Pemandu Teksi Paksa Penumpang Pegang Kemaluan
[Bernama] Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan kes serangan seksual didakwa membabitkan seorang pemandu teksi.
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dalam kenyataan hari ini berkata SPAD berjaya mengesan pemandu teksi itu, dipercayai berumur 70-an dan telah dipanggil untuk siasatan.
"Kami (SPAD) akan bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan ini. SPAD mengutuk semua bentuk gangguan dan jika didapati bersalah, pemandu teksi itu berdepan risiko lesen dibatalkan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya.
Beliau mengulas laporan The Star bertajuk 'Nightmare ride with pervert cabbie' mengenai seorang wanita berumur 20 tahun yang dipaksa meletakkan tangannya pada kemaluan pemandu teksi itu sepanjang perjalanan.
Pekerja pusat panggilan itu menaiki teksi berkenaan selepas membeli barangan dapur dekat Jalan Metro Prima di Kepong pada kira-kira 7 malam, 28 Jan lepas.
Wanita itu duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu teksi itu yang kemudian mula memberi komen lucah dan seksual terhadapnya.
Pemandu itu, dipercayai berumur 70-an, didakwa meraba pahanya dan meletakkan sebilah pisau di atas papan pemuka dan pada masa sama mengeluarkan kata-kata lucah terhadap wanita yang ketakutan itu.
Mohd Nur Ismal berkata sesiapa didapati bersalah terhadap perbuatan seperti didakwa itu tidak layak menjadi pemandu teksi dan mengaibkan profesion itu. - 25/2/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.