Sembelih Ayam dan Provokasi Melampau: Pakatan, Proham Kutuk Tindakan NGO Islam
[MK] Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi manusia Proham mengutuk sekumpulan NGO Islam yang menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR semalam.
Mereka juga mengecam tindakan menggalak orang menampar Ahli parlimen Teresa Kok dengan ganjaran RM1,200, susulan kontroversi video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Pakatan dan NGO hak asasi itu menganggap tindakan kumpulan 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' semalam bertentangan undang-undang kerana mengapi-apikan sentimen kebencian dan mencetuskan suasana tidak harmoni.
"Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Teresa Kok, anjurlah debat dengan beliau sambil menonton video beliau dan tunjukkan di mana yang dituduh sebagai menghina semasa debat.
"Jangan pula memberi alasan tiada masa. Berhujahlah menggunakan lidah dan akal dan bukannya melakukan tindakan tidak bertamadun," kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam kenyataanya, bekas pensyarah itu juga berkata tindakan menyembelih ayam untuk upacara yang bertentangan dengan akidah Islam tidak seharusnya dibiarkan seolah-olah ia dilihat selaras dengan kehendak syarak.
Bersetuju dengan Tuan Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kesal dengan tindakan kumpulan itu yang dianggap memalukan Islam, Melayu dan negara bahkan beliau menyindir bahawa tiada agama, bangsa atau lelaki sejati yang membenarkan perempuan dipukul.
"Sebagai seorang lelaki, saya rasa malu apabila lelaki lain dengan bangga dan tak malu boleh memanggil untuk menampar seorang wanita dan diberi ganjaran untuk itu.
'Lelaki sejati tak pukul wanita'
"Lelaki yang sejati tidak memukul wanita dan keganasan perlu dihindari dari wacana awam dan arena politik. Jika tidak, demokrasi gagal dan Malaysia akan menuju pemerintahan diktator dan masyarakat tidak bertamadun," katanya.
Sebagai tindakan lanjut, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengarahkan wakil rakyat DAP dipilih membuat polis di seluruh negara berhubung tindakan kumpulan itu.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata tindakan kumpulan itu dianggap satu perkara yang serius dan pasti menyalahi undang-undang negara dan dihadap ke muka pengadilan.
"Pentadbiran Datuk Sesi Najib Razak wajib mengecam tindakan provokasi ini yang cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila beliau baru minggu lalu menggariskan empat perkara utama dalam rancangan rekonsiliasi nasional yang mana salah satu adalah aspek sosial," kata Fahmi
Manakala Setiausaha Agung Proham Datuk Dr Denison Jayasooria dan exconya Datuk Kuthubul Zaman Bukhari pula turut mengecam tindakan kumpulan itu yang dianggap melampaui kebebasan demokrasi.
Dalam kenyataan bersama, mereka juga menggesa polis mengambil langkah yang sepatutnya untuk memberi perlindungan keselamatan kepada Teresa.
Mereka turut menggesa polis, kementerian dalam negeri dan peguam negara mengambil tindakan segera terhadap kumpulan itu berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. - 7/2/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.