[Video] Pencuri Lampias Nafsu Pada Patung
[HM] BRASILIA – Seorang pencuri dirakamkan cuba mengadakan hubungan seks dengan patung peraga pakaian selepas memecah masuk sebuah pusat beli-belah di Jaragua, lapor media semalam.
Aksi lelaki terbabit terdedah selepas pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan untuk mencari maklumat mengenai beberapa kejadian curi di situ.
Melalui rakaman CCTV itu pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencuri beberapa pasang pakaian.
Pada satu ketika lelaki terbabit dilihat menegakkan sebuah patung di dinding sebelum mencium ‘payudara’ dan melakukan aksi lucah.
Lelaki itu yang menutup mukanya menggunakan kemeja-T dipakai kemudian memakai semula seluarnya sebelum beredar.
Rakaman itu dimuat naik ke YouTube dan sudah dilihat beribu kali sehingga semalam.
Suspek akhirnya ditahan selepas pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka mengenal pasti lelaki terbabit apabila dia kembali ke situ.
Pihak polis percaya suspek mencuri baju berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan dadah.
Sementara itu, pengurus pusat beli-belah berkenaan Ricardo Carvalho menganggap kejadian itu “terlalu pelik.” “Bayangkan jika dia memecah masuk rumah orang, tidak mustahil dia melakukan perkara seperti itu terhadap seseorang,” katanya dalam satu kenyataan.
Suspek pula mendakwa dia memasuki pusat beli-belah itu kerana “tiada kerja lain.” Bagaimanapun, dia enggan mengulas perbuatan lucahnya itu. – 4/2/14/Agensi
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.