsa mengaku dibelasah menggunakan besi oleh majikannya. Suspek kemudian menutup mata mangsa dengan kami sebelum dibawa menaiki kereta ke kawasan hutan itu,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek berjaya dijejaki dan ditahan polis pada 20 April lalu.

“Suspek lelaki terbabit ditahan reman tujuh hari sehingga 28 April depan manakala suspek wanita dilepaskan dengan ikat jamin polis,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. -Harian Metro/30/4/15


, , ,

Selasa, 23 Disember 2014

Amah Dakwa Didera, Kemaluan Disula, Dipaksa Makan Najis....


[Harian Metro] Ampang: Kejam dan tidak bertamadun apabila giginya dicabut, dipaksa minum air kencing dan air panas serta kemaluannya disula dengan objek keras dipercayai kayu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga dirotan, direnjat elektrik, dipijak di kepala dan badan selain makan najis.

Begitulah nasib dilalui seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun yang diseksa oleh majikan di Pandan Indah, di sini, sejak lapan bulan lalu.

Penderitaan mangsa itu bagaimanapun berakhir apabila diselamatkan jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi ‘tolong bos dera saya’ di bawah pintu rumah majikannya.

Pada jam 6.20 petang Sabtu lalu, sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa sebelum menahan dua wanita berusia 39 dan 47 tahun.

Jiran mangsa yang enggan dikenali memberitahu Harian Metro bahawa dia dan jiran lain sering terdengar mangsa menjerit dan merayu dikasihani.

“Mulanya kami sangkakan perkara biasa, namun lama-kelamaan jeritan itu makin kerap menyebabkan kami mengesyaki berlaku penderaan.

“Susulan itu, penduduk nekad membantu menyelamatkan mangsa dengan melaporkan kejadian itu kepada polis apalagi selepas menemui nota ditinggalkan mangsa,”katanya.

Dia amat terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan cedera teruk ketika diselamatkan polis.

Menurutnya, mereka menyamakan rumah didiami mangsa ibarat ‘pusat penyeksaan’ berikutan polis merampas sembilan jenis rotan.

Sementara itu, sumber polis berkata, mangsa mula bekerja di rumah majikannya yang juga seorang perunding sebuah kilang di Selangor sejak lapan bulan lalu.

“Mangsa mendakwa mula didera sejak bekerja di rumah itu. Mangsa mendedahkan dia ditumbuk dan ditendang di seluruh badan terutama kepala.

“Mangsa turut dipaksa minum air panas selain makan najis dan (minum) air kencing. Dia turut dirotan dan kemaluannya disula dengan objek keras,” katanya yang mendedahkan mangsa turut direnjat dengan elektrik.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Ampang (HA) dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa turut patah tulang rahang selain kemaluannya cedera,” katanya.

Sumber polis berkata, sepasukan polis kembali ke lokasi kejadian jam 10 pagi kelmarin bagi mengumpul bukti penderaan sebelum menemui lima kesan darah baru di lantai dapur rumah itu.

Polis turut menemui dan merampas sembilan rotan pelbagai saiz yang disyaki digunakan untuk memukul mangsa.

“Selain itu, polis merampas alat penghalau nyamuk elektrik yang dipercayai digunakan untuk merenjat elektrik jari mangsa.

“Siasatan awal polis mendapati suspek akan memaksa mangsa mengesat darahnya yang jatuh di lantai dapur rumah berkenaan selepas didera majikan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu terbabit dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan 377 C (A) Kanun Keseksaan.

Suspek itu sedang direman bagi membantu siasatan. -Mohd Firdaus Ibrahim/23/12/14


, ,

Ahad, 24 Ogos 2014

Amah Disimbah Air Panas


[Bernama] GEORGETOWN – Seorang pembantu rumah dikejarkan ke hospital hari ini selepas didapati melecur di bahu kanan, leher dan tangan akibat disimbah air panas oleh majikannya di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Bendera, Air Itam di sini.

Wanita berusia 22 tahun itu turut mendakwa dalam kejadian Rabu lepas, tangan dan kakinya diikat dan mangsa hanya dapat melarikan diri awal pagi ini selepas suspek meninggalkan rumah itu semalam untuk pergi bercuti.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan Rahman Ahmad berkata keadaan mangsa kini stabil selepas dihantar ke sebuah hospital di sini dengan bantuan orang awam kira-kira jam 1.30 pagi ini.

“Kami mendapat maklumat kejadian daripada pihak hospital dan soal siasat mendapati suspek adalah seorang wanita serta belum berkahwin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang majikan terbabit dikatakan marah kerana mangsa tidak mengemas rumah dengan baik sebelum menyimbahnya dengan air panas.

Wanita itu turut mendakwa diikat selama beberapa jam dan hanya diberikan plaster untuk merawat kecederaan yang dialaminya dan mengadu pernah dipukul beberapa kali sebelum ini, kata Rahman.

Katanya mangsa juga merupakan anak yatim piatu dan bekerja di rumah berkenaan sejak setahun lalu.

“Polis sedang menyiasat motif kejadian dan sedang mengesan majikan wanita itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – 34/8/14


, , , , ,

Sabtu, 29 Mac 2014

Pembantu Rumah Warga Indonesia Pasrah Dipancung di Arab Saudi


Satinah Pasrah Dipancung

[HM] Semarang/Riyadh: Beberapa hari menjelang tempoh menjelaskan wang darahnya berakhir, Satinah sempat menghubungi keluarganya dengan masa yang terhad diberikan pihak penguasa penjara Al-Ghazi, Arab Saudi, baru-baru ini.

Satinah yang berasal dari Semarang berdepan dengan hukuman dipancung 3 April ini sekiranya gagal menjelaskan wang darah selepas didapati bersalah membunuh majikannya pada 2006.

Kakaknya, Paeri Al Feri Satinah berkata Satinah memberitahunya dia pasrah dan berserah kepada Tuhan mengenai nasib yang akan ditempuhnya.

Paeri ketika ditemui wartawan berkata, wanita berkenaan juga meminta supaya anaknya, Nur Afriana yang berusia 20 tahun dikahwinkan jika bersedia.

“Beritahu Nur, jika dia sudah bersedia, saya mahu dia kahwin,” kata Paeri, mengulangi kata-kata Satinah kepadanya.

Menurut Paeri, Satinah turut meluahkan rasa rindu kepada keluarga dan jirannya di Susun Mrunten.

Paeri berkata, keluarga Satinah kini hanya boleh berdoa agar dia diampunkan keluarga bekas majikannya.

Satinah didapati bersalah membunuh majikan perempuannya di Gaseem, Arab Saudi serta tuduhan mencuri wang RS39,970 (RM34,000) Dia mengaku bersalah melakukan jenayah itu dan dipenjarakan pada 2009.

Hukuman pancung ke atasnya sepatutnya dilaksanakan pada Ogos 2011 tetapi ditunda tiga kali hingga 3 April depan.

Anggota keluarga majikannya sedia mengampunkannya sekiranya dia membayar wang darah RS7 juta (RM6.11 juta).

Setakat ini hanya RS4 juta (RM3 juta) dikumpulkan. untuk membantunya.

“Ramai yang membantu, termasuk kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.

Tetapi keluarga bekas majikannya belum mahu menerima jumlah yang ada,” kata Paeri.- Agensi/29/3/14


, , , ,

Isnin, 10 Mac 2014

[KEJAM] Pembantu Rumah Potong Zakar, Siat Kulit Anak Majikan, Kemudian Campak kepada Anjing


[HM] Nairobi: Dua pembantu rumah di kawasan perumahan mewah di Nairobi didakwa memotong zakar, menyiat kulit kemaluan dan mengelar badan, peha, kaki dan punggung anak lelaki majikan mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyiat kulit kepala budak terbabit sebelum dicampak ke luar untuk dijadikan makanan anjing. Dalam kejadian jenayah dianggap paling kejam di Kenya itu, pembantu rumah, Concepta Achitsa Mwanje, 27, dan tukang kebun, Vincent Odhiambo Owino, dituduh melakukan rompakan dan penculikan serta mendatangkan kecederaan parah pada budak berkenaan.

Dokumen mahkamah menyatakan, mereka menyangka budak terbabit sudah mati ketika mangsa diberikan kepada anjing.

Mereka melakukan perbuatan itu dengan harapan jenayah mereka dapat disembunyikan.

