Kebebasan Akhbar Malaysia Merosot, Lebih Rendah daripada Bangladesh & Myanmar
[KD] KUALA LUMPUR 12 FEB: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Paris merosot dua anak tangga, dari kedudukan 145 ke 147 dari 180 buah negara.
Kedudukan ini meletakkan Malaysia berada di bawah negara-negara lain yang kurang membangun seperti Bangladesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).
RSF seperti dilaporkan Malaysiakini tidak menyatakan secara spesifik berhubung kemerosotan kedudukan Malaysia.
Badan pemantau itu bagaimanapun menyatakan ia dibuat berdasarkan tinjauan dengan pelbagai pihak, termasuk aktivis NGO, wartawan sendiri, dan pakar undang-undang.
Turut diambil kira, kes pencabulan terhadap kebebasan media seperti penapisan dan serangan terhadap wartawan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.