Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label curi. Papar semua catatan

,

Ahad, 11 Oktober 2015

Lelaki Pakai Burka Rompak Wanita Di Surau Ditahan



Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan seorang lelaki yang berpakaian burka hitam untuk mencuri barang kepunyaan wanita di dalam sebuah surau di pusat membeli belah Bukit Bintang.

Suspek ditahan kira-kira pukul 8.30 malam Khamis selepas seorang polis bantuan wanita menyedari perbuatannya itu.

Dia ditangkap selepas berlaku pergelutan kecil dengan anggota polis bantuan tersebut.

Difahamkan, ketika mangsa wanita sedang menunaikan solat, suspek merompak beberapa barang berharga seperti kad ATM dan telefon bimbit dari beg tangan mangsa serta telekung.

Suspek bertindak menyimpan barangan tersebut di dalam beg tangan berwarna coklat yang disorokkan di dalam burka.


Ketua Polis Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata seorang polis bantuan wanita yang bertugas di luar surau tersebut menyedari wanita berpakaian burka itu berkelakuan pelik.

Polis bantuan itu mendekati suspek dan meminta dia menunjukkan kad pengenalan dirinya.

"Namun dia tidak berbuat demikian, sebaliknya melarikan diri. Polis bantuan tersebut bersama dengan beberapa anggota yang lain mengejar suspek.

"Berlaku pergelutan kecil dan polis bantuan menyedari suspek sebenarnya lelaki yang memakai burka," kata Zainol.

Polis bantuan itu berjaya menahan suspek yang mengalami kesan kecederaan di kepalanya.

Dia kemudiannya dibawa ke balai polis Tun HS Lee.

Zainol berkata polis bantuan turut merampas sebuah beg tangan jenama Coach dari suspek dan menjumpai beberapa barang yang dicuri dari surau.

Antaranya, kad ATM, wang tunai sebanyak RM846, satu MyKad, sepasangan cermin mata, kunci, beg H&M dan satu telekung berwarna putih. -Mstar/11/10/15


, ,

Selasa, 14 Julai 2015

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Curi Telefon di Low Yat



Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat pada Sabtu sehingga mencetuskan insiden pergaduhan di pusat beli-belah itu dan kekecohan di media sosial.

Shahrul Anwar Abdul Aziz, 22, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengikut Seksyen 380, Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri itu.

Terdahulu, Shahrul pada mulanya mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan kepadanya, tetapi majistret membuat keputusan membacakan semula pertuduhan selepas peguamnya Shaharuddin Ali terkejut dengan pengakuan bersalahnya.

Majistret Nur Aminahtul Mardiah Md Nor membenarkan Shahrul diikat jamin dengan RM3,000 selepas mengambil kira keluarganya yang kurang mampu walaupun Timbalan Pendakwaraya Suhaimi Ibrahim pada mulanya mohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000.

Ayah tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

Shahrul hadir ke mahkamah ditemani ibu bapa dan adik beradiknya.

Perbicaraan ditetapkan pada 14 Ogos.

Tertuduh ditahan pada Ahad selepas kekecohan timbul di Plaza Low Yat. – The Malaysian Insider/14 Julai, 2015.

, , ,

Suspek Curi dan Amuk di Low Yat Didakwa Pagi Ini


SHAH ALAM - Suspek yang ditangkap kerana mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, pagi ini. ‎

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata suspek berusia 22 tahun itu akan didakwa pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri, lapor sebuah portal.

"Suspek direman selama tiga hari sejak Sabtu lalu. Siasatan ke atas suspek sudah lengkap dan akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok (hari ini).

"Selain suspek, 18 suspek yang terbabit dalam insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat masih ditahan reman," katanya kepada pemberita selepas hadir membuat pemantauan ke pusat beli belah itu, semalam.

Beliau berkata, buat masa ini polis sudah membuka empat kertas siasatan berhubung insiden rusuhan semalam dengan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 148 kanun sama kerana merusuh menggunakan senjata.

Sabtu lalu, berlaku insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang didakwa‎ berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri‎ sebuah telefon bimbit.

Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan lelaki itu kepada polis, lanjutan daripada itu, lelaki terbabit menghubungi rakan-rakannya lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah barang-barang di dalam kedai terbabit yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM70,000.

Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan itu.