Dr Joseph Kathuri yang memeriksa budak berusia tiga setengah tahun itu berkata, 75 peratus kulit kepala mangsa hilang dalam kejadian pada 31 Disember 2008 itu.

Bulan lalu Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 30 tahun ke atas Mwanje dan Owino selepas menolak rayuan mereka.

Menyingkap kembali kes itu, bapa mangsa mendapat panggilan daripada pembantu rumahnya mendakwa kononnya budak terbabit dibaham anjing.

Ketika bapanya pulang ke rumah, Owino sudah melarikan diri.

Bagaimanapun, keesokannya dia menghubungi majikannya itu untuk memberitahu apa yang terjadi.

Sementara itu ketika dikejarkan ke hospital, mangsa berada dalam keadaan tidak sedar dan hampir mati.

Selepas menjalani beberapa pembedahan kanak-kanak itu berjaya diselamatkan.

Ibu mangsa berkata, walaupun suaminya seorang panas baran, tetapi dia tidak pernah dilihat memukul pembantu rumah terbabit.

Seperti kebanyakan ibu bapa lain, bapa mangsa mendapatkan khidmat Mwanje daripada agensi pembekal pekerja tempatan yang kini popular di kebanyakan pusat bandar.

Ia dikatakan mengambil pekerja tanpa mengenali mereka dan hanya mempunyai salinan kad pengenalan mereka.

Keajaiban berlaku apabila kanak-kanak itu sembuh dan dapat mengenal pasti pembantu rumah dan tukang kebun yang mencederakannya. - Agensi/10/3/14



, , , ,

Jumaat, 7 Mac 2014

Suami Isteri ke Tali Gantung Bunuh Pembantu Rumah Warga Indonesia

Foto: China Press

[Bernama] SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia mereka, Isti Komariah.

Hakim Datuk Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Fong Kong Meng, 58, bekas perunding pendawaian dan isterinya Teoh Ching Yen, 56, suri rumah, didakwa bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No 90, Jalan SS 2/6, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, di antara 14 Mei 2010 hingga 5 Jun 2011.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata di akhir kes pendakwaan sebelum ini, pendakwaan berhujah bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh yang tidak membekalkan makanan mencukupi serta tidak memberi rawatan perubatan kepada mangsa.

Beliau berkata mangsa semasa mula bekerja mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi ketika meninggal dunia hanya mempunyai berat badan 26 kilogram.

"Pembelaan gagal menyangkal hujahan pihak pendakwaan berhubung sebab kematian serta fizikal mangsa dan mahkamah dapati pembelaan kedua-dua tertuduh hanya penafian semata-mata.

"Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati," katanya.

Fong dan Teoh yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang sejurus mahkamah menjatuhkan hukuman.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 30 Julai 2012, pendakwaan memanggil 16 saksi sementara pembelaan mengemukakan enam saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, Suzana Abdul Latif dan Muhammad Asyraf Md. Kamal mewakili pendakwaan sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zaleha Al-Hayat dan Thong Seng Kong.

Akhbar sebelum ini melaporkan pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada 6 Jun 2011 tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu.

Mangsa bekerja dengan pasangan suami isteri itu sejak Disember 2008. - 6/3/14




, ,

Rabu, 26 Februari 2014

Dua Kanak-kanak Mati Dikelar, Pembantu Rumah Bunuh Diri


[Bernama] Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun mati dipercayai dikelar oleh pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat ibunegara semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi hingga 6 petang ketika ibu bapa dan anggota keluarga lain tiada di rumah berkenaan.

"Kejadian itu diketahui kira-kira pukul 6 petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah. Dia menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah warga Indonesia di bilik pembantu rumah.

"Seorang lagi cucunya yang berusia lima tahun dijumpai di tingkat atas," katanya.

Beliau berkata siasatan polis mendapati pembantu rumah berusia 30 tahun yang bekerja hampir dua tahun itu dipercayai membunuh kedua-dua kanak-kanak itu sebelum membunuh diri dengan mengelar lehernya.

Junaidi berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku.

"Ketiga-tiga mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kita juga menjumpai tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh," katanya. - 26/2/14


, , , ,

Isnin, 24 Februari 2014

Amah Dakwa Disuruh Bersetubuh Sesama Sendiri


Sekadar hiasan.
[HM] Jakarta: Isteri seorang pesara pegawai kanan polis Indonesia akan disoal siasat hari ini atas tuduhan menyeksa dan mendera 16 pembantu rumahnya.

Ketua Polis Jawa Barat Inspektor Jeneral Muhamad Iriawan berkata, pihaknya sudah mengumpul kenyataan saksi untuk membolehkan soal siasat dijalankan selepas membawa semua 16 pembantu rumah itu ke ibu pejabat polis Bogor.

Siasatan bermula selepas seorang pembantu rumah Brigadier Jeneral (B) Mangisi Situmorang, Yuliana Leiwer melarikan diri dari kediaman majikannya dan membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan isteri Mangisi, Mutiara.Monang ialah bekas Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan polis Indonesia.

Pembantu rumah itu berkata, selain penderaan fizikal dan tidak dibayar gaji, mereka juga pernah disuruh bersetubuh sesama sendiri dan diancam tidak diberi makan selama tiga hari jika enggan melakukannya. Seorang pembantu rumah terbabit, Hesti, 26, berkata, dia dipukul, dicakar dan disimbah minyak panas sepanjang bekerja di rumah Mangisi sejak 8 bulan lalu.

Lebih buruk lagi katanya, dia pernah dipaksa bersetubuh dengan pembantu rumah lelaki. - Agensi/24/4/14


, , ,

Sabtu, 2 November 2013

Susulan Berita Lelaki Didakwa Menyamun & Merogol Amah Mentuanya

Muhammad Faiz didakwa di mahkamah sesyen, semalam atas tuduhan merogol dan merompak seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Rogol, Rompak Pembantu Rumah

[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda dihadapkan di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia, Oktober lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Faiz Azumar Ammin Mohd Noor, 27, dari Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan kerana merogol yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa berusia 38 tahun di sebuah rumah di Jalan Balai Besar, Dungun, kira-kira jam 5 pagi, pada 12 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, Muhammad Faiz Azumar Ammin berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Wan Fadhilah Nor menetapkan 1 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah turut membenarkan Muhammad Faiz Azumar Ammin diikat jamin RM14,000 dengan syarat dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Sementara itu, di mahkamah sesyen berasingan, Muhammad Faiz Azumar Ammin turut mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan merompak mangsa dengan melarikan seutas rantai dan gelang tangan emas serta dua telefon bimbit jenama Nokia dengan kerugian dianggarkan bernilai RM3,000.

Dia didakwa merompak mangsa menggunakan senjata iaitu sebilah parang di alamat, waktu dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, Muhammad Faiz Azumar Ammin didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Hakim Azlam Zainuddin menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap dirinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud@ Mamat.

Sebelum ini, akhbar keluaran 19 Oktober lalu ada melaporkan seorang pembantu rumah berdepan detik hitam apabila bukan saja disamun tetapi turut dirogol dalam keadaan tangan dan mulut disumbat dengan kain, dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Balai Besar, Dungun.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang bersendirian di rumah berkenaan sedang tidur di dalam biliknya sebelum didatangi suspek yang juga menantu kepada majikannya. Difahamkan, suspek ketika itu turut membawa sebilah parang. -1/11/13


, , ,

Rabu, 11 September 2013

Amah Campur Clorox dalam Susu Bayi



[HM] Riyadh: Polis Arab Saudi menahan seorang pembantu rumah warga Habsyah kerana didakwa meletakkan cecair peluntur Clorox dalam botol susu bayi majikannya.

Akhbar melaporkan bayi berusia 18 bulan itu segera dibawa ke hospital di wilayah tengah Al Qaseem selepas meminum susu. Bapa bayi terbabit menemui kesan cecair peluntur itu dalam botol susu anaknya sebelum diserahkan kepada polis.

Polis masih menunggu keputusan ujian forensik sebelum merujuk pembantu rumah berkenaan ke mahkamah. - Agensi - 11/9/13

, ,

Sabtu, 17 Ogos 2013

Suri Rumah Didakwa Pukul dan Dera Amah dengan Air Panas

CHAI Eng Fong didakwa atas pertuduhan mendera pembantu rumah warga Indonesia, Maria Roberta Sian (gambar kecil) di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, semalam.

[UM] PETALING JAYA 16 Ogos - Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia dengan memukul serta menyimbah air panas terhadap mangsa ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, Khamis lalu.

Chai Eng Fong, 40, turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memperdagangkan seorang wanita berusia berusia 30 tahun bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa dengan cara menggunakan kekerasan dan paksaan.

Ibu kepada empat anak yang berusia antara 10 dan 17 tahun itu mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Eng Fong didakwa dengan niat mendatangkan cedera parah terhadap Maria Roberta Sian dengan memukul dan menyimbah air panas sehingga menyebabkan kecederaan di muka, kepala, telinga, kedua-dua payu dara, belakang badan serta paha.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di rumah tertuduh di No. 5, Jalan U5/84, Subang Bestari, Shah Alam, dekat sini kira-kira pukul 7 petang, 8 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap mangsa, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang memakai baju-T berwarna merah jambu dan berseluar jeans pendek dilihat tenang sepanjang prosiding. Hanya suami tertuduh dilihat hadir di galeri awam mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah yang mengendalikan pendakwaan pada mulanya tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh tetapi sekiranya mahkamah cenderung membenarkannya, beliau mencadangkan jaminan RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Beliau memberitahu, jumlah tersebut tidak membebankan tertuduh kerana keluarga wanita itu mempunyai perniagaan besi.

Zhafran Rahim juga memohon agar tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.

Peguam T. H. Goh yang mewakili Eng Fong pula memohon agar jumlah tersebut dikurangkan dengan mengambil kira syarat tambahan yang dikemukakan oleh pendakwaan.

Hakim Rozina Ayob kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Beliau juga memerintah tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sebagai syarat jaminan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 2 September ini.

Peguam Rosal Azimin Hamad hadir selaku peguam pemerhati bagi pihak Kedutaan Indonesia.

Memetik laporan akhbar, mangsa bertindak melarikan diri dari rumah majikannya di Subang Bestari, dekat sini pada 8 Ogos lalu selepas menjadi mangsa dera sejak lapan bulan yang lalu.

Mangsa kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 7 malam pada hari yang sama dengan bantuan orang awam.

Pembantu rumah itu yang mengalami luka, lebam dan kesan parut di seluruh badan mendakwa majikan wanitanya itu memukulnya dengan menggunakan tangan, kaki dan objek seperti berus lantai.

Menurut mangsa, majikannya itu memukulnya kerana tidak berpuas hati dengan cara dia menjalankan kerja rumah. -16/8/13


P/s: Gila kejam!!!




,

Khamis, 4 Julai 2013

Amah Saji Teh Campur Air Kencing



[HM] Hong Kong: Kerana tidak tahan dipaksa bekerja dengan teruk, seorang pembantu rumah menyajikan air teh yang dicampurkan dengan air kencingnya dan air bekas basuh baju kepada majikannya.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, pembantu rumah berusia 22 tahun itu ditangkap selepas majikannya menyedari bau ganjil pada minumannya.

Majikan terbabit menyoal pembantu rumah itu yang mengaku berbuat demikian.

Pembantu rumah terbabit kini berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan mencampurkan bahan berbahaya ke dalam makanan.

Identiti majikan dan pembantu rumah itu tidak dinyatakan.

Tahun lalu, seorang amah warga Indonesia di Dubai yang mencampurkan air kencing ke dalam teh majikannya dipenjara dua bulan. Dia melakukan jenayah itu kononnya untuk membuat keluarga majikannya sukakannya.

“Saya hanya mencampurkan sesudu air kencing ke dalam teh sebelum menyajikan minuman kepada keluarga itu. Saya lakukannya tujuh hari sebulan,” kata amah terbabit.

Pada 2007, seorang amah, juga warga Indonesia, dipenjara enam hari di Hong Kong kerana menyajikan majikannnya minuman yang dicampur dengan air kencing nya. - Agensi



Selasa, 2 Julai 2013

Kos Pengambilan Pembantu Rumah Meningkat dari RM4 500 ke RM8 000


[AA] KUALA LUMPUR: Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia di negara ini akan dinaikkan kepada RM8,000 berbanding RM4,500 sebelum ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan itu dibuat setelah mengambilkira kos-kos yang wujud di antara kedua negara seperti latihan 200 jam, kos dokumen perjalanan serta bayaran kepada agensi pekerjaan kedua negara.

Ia juga termasuk kos pengangkutan, pemeriksaan kesihatan, serta kos penginapan sebelum diserahkan kepada majikan.

Jelasnya walaupun kadar itu agak tinggi, namun ia telah dikaji terlebih dahulu.

"Ini sudah dikaji oleh semua pihak termasuk Indonesia. Mereka minta dengan alasan sekiranya hendak mengekalkan kadar yang asal itu tidak mungkin boleh dibuat.

“Kita pun tak mungkin mudah nak bersetuju, tapi apabila dikaji kita dapati itulah kadar yang sesuai walaupun dilihat agak tinggi."

"Tetapi itulah kadar yang kita persetujui dengan mengambil kira perbandingan dengan negara-negara penerima lain" katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di Parlimen.

Jawatankuasa berkenaan juga memutuskan untuk tidak melaksanakan perintah gaji minimum 2012 kepada pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara (PLKS) dan ia akan ditentukan majikan mengikut kadar pasaran.

"Gaji minimum kita tak ambil kira. Itu terserah kepada majikan untuk tentukan mengikut kadar pasaran," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, kerajaan juga memutuskan untuk memansuhkan pengeluaran Journey Perform Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober 2013.

Sebelum ini JP Visa dikeluarkan kepada warganegara Indonesia yang memasuki negara ini melalui Pas Lawatan Sosial sebagai pelancong untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.

Semua perkara itu terkandung dalam Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia 2011 yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.



P/s: Kalau tidak mampu jangan menggatal menggajikan warga asing sebagai pembantu rumah. Apabila mengambil pembantu rumah, perkara yang perlu difikirkan bukan sekadar gaji bulanan, hal-hal yang membabitkan kebajikan mereka juga perlu diambil kira.



, ,

Jumaat, 19 Oktober 2012

Mewahnya Rumah Bekas Pembantu Rumah Rais, Dari Mana Sumber Kewangannya?



[KD] Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.

Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.

Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.

“Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah,” kata Fariz.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan semalam, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.

“Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja,” kata Fariz.

Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung ‘menyelamatkan’ Rais daripada tuduhan itu.

“Adakah wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuan diperkosa oleh Datuk Seri Rais Yatim?”

“Justeru kami desak Rais dengan jujur dan bertanggungjawab jelaskan sumber kemewahan Robengah sehingga mampu hidup sedemikian rupa,” katanya lagi.

Sementara itu, Jingga 13 akan menghantar satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan di Jalan Raja, Kuala Lumpur jam 2.30 petang ini. 
 
 
 
 

, , , , ,

Jumaat, 28 September 2012

Gila, Amah Ditahan "Rogol" Anak Majikan Berusia 1 Tahun

Sekadar hiasan.


Seorang pembantu rumah berketurunan Asia di Abu Dhabi didakwa memperkosa anak majikannya yang berusia 1 tahun. Amah itu dikatakan menunggu majikan Arabnya keluar sebelum membogelkan kanak-kanak itu di atas katil sebelum membuka pakaiannya lalu merogol kanak-kanak tersebut tanpa menyedari perbuatannya itu dirakam oleh kamera tersembunyi yang dipasang di rumah majikannya.

Rakaman kamera itu menunjukkan pembantu rumah "duduk" di atas bayi tersebut dan mengabaikan tangisan kanak-kanak itu dalam kesakitan.

Terganggu dengan tangisan tanpa henti kanak-kanak itu, pembantu rumah itu kemudiannya meletakkan bantal di muka kanak-kanak itu sambil meneruskan perbuatannya.

Pendakwa raya menuduh pembantu rumah itu merogol kanak-kanak itu dan membahayakan nyawanya. Apabila dia ditunjukkan rakaman kamera tersembunyi, amah itu mengaku jenayah tersebut.

Dipetik daripada akhbar Alittihad, sumber pendakwaan berkata pembantu rumah itu berhadapan hukuman penjara sehingga 15 tahun selaras dengan Undang-undang Persekutuan yang melibatkan jenayah seksual individu di bawah usia 14 tahun.

"UAE bertindak tegas terhadap perbuatan yang boleh membahayakan kanak-kanak dan membahayakan mereka secara fizikal dan psikologi ..... di bawah undang-undang, ibu bapa memikul tanggungjawab untuk melindungi anak mereka daripada bahaya seumpama itu," kata sumber itu.

"Pejabat pendakwaan meluahkan kebimbangan terhadap kecenderungan keluarga yang bergantung sepenuhnya pada pembantu rumah untuk menjaga anak-anak mereka ... undang-undang UAE berpendapat bahawa ibu bapa yang meninggalkan anak mereka bersendirian dengan pembantu rumah boleh dikaitkan dengan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa orang lain ... perbuatan ini boleh dikenakan hukuman di bawah undang-undang. " - DCM/Emirates


P/s: Gila!

 

,

Rabu, 19 September 2012

Bukan Semua Majikan Jahat, Bukan Semua Pembantu Rumah Bermasalah


[Bernama] Apabila berbincang mengenai pembantu rumah, bukan sedikit reaksi dan ulasan yang kurang menyenangkan baik daripada majikan mahupun pembantu rumah, namun kisah Sutini Pawirongadiman, membuktikan tidak semuanya buruk belaka.

Walaupun berlainan bangsa, agama dan kedudukan, pembantu rumah, Sutini, 37, tidak menyangka kasih sayang yang diberikan majikannya melebihi kasih sayang yang beliau curahkan kepada mereka dan sekali gus mengubati rindu kepada keluarganya di Indonesia.

"Rindu sih tetap rindu, namun di sini saya sudah ibarat berada dalam keluarga sendiri," katanya, yang sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah NGO kononnya Malaysia sebuah negara tidak selamat untuk pembantu rumah Indonesia.

"Saya sayang kepada majikan sebab saya hormati dia dan pada masa yang sama dia pun hormati saya serta beri kebebasan kepada saya di sini... saya memang untung mendapat majikan sepertinya," katanya semasa temu bual eksklusif dengan Bernama di rumah majikannya di Tapah, baru-baru ini.

Kalau tidak suka atau dilayan dengan buruk, pastinya Sutini tidak akan berkhidmat selama lapan tahun dengan majikan yang sama. Malah majikannya Ngeow Yee Kong, 50, memberikan kepercayaan kepadanya untuk menguruskan wang perniagaan sayur setelah majikannya jatuh sakit semenjak setahun lepas.

"Dulu saya pernah jaga ibu majikan saya semasa dia jatuh sakit, jadi dia (majikan) tahu saya ikhlas. Emaknya meninggal dunia pada Disember tahun lepas.

"Saya jaga emaknya seperti ibu sendiri sebab saya pun tiada ibu sejak kecil lagi... selepas dia meninggal dunia, hampir sebulan saya tidak dapat keluar daripada kesedihan itu," katanya.

Selepas beberapa bulan, Sutini kini menjaga majikannya pula yang jatuh sakit apabila beliau disahkan doktor menghidap barah kerongkong.

Sebelum jatuh sakit, katanya, majikannya sangat aktif dalam perlawanan bola sepak di peringkat daerah dan negeri. Namun disebabkan penyakit itu Kong (panggilannya) kini terlantar di atas katil dengan hanya susu sebagai bekalan makananan harian.

Melihat sendiri cara Sutini melayani setiap keperluan majikannya, penulis percaya ia melebihi cara seorang anak melayan ibu atau bapa sendiri. Mendengar rengekan Kong, Sutini bergegas ke sebelahnya bertanya apa yang dimahukannya.

"Sepatutnya kontrak saya telah berakhir Jun lepas dan saya boleh mengambil keputusan sendiri sama ada untuk terus bekerja di sini atau pulang ke Indonesia, tetapi melihat keadaan majikan saya yang tidak sihat, saya mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia selepas menyambut Hari Raya di sana," katanya.

Menurutnya, majikannya juga, pada masa yang sama telah pergi ke China untuk mengambil rawatan susulan, selain rawatan di ibu negara. Majikannya enggan pulang ke Tapah sekiranya Sutini tidak mahu bekerja lagi dengannya.

"Keluarga saya sangat berat untuk melepaskan saya tetapi saya menjelaskan kepada mereka bahawa saya menjaga orang sakit, tak baik tinggalkan begitu sahaja. Kalau saya tak balik ke sini, hati saya tak senang kerana saya ikhlas menolongnya. Dia juga sudah banyak membantu saya," katanya.

Terharu melihat kasih sayang yang diberikan oleh majikan, Sutini berkata dia mengambil keputusan untuk berkhidmat hanya kepada Kong dan akan pulang ke tanah air selepas ini.

"Saya tidak ingin bekerja dengan majikan lain sebab takut kalau layanan di tempat baru berbeda dengan majikan kini... walaupun saya tinggal bersama bangsa lain, dia tahu agama saya dan saya pun hormat agama dia serta membenarkan saya menunaikan solat lima waktu.

"Sebab itu saya pulang ke sini, majikan saya tak bagi masalah kepada saya. Memang saya merasa untung mendapat keluarga ini," katanya.

Bukan itu sahaja yang diperoleh oleh Sutini selama berkhidmat dengan majikannya. Siapa sangka beliau kini menjadi pemilik kepada tiga buah rumah serta kebun dengan hasil simpanan daripada gaji bekerja sebagai pembantu rumah.

Sutini berjaya membina sebuah rumah dan membeli kebun seluas sehektar di Kecamatan Sumber Manjig Wetan, dekat Malang di Jawa Timur, Indonesia daripada hasil pendapatannya di Malaysia dan dua buah rumah lagi hasil bekerja di negara-negara lain.

"Saya mula bekerja sebagai pembantu rumah sejak umur 21 tahun. Pada mulanya saya berkhidmat di Arab Saudi selama empat tahun, Abu Dhabi dan Brunei dua tahun, dan Malaysia selama lapan tahun," katanya.

Setelah bekerja di Malaysia, Sutini yang juga ibu tunggal kepada seorang anak perempuan yang kini berusia 20 tahun dan berumah tangga, berkata tekad untuk tinggal bersama anak, cucu dan menantu sangat terasa sekarang. Tambahan pula hasratnya bekerja untuk mengumpul duit untuk masa hadapan telah tercapai, malah lebih daripada apa yang dimimpikan.

"Kalau saya kerja di Indonesia, tak mungkin dapat beli rumah dan kebun. Lagipun apabila saya balik ke kampung, ramai yang beranggapan saya seorang yang kaya dan sama sekali tidak percaya dengan kejayaan saya," katanya sambil menunjukkan gambar rumah-rumah yang dimiliki itu.

Katanya, dia gemar bekerja di Malaysia berbanding negara-negara lain kerana masyarakatnya yang peramah, bersopan-santun dan tolong-menolong, terutamanya jiran sekeliling yang tidak pernah mengenepikannya dalam apa jua urusan seperti kenduri kendara dan perayaan.

Beliau berharap rakan-rakan lain yang bekerja sebagai pembantu rumah supaya ikhlas dalam membantu majikan serta tidak cerewet memilih dalam melakukan kerja rumah.

"Kalau hati kita ikhlas terhadap majikan, saya rasa sudah pasti mereka akan memberi layanan yang cukup mesra... mungkin lebih sayangkan kita seperti keluarga sendiri," katanya.


, ,

Khamis, 5 April 2012

Pasangan Doktor Kurung Pembantu Rumah Bawah Umur Sebelum Pergi Bercuti



Polis India menahan pasangan doktor pada hari Rabu lalu kerana didakwa mengurung pembantu rumah mereka yang berusia 13 tahun ketika mereka pergi bercuti. Kes yang dikaitkan dengan penderaan pembantu rumah bawah umur itu hangat diperkatakan di media.

Pihak polis berkata, pasangan doktor kaya-raya itu mengurung remaja itu di kondominium mereka di New Delhi bulan lepas dengan bekalan makanan yang sedikit sebelum mereka bertolak ke Thailand untuk bercuti.
 
Timbalan Pesuruhjaya Polis A.K. Ojha berkata polis menahan pasangan yang berikutan maklumat yang diterima selepas pasangan itu dikatakan bersembunyi sekembali daripada percutian hujung Mac lalu.

Gadis itu telah diselamatkan oleh pasukan bomba selepas empat hari ditinggalkan apabila jiran mendapatinya menangis di balkoni kondominium. Kejadian itu telah menjadi tajuk berita utama sejak hujung minggu lalu.

Gadis itu menuduh majikannya, Sanjay dan Sumita Verma, memukul dan menarik rambutnya. Pasangan itu juga didakwa memasang kamera litar tertutup untuk memantau pergerakannya. -DCM/Agensi

P/s: Kaya tetapi kejam!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH