Remaja Lelaki Diliwat Bapa Saudara
[SH] SABAK BERNAM – Hasrat seorang pelajar tingkatan satu menziarahi neneknya yang tinggal berhampiran bertukar detik hitam apabila dia diliwat bapa saudaranya sendiri di sebuah bilik tingkat atas rumah terbabit, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, remaja lelaki tersebut dipercayai datang ke rumah neneknya untuk berjumpa wanita berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, sebaik sahaja sampai di rumah itu, nenek mangsa tiada di rumah sebaliknya yang ada hanya suspek dianggarkan berusia 30-an bersama-sama seorang lagi abang dan kakak iparnya di ruang tamu rumah berkenaan.
“Mangsa sempat duduk di ruang tamu rumah itu kira-kira lima minit sebelum suspek mula memasang jerat dengan menyuruh mangsa naik ke biliknya di tingkat atas untuk mengambil pengecas telefon bimbit,” katanya kepada Sinar Harian.
Noor Mushar memberitahu, semasa berada di dalam bilik itu, mangsa kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran suspek yang masuk ke dalam bilik dan kemudiannya bertindak menutup pintu dan menolak sofa untuk menyendal pintu dari dalam.
“Suspek yang gagal mengawal nafsunya itu terus menindih dan membuka seluar mangsa sebelum bertindak memegang kemaluan walaupun ketika itu mangsa menendang dada suspek dan cuba melarikan, diri tetapi sempat ditarik oleh suspek dan dicampak ke atas katil.
“Suspek kemudiannya meniarapkan remaja itu dan kemudiannya meliwat mangsa sebelum mangsa akhirnya bertindak ganas dengan menendang suspek hingga menyebabkan bapa saudaranya itu terjatuh,” katanya.
Katanya, berang dengan tindakan terkutuk bapa saudaranya itu, mangsa yang sempat memakai seluar terus menuruni tangga bawah rumah berkenaan.
“Ketika dia menuruni tangga, seorang lagi bapa saudaranya dan isteri yang berada di ruang tamu rumah mengesyaki sesuatu apabila melihat mangsa melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa lalu memaklumkan kepada ibu mangsa.
“Kedua-dua pasangan suami isteri itu bisu, dan hanya memaklumkan kepada ibu mangsa melalui kiriman mesej menerusi laman sosial Facebook,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa terus mencari anaknya itu dan membawa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.
“Pasukan forensik polis juga telah dipanggil ke tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Klang untuk pemeriksaan doktor,” katanya. -17/2/14
P/s: Budak baru berusia 13 tahun berani melawan orang yang meliwatnya. Seperti yang ditulis di atas, budak ini menendang bapa saudaranya dan melarikan diri. Hairan bin ajaib pemuda gagah perkasa, tinggi lampai menyerah punggung tanpa melawan kepada lelaki warga emas yang mempunyai masalah tulang belakang.
Di mana logiknya drama pemuda ini?
Di mana logiknya drama pemuda ini?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.