Sementara itu, pada malam hari sama, dianggarkan beratus-ratus orang berkumpul di hadapan plaza itusejak 8 malam, dipercayai rakan kepada lelaki yang ditahan polis itu sehingga ‎ berlakunya pergaduhan yang berlarutan ke awal pagi. -Sinar Harian/14/7/15



,

Isnin, 1 Jun 2015

Guru Tadika Kebas RM12,000 Bayar PTPTN


Sekadar hiasan.
Alor Setar: Cubaan seorang guru di sebuah tadika di Simpang Jaya, di sini, membuat laporan palsu berhubung kehilangan wang tunai RM12,000 milik majikannya gagal apabila perbuatannya itu dihidu polis yang mendapati wang itu sebenarnya digunakan wanita terbabit untuk menjelaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) miliknya.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, Khamis lalu, suspek berusia 23 tahun dikatakan membuat laporan polis mendakwa wang berkenaan disimpan di dalam kereta Perodua Kancil miliknya dicuri.

Difahamkan, menerusi laporan berkenaan, suspek mendakwa kejadian itu berlaku jam 9.30 malam, Selasa lalu, dan dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat, di sini, bagi mengelakkan perbuatannya dihidu majikannya.

Helahnya itu gagal selepas pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan menghidu sesuatu mencurigakan dengan keterangan diberikan suspek dan memanggilnya untuk disoal siasat. -Harian Metro/1/6/15

,

Selasa, 19 Mei 2015

Pencuri Kasut Pandu Mercedes Rupanya...



KUALA LUMPUR: Seorang pegawai teknologi maklumat berusia 38 tahun yang menjalankan aktiviti mencuri kasut di Masjid Wilayah akhirnya berjaya dicekup oleh pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.

Polis kemudian menemui barang rampasan di dalam but sebuah kereta Mercedes-Benz yang dipandu oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mereka menemui 13 pasang kasut pelbagai saiz pada Sabtu lepas.

Salah seorang mangsa telah membuat laporan mengenai kecurian yang berlakui di masjid itu.

"Apabila ditanya, suspek berkata kasut itu adalah miliknya tetapi kami tahu bahawa ia tidak sepadan dengan saiz kakinya.

"Seorang lelaki yang berada di tempat kejadian telah datang dan menunjukkan kasutnya yang dicuri dari masjid," katanya kepada pemberita, Isnin.

Munusamy berkata kasut-kasut tersebut dipercayai dicuri dalam masa sehari di Masjid Wilayah dan siasatan mendapati kereta itu adalah milik rakan serumah suspek.

Polis berkata, lelaki itu mungkin mempunyai tabiat mencuri.

Dalam satu kes kecurian tidak berkaitan, tiga lelaki berumur antara 21 dan 25 tahun telah ditahan di sekatan jalan raya kira-kira pukul 4 pagi di Jalan Taman Kok Doh di sini Jumaat lepas.

Ketiga-tiga mereka menaiki kereta jenis Volkswagen Golf 1.4 yang dilaporkan dicuri di Taman Tun Dr Ismail di sini 21 November lepas.

Munusamy berkata, nombor casis kereta tidak sepadan dengan kenderaan yang dicuri. -Mstar/19/5/15


,

Ahad, 26 April 2015

Nenek Asyani Dijel 1 Tahun Atas Dakwaan Mencuri Kayu Jati



Situbondo, Indonesia: Seorang nenek berusia 63 tahun histeria selepas dihukum penjara satu tahun dan didenda Rp500 juta (RM140,349) oleh sebuah mahkamah di sini, semalam selepas didapati bersalah mencuri kayu jati.

Selepas hukuman dibacakan hakim, Asyani tiba-tiba menjerit dan turut mengecam hakim ketika dibawa keluar dari mahkamah.

“Kalau hakim tidak percaya kepada saya ayuh bersumpah sama saya,” katanya sambil menangis.

Barisan hakim yang diketuai Kadek Dedy Arcana berkata, Asyani terbukti secara sah dan meyakinkan telah melanggar undang-undang pencegahan dan pembanterasan kerosakan hutan.

Selepas perbicaraan berakhir Asyani masih enggan berganjak dari tempat duduknya sehingga terpaksa dibawa keluar oleh anggota polis.

Keputusan mahkamah itu juga menyebabkan seorang anak Asyani, Mistiana pengsan di depan mahkamah.

Wanita itu didakwa mencuri hasil hutan selepas pihak berkuasa menjumpai 38 kayu jati di kediamannya pada Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Asyani mengaku tidak bersalah dan memberitahu bahawa kayu itu diambil dari kebunnya sendiri.

Perbicaraan Asyani mendapat liputan meluas media Indonesia selepas gambar wanita itu melutut di hadapan hakim ketika didakwa mahkamah tersebar di laman sosial.

Sebelum hakim membuat keputusan, kawalan keselamatan di mahkamah turut diperketatkan.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk kumpulan pelajar juga berkumpul di luar mahkamah untuk memberi sokongan kepada Asyani. -Agensi/Harian Metro/25/4/15

,

Khamis, 6 November 2014

Lelaki Didakwa Mencuri Buat Kali ke-266



[Harian Metro] London: Pencuri paling ‘hebat’ Britain dihadapkan ke mahkamah untuk kali ke-266 semalam menyatakan harapannya memiliki anjing untuk membantunya mengubah tabiat buruknya itu.

David James Archer (gambar), 59, ditangkap mencuri tali pinggang murah di sebuah kedai Ahad lalu - hanya seminggu selepas didakwa atas satu lagi tuduhan iaitu yang ke-265.

Archer menghabiskan 28 tahun kehidupannya di dalam penjara dan sepanjang 40 tahun lalu hanya satu perayaan Krismas disambut di luar tahanan.

Bagi kes terbaru ini, Archer mengaku bersalah dan peguam belanya Huw Roberts berkata anak guamnya mempunyai anjing baru yang diharapkan mampu membantunya berubah.

Jurucakap polis berkata, dia baru mendapat anjing itu dan tidak sampai hati kerana haiwan itu rindukannya apabila dia tiada di rumah.

Katanya, Archer penagih heroin selama tiga dekad kini menjadi bahan ketawa di dalam penjara menyebabkannya berazam memperbaiki kehidupannya.

Pendakwa Diane Williams berkata, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Archer memakai tali pinggang yang dicurinya - berharga £2.99 (RM16) - di pinggangnya.

“Ketika ditahan polis dia mendakwa membelinya daripada seorang rakan dengan harga £5 (RM27) namun pemeriksaan di kedai itu menunjukkan tali pinggang itu milik mereka,” katanya. - Agensi/6/11/14




,

Selasa, 14 Oktober 2014

Lelaki Cuba Curi Peralatan TNB Melecur Hampir Seluruh Badan



[Mstar] MELAKA: Seorang lelaki melecur hampir seluruh badan selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri peralatan di sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bachang di sini, Isnin. 

Pengurus Besar TNB Melaka Datuk Baderul Sham Saad berkata tindakan lelaki berusia 39 tahun itu mengakibatkan dirinya terkena renjatan elektrik dan berlaku letupan serta menyebabkan berlaku gangguan elektrik hampir satu jam di kawasan sekitar Bachang. 

Beliau berkata kejadian kira-kira pukul 1 petang tadi menyebabkan gangguan terhadap 12 pencawang elektrik di kawasan itu dan TNB turut mengalami kerugian kira-kira RM200,000 bagi menggantikan peralatan serta suis pencawang yang rosak.

"Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh masuk ke pencawang tersebut dengan memecahkan kunci mangga pada pintu untuk mencuri peralatan milik TNB," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Malim di sini dan meminta orang awam menyalurkan maklumat ke talian 15454 sekiranya melihat individu atau kumpulan mencurigakan di kawasan pencawang TNB.

Sementara itu Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Low Liang Seong berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.16 petang dan sembilan anggota dengan satu jentera serta Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) kemudian bergegas ke lokasi. 

Beliau berkata ketika tiba lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian, lelaki berkenaan terbaring di sebuah warung berhampiran dalam keadaan 80 peratus badannya melecur akibat renjatan eletrik berkenaan. 

"Mangsa dilaporkan keluar sendiri dari kawasan pencawang dan kemudian dibantu orang awam yang berada di kawasan berhampiran," katanya. 

Beliau berkata pasukan EMRS telah memberi rawatan awal kepada lelaki itu sebelum dibawa ke Hospital Melaka menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut. -14/10/14


, , ,

Isnin, 29 September 2014

[Video] Suspek Pencuri Telefon Bimbit Dibelasah Sampai Mati



[Bernama] BUKIT MERTAJAM, 28 Sept (Bernama) -- Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.

Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.

"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.

"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. 



,

Khamis, 3 April 2014

Sorok Rolex di dalam Kemaluan



[HM] Las Vegas: Seorang tukang urut didakwa mencuri jam tangan jenama Rolex seorang pelanggan lelaki dan menyembunyikannya di dalam kemaluannya.

Christina Lafave, 25, dituduh mencuri jam milik Kenneth Herold pada 15 Januari lalu ketika mengurutnya di sebuah kamar di Hotel Wynn Las Vegas.

Kes itu menjadi perhatian apabila peguam Christina percaya yang jam itu ditemui melalui pemeriksaan yang tidak sah dan tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.

Herold, 66, memberitahu polis dia menemui suspek di bar hotel berkenaan dan wanita itu memberitahunya yang dia menyediakan khidmat “urutan peribadi” dengan harga yang ditetapkan.

Selepas bayaran dibuat, mereka berdua menuju ke bilik Herold dan Christina meminta lelaki itu menanggalkan jam tangannya supaya dia dapat mengurut lengannya.

Tidak lama kemudian Herold mendapati jamnya yang berharga AS$35,000 (RM114,362) hilang.

Christina menafi mengambilnya.

Wanita itu ditahan pihak keselamatan hotel sebelum diserahkan kepada polis dan selepas disoal siasat dia mengaku menyembunyikan jam berkenaan di dalam kemaluannya. Ujian X-ray yang dijalankan di hospital berhampiran membuktikan jam tangan itu berada dalam kemaluan Christina. - Agensi/3/4/14


, , , , ,

Sabtu, 29 Mac 2014

Pembantu Rumah Warga Indonesia Pasrah Dipancung di Arab Saudi


Satinah Pasrah Dipancung

[HM] Semarang/Riyadh: Beberapa hari menjelang tempoh menjelaskan wang darahnya berakhir, Satinah sempat menghubungi keluarganya dengan masa yang terhad diberikan pihak penguasa penjara Al-Ghazi, Arab Saudi, baru-baru ini.

Satinah yang berasal dari Semarang berdepan dengan hukuman dipancung 3 April ini sekiranya gagal menjelaskan wang darah selepas didapati bersalah membunuh majikannya pada 2006.

Kakaknya, Paeri Al Feri Satinah berkata Satinah memberitahunya dia pasrah dan berserah kepada Tuhan mengenai nasib yang akan ditempuhnya.

Paeri ketika ditemui wartawan berkata, wanita berkenaan juga meminta supaya anaknya, Nur Afriana yang berusia 20 tahun dikahwinkan jika bersedia.

“Beritahu Nur, jika dia sudah bersedia, saya mahu dia kahwin,” kata Paeri, mengulangi kata-kata Satinah kepadanya.

Menurut Paeri, Satinah turut meluahkan rasa rindu kepada keluarga dan jirannya di Susun Mrunten.

Paeri berkata, keluarga Satinah kini hanya boleh berdoa agar dia diampunkan keluarga bekas majikannya.

Satinah didapati bersalah membunuh majikan perempuannya di Gaseem, Arab Saudi serta tuduhan mencuri wang RS39,970 (RM34,000) Dia mengaku bersalah melakukan jenayah itu dan dipenjarakan pada 2009.

Hukuman pancung ke atasnya sepatutnya dilaksanakan pada Ogos 2011 tetapi ditunda tiga kali hingga 3 April depan.

Anggota keluarga majikannya sedia mengampunkannya sekiranya dia membayar wang darah RS7 juta (RM6.11 juta).

Setakat ini hanya RS4 juta (RM3 juta) dikumpulkan. untuk membantunya.

“Ramai yang membantu, termasuk kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.

Tetapi keluarga bekas majikannya belum mahu menerima jumlah yang ada,” kata Paeri.- Agensi/29/3/14


, ,

Isnin, 10 Mac 2014

‘Batman’ Curi Pakai G-String

RAKAMAN kamera CCTV menunjukkan ‘Batman’ sedang mengelilingi kedai itu.
[HM] Sydney: Seorang lelaki yang taasub dengan watak Batman ditahan selepas mencuri kostum watak fantasi berkenaan di sebuah kedai di Australia.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, lelaki itu dilihat masuk ke kedai barangan terpakai di New South Wales dengan hanya memakai seluar dalam wanita.

Dia kemudian mengambil kostum Batman dan memakainya sebelum meninggalkan kedai berkenaan.

Selepas memakai kostum itu, dia tidak pergi “membanteras jenayah” seperti kebiasaan watak Batman, sebaliknya mundar-mandir di sekitar kedai dan tindakannya itu dirakam kamera pengawasan kedai itu.

Pemilik kedai itu, Michelle Rowe berkata, kejadian berkenaan memang unik.

“Selalunya seseorang yang ingin merompak sekurang-kurangnya berpakaian lengkap, tetapi ini agak pelik.

“Dia masuk ke kedai dengan memakai ‘G-String’ semata-mata,” katanya.

Lelaki itu juga turut mengambil patung mainan adiwira berkenaan dan akan dibicarakan di mahkamah dalam minggu ini.- Agensi/10/3/14


, ,

Isnin, 24 Februari 2014

Pencuri "Bodoh"


[HM] London: Dua penjenayah yang memuat naik gambar mereka bersama-sama barang yang mereka curi di Facebook boleh disifatkan sebagai pencuri paling bodoh di Britain.

Kerana tindakan mereka itu menyebabkan mereka tertangkap dan dijatuhkan hukuman penjara, kelmarin.

Jonathan Dougan, 26, dan Matthew Murphy, 23, melarikan motosikal, kereta berprestasi tinggi dan sebotol champagne dari rumah mangsa sepanjang enam bulan. 

Jonathan dan Matthew yang kedua-duanya masih dalam parol kemudiannya bergaya dengan barangan yang mereka curi serta memuat naik hampir 50 gambar ke akaun Facebook mereka.


MATTHEW dan Jonathan bergaya dengan motosikal curi.

Polis berjaya menangkap kedua-duanya hasil laporan seorang mangsa yang melihat keretanya di dalam akaun Facebook seorang daripada lelaki itu.

Mereka yang berasal dari Salford itu dipenjara sembilan tahun empat bulan setiap orang

“Kedua-dua mereka kibni mempunyai banyak masa untuk mengenang kembali kebodohan mereka. 

“Selama berbulan-bulan mereka menjalankan jenayah pecah rumah secara sistematik dan dapat melarikan motosikal serta kereta mewah. 

“Namun akhirnya, mereka tersilap langkah dan kami berharap mereka sedar dan berubah selepas keluar dari penjara nanti,” kata sumber polis. - Agensi/24/2/14


, , ,

Selasa, 4 Februari 2014

[Video] Pencuri Lampias Nafsu Pada Patung


[HM] BRASILIA – Seorang pencuri dirakamkan cuba mengadakan hubungan seks dengan patung peraga pakaian selepas memecah masuk sebuah pusat beli-belah di Jaragua, lapor media semalam.

Aksi lelaki terbabit terdedah selepas pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan untuk mencari maklumat mengenai beberapa kejadian curi di situ.

Melalui rakaman CCTV itu pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencuri beberapa pasang pakaian.

Pada satu ketika lelaki terbabit dilihat menegakkan sebuah patung di dinding sebelum mencium ‘payudara’ dan melakukan aksi lucah.

Lelaki itu yang menutup mukanya menggunakan kemeja-T dipakai kemudian memakai semula seluarnya sebelum beredar.

Rakaman itu dimuat naik ke YouTube dan sudah dilihat beribu kali sehingga semalam.

Suspek akhirnya ditahan selepas pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka mengenal pasti lelaki terbabit apabila dia kembali ke situ.

Pihak polis percaya suspek mencuri baju berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan dadah.

Sementara itu, pengurus pusat beli-belah berkenaan Ricardo Carvalho menganggap kejadian itu “terlalu pelik.” “Bayangkan jika dia memecah masuk rumah orang, tidak mustahil dia melakukan perkara seperti itu terhadap seseorang,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek pula mendakwa dia memasuki pusat beli-belah itu kerana “tiada kerja lain.” Bagaimanapun, dia enggan mengulas perbuatan lucahnya itu. – 4/2/14/Agensi



, ,

Selasa, 17 Disember 2013

4 Lelaki Didakwa Bunuh Remaja Yang Disyaki Curi Tabung Masjid

Foto lelaki yang dikatakan dipukul hingga mati kerana didakwa mencuri wang masjid.
[Bernama] KUALA LUMPUR: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini Selasa atas pertuduhan membunuh seorang remaja yang disyaki mencuri tabung masjid, dua minggu lepas.

Pengurus Keselamatan Mohamad Yusof Mohamad, 39, dan tiga lagi pengawal keselamatan Mohd Aswenry Majon, 26, Iweldo Putra, 19, dan Pondri Neriko, 20, didakwa membunuh Mohamad Shah Reza Fauzi, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada 5 pagi, 3 Disember lepas.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada kesemua tertuduh yang berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 17 Feb depan untuk sebutan, sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sementara itu, Iweldo dan Pondri dari Indonesia turut dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan dikenakan dua sebatan selepas mengaku bersalah kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke Malaysia.

Ayuni mmerintahkan Iweldo dan Pondri menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 3 Disember lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan Indah 4/8, Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada 2.30 petang, 3 Disember lepas di bawah Akta Imigresen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - 17/12/13


,

Jumaat, 22 November 2013

Curi 3 Ekor Ikan, Penjara 21 Hari


Padah Curi Tiga Ekor Ikan

[SH] KUANTAN – Seorang pemuda terpaksa meringkuk selama 21 hari di dalam penjara selepas mengaku bersalah mencuri tiga ekor ikan di Mahkamah Majistret, semalam.

Tertuduh, Badrul Hisyam Hashim, 30, dari Sungai Isap Perdana, didapati mencuri ikan di Kios Jual Ikan Kampung Pandan 2 milik Samzulizor Salleh di Kampung Pandan 2, Jalan Bypass Kuantan pada 19 November lepas lebih kurang jam 8 malam.

Berdasarkan pertuduhan, bagi kesalahan tersebut, tertuduh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, tertuduh telah memohon Majistret Jessica Daimis untuk meringankan hukuman terhadapnya memandangkan terpaksa menjaga anaknya yang baru berusia dua bulan yang kini diletakkan di bawah penjagaan jiran buat sementara waktu selepas kematian isteri sekitar Oktober lepas.

Lebih malang, tertuduh juga tidak mempunyai wang untuk membayar sebarang denda atau ganti rugi memandangkan tiada siapa yang dapat membantu ekoran kedua ibu bapanya juga sudah meninggal dunia.

Menurutnya lagi, tiada niat untuk mencuri tetapi melihatkan ada ikan yang ditinggalkan jadi dia bertindak mengambil kira-kira tiga ekor untuk dijadikan lauk untuknya makan pada hari tersebut.

Dengan itu, Jessica telah menjtuhkan hukuman penjara selama tiga minggu daripada tarikh ditangkap dan berharap hukuman tersebut setimpal memandangkan tertuduh tiada rekod lampau.

Sementara itu, mahkamah juga ingin tertuduh akan menyesali perbuatannya dan tidak mengulangi pada masa hadapan.

Tambahnya, selepas ini sekiranya tertuduh betul-betul memerlukan makanan seharusnya dia meminta pertolongan daripada jiran tetangga atau saudara-mara terdekat dan tidak terlibat dengan kes kecurian lagi. - 22/11/13



P/s: Wajar dikenakan hukuman penjara atau hanya denda dan khidmat masyarakat?



,

Selasa, 10 September 2013

Beg Tangan dan Dokumen Pengenalan Diri Ustzah Terbabit Kemalangan Maut Dicuri?


Dokumen Pengenalan Diri Mangsa Hilang

[HM] Kajang: Urusan menyempurnakan jenazah Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anaknya yang terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 8 Jalan Bangi-Kajang, berhampiran Jambatan Teras Jenang, di sini, semalam tergendala berikutan dokumen pengenalan diri mangsa serta anak-anaknya hilang di tempat kejadian.

Pengasuh anak mangsa, Normi Daud, 46, berkata, sejurus menerima panggilan daripada suami mangsa kira-kira jam 12.40 tengah hari memaklumkan kejadian, dia terus bergegas ke tempat kejadian.

“Saya diarahkan suami mangsa untuk membawa dokumen pengenalan diri mangsa dan anak-anak yang ada di lokasi kejadian ke Bilik Mayat Hospital Serdang (HS) bagi urusan pengendalian jenazah.

“Namun, puas saya mencari beg tangannya, tapi tidak jumpa sebelum dimaklumkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bahawa beg itu sudah hilang. “Tanpa membuang masa, saya terus ke HS bersama suami,” katanya yang menjaga tujuh anak mangsa sejak kecil lagi. Sementara itu, Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Siti Azurani Md Tin, 35, berkata, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia bersama kira-kira 10 guru lain terus ke HS.

“Sejak mengenali mangsa beberapa tahun lalu, arwah seorang yang suka berjenaka dan menghormati orang lain.

“Sifatnya yang lemah-lembut dan suka memberi senyuman menyenangkan semua orang berkawan dengannya. Begitu juga dengan anak murid yang begitu menyayanginya.

“Walaupun kami semua menyayanginya, namun Allah SWT lebih sayangkan dia. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan anggap ia sebagai ujian daripada-Nya,” katanya.

Katanya, arwah dan suami mengajar di sekolah itu lebih 10 tahun sebagai guru agama, manakala tiga anaknya turut bersekolah di sekolah sama. -10/9/13

Berita lanjut di sinidi sini, di sini.


P/s: Selalu kita dengar beg tangan atau barang berharga magsa kemalangan dikebas oleh penyangak yang turut sama berkerumun kononnya mahu membantu mangsa kemalangan. Dalam diam mereka mengambil kesempatan mencuri barang berharga mangsa. Perbuatan golongan ini sungguh jijik dan hina!

Takziah dan simpati TM untuk keluarga mangsa. Semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah ini. 


,

Rabu, 4 September 2013

Sorok Wang di dalam Dubur



[HM] Nashville: Seorang wanita terpaksa menjalani rawatan di hospital selepas cuba meyembunyikan wang tunai AS$5,000 (RM16,370) dalam duburnya dan cuba mengeluarkan wang itu dengan berus tandas dan penyepit.

Christie Black, 43, didakwa mencuri wang itu daripada teman lelakinya Bobby Gulley minggu lalu. 

Ketika dibawa ke Hospital Hawkins Memorial, Christie mengalami pendarahan teruk apabila percubaannya mengeluarkan wang itu gagal. 

Polis mendakwanya mencuri lebih $1,000 (RM3,274).

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Selasa lalu, polis Hawkins pergi ke kediaman Gulley selepas menerima aduan teman wanitanya mencuri wangnya.

Gulley memaklumkan kepada Sarjan Michael Allen bahawa dia memerangkap Christie dengan meletakkan dua sampul surat berisi AS$4,000 (RM13,096) dan AS$1,000 (RM3,274) dalam plastik ubat usang yang ditinggalkan di atas meja. 

Apabila terjaga pada waktu malam Gulley mendapati beg itu hilang. Dia kemudian bersemuka dengan Christie dan bertanya kepada wanita itu mengenai wang berkenaan. 

Kerana takut Christie memuntahkan beg plastik mengandungi sebahagian pil yang sudah larut. 

Dia juga mengaku meletakkan wang itu dalam bungkusan sebelum dimasukkan ke dalam duburnya. 

“Christie mengaku mengambil wang dan ubat itu kerana bimbang Gulley akan mengusirnya. Dia perlukan wang untuk mencari tempat tinggal baru,” kata Allen. 

Allen berkata, Christie kemudian cuba mengeluarkan wang itu dengan berus tandas dan penyepit tetapi gagal. 

“Dia mengalami pendarahan teruk dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Hawkins Memorial. 

“Doktor berjaya mengeluarkan wang berkenaan dan menyerahkannya kepada polis sebagai bahan bukti,” katanya. - Agensi - 3/9/13

,

Sabtu, 31 Ogos 2013

Lelaki Curi Kabel Telekom Diberkas Orang Ramai


Tumpas Lepas 9 Jam Dikepung

[SH] ALOR KELADI - Usaha dua lelaki meloloskan diri daripada kepungan orang ramai selepas dipercayai mencuri kabel telekom di Kampung Bukit Rambutan, dekat Telaga Nibong tidak berhasil, apabila berjaya ditangkap kira-kira sembilan jam kemudian.

Sebelum itu, beberapa penduduk Kampung Kayu Kelat yang berkawal di kawasan tersebut, terserempak dengan kedua-dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kereta jenis Mazda, kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Penduduk percaya mereka adalah pencuri kabel telefon sebelum cuba menahan suspek, bagaimanapun selepas menyedari kehadiran orang ramai mereka melarikan diri dengan kenderaan tersebut.

Menurut sumber, penduduk bertindak mengejar suspek, bagaimanapun selepas sampai di Kampung Kayu Kelat, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, suspek keluar dari kereta kerana dipercayai kenderaan itu tidak dapat bergerak laju akibat berat muatan kabel yang dicuri.

“Kedua-dua suspek meninggalkan kereta mereka lalu melarikan diri ke kawasan semak di tengah sawah berhampiran.

“Penduduk yang keluar beramai-ramai telah mengepung kawasan belukar tersebut, namun pada jam 7 pagi, dimaklumkan ada orang terserempak dengan suspek berkenaan berjalan kaki di Kampung Gong Duek, Hulu Besut beberapa kilometer dari situ,” katanya.

Katanya lagi, menyedari mereka dikesan penduduk, suspek menyembunyikan diri dalam semak berhampiran kawasan tanah perkuburan Islam Kampung Gong Duek, sebelum dilihat penduduk kampung pada jam 12.30 tengahari melalui sawah menghala ke arah Kampung Alor Keladi.

Sejurus selepas itu, penduduk bertindak mengepung kawasan berkenaan dan berjaya memberkas suspek pada jam 1.30 petang di Kampung Alor Keladi sebelum diserahkan kepada polis pada jam 2 petang.

Dalam kejadian itu, salah seorang penduduk cedera ringan akibat bergesel dengan kereta suspek ketika cuba menangkap mereka.

Menurut sumber lagi, sebelum ini, suspek berkenaan dipercayai telah empat kali menjalankan aktiviti mencuri kabel telefon di lokasi sama dan kali terakhir pada Ramadan lalu.

Malah, mereka juga dikatakan pernah mengugut seorang warga emas dengan parang kerana menegur perbuatan mereka ketika terserempak semasa pulang solat Subuh, pada malam sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, dua suspek tersebut berusia 24 dan 35 tahun dari Kampung Batu 13, Hulu Besut dan kedua-dua positif dadah selain mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Polis turut menemui kabel telefon dianggarkan sepanjang 250 meter di dalam kereta suspek dipercayai dicuri di tempat kejadian,” katanya.



, , , ,

Ahad, 12 Mei 2013

Cerita LEMBU, Antara Dua Darjat


Penyamun Lembu Kantoi

[HM] Lenggong: Tiga ‘penyamun lembu’ gagal melarikan tiga haiwan milik penduduk di sini, malam kelmarin, selepas gerak-geri mereka berjaya dihidu penduduk kampung.

Dalam kejadian jam 7 malam di Kampung Bukit Sapi, tiga penyamun itu menumbangkan tiga lembu dengan menggunakan ubat pelali di satu kawasan ladang kelapa sawit di kampung berkenaan.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari penduduk yang kemudian menjalankan gerakan rondaan, membuat sekatan jalan raya dan mengepung kawasan itu.

Difahamkan, tiga penyamun itu tiba di ladang berkenaan jam 7 malam dengan sebuah kereta jenis Proton Wira sebelum dua daripada mereka menembak dan melapah lembu, sementara seorang lagi menunggu di warung kopi di Kampung Gua Badak.

Penternak lembu Mohd Latif Ali, 50, berkata, setengah jam selepas lembu ditembak, seorang penduduk memaklumkan kepadanya bahawa lembu itu milik iparnya.

“Sejurus menerima maklumat berkenaan, saya bersama beberapa penduduk lain memeriksa lembu itu sebelum memasang perangkap untuk menangkap penyamun, termasuk menghubungi Balai Polis Lenggong.

“Sebahagian penduduk sudah menunggu di sekitar lembu itu manakala yang lain membuat sekatan jalan raya dan rondaan di sekitar kampung,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Zainudin Ghazali, 56, berkata, sejam selepas kejadian, seorang penduduk memaklumkan dia terserempak dengan seorang lelaki yang tidak dikenali minum di warung kopi sebelum dilihat bergegas memecut kenderaan meninggalkan warung itu, jam 8 malam.

“Bagaimanapun, kereta dipandu lelaki itu hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori berhampiran simpang tiga ke Kampung Bukit Sapi, menyebabkan kereta itu remuk teruk.

“Pemandunya kemudian meloloskan diri ke arah hutan berdekatan. Penduduk bersama lapan anggota polis memburu ketiga-tiga suspek sehingga jam 11.30 malam, namun gagal ditemui,” katanya.

Zainudin berkata, suspek dipercayai sindiket geng curi lembu kerana sekitar jam 3 petang hari sama, mereka melarikan seekor lembu milik penduduk di Kampung Cherakoh, Raban, di sini.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek menggunakan kereta curi yang dilaporkan hilang di Pulau Pinang.

“Kami masih memburu suspek dan percaya mereka masih ada di daerah ini,” katanya.


Bagaimana dengan kes berkaitan dengan lembu di bawah ini?


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH