Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label amuk. Papar semua catatan

, , ,

Selasa, 14 Julai 2015

Suspek Curi dan Amuk di Low Yat Didakwa Pagi Ini



SHAH ALAM - Suspek yang ditangkap kerana mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, pagi ini. ‎

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata suspek berusia 22 tahun itu akan didakwa pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri, lapor sebuah portal.

"Suspek direman selama tiga hari sejak Sabtu lalu. Siasatan ke atas suspek sudah lengkap dan akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok (hari ini).

"Selain suspek, 18 suspek yang terbabit dalam insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat masih ditahan reman," katanya kepada pemberita selepas hadir membuat pemantauan ke pusat beli belah itu, semalam.

Beliau berkata, buat masa ini polis sudah membuka empat kertas siasatan berhubung insiden rusuhan semalam dengan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 148 kanun sama kerana merusuh menggunakan senjata.

Sabtu lalu, berlaku insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang didakwa‎ berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri‎ sebuah telefon bimbit.

Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan lelaki itu kepada polis, lanjutan daripada itu, lelaki terbabit menghubungi rakan-rakannya lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah barang-barang di dalam kedai terbabit yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM70,000.

Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan itu.

Sementara itu, pada malam hari sama, dianggarkan beratus-ratus orang berkumpul di hadapan plaza itusejak 8 malam, dipercayai rakan kepada lelaki yang ditahan polis itu sehingga ‎ berlakunya pergaduhan yang berlarutan ke awal pagi. -Sinar Harian/14/7/15



,

Jumaat, 22 Mei 2015

Gara-gara GST, Pelanggan Bawa Parang Mengamuk di Restoran Nasi Kandar


GEORGE TOWN: Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin almari menempatkan lauk-pauk dalam sebuah restoran nasi kandar di Jalan Padang Tembak, Air Itam di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian pada 1.30 petang itu, suspek pada mulanya menumbuk pekerja restoran berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan nasi kandar yang dibelinya.

"Suspek yang datang bersama rakannya turut membuang bungkusan makanan itu ke lantai sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan kemudiannya beredar," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Mangsa yang merupakan pekerja lelaki rakyat Bangladesh itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius, katanya.

Beliau berkata kira-kira 10 minit kemudian suspek datang semula dan membawa sebilah parang dan mengamuk sebelum melarikan dengan motosikal jenis Honda EX5.

Katanya, suspek berusia 39 tahun yang beralamat di Lintang Kampung Melayu, Air Itam itu ditahan tidak berapa lama kemudian dan direman sehingga Jumaat.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu tidak berpuas hati makanan yang dibelinya dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya.- Bernama/22/5/15





, , ,

Jumaat, 8 November 2013

Amuk di Stesen LRT: Pemandu Van Dihadapkan ke Mahkamah



[AA] KUALA LUMPUR: Seorang pemandu van dihadapkan ke Mahkamah Majistret Khamis terhadap pertuduhan membunuh dua lelaki dalam kejadian amuk di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati di sini, dua minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Zamri Yusof, 26, didakwa membunuh penjual peralatan tulis, Lee Kah Ghee, 44 di hadapan stesen LRT Taman Melati, Persiaran Pertahanan, Wangsa Maju di sini, antara kira-kira pukul 11 pagi sehingga 12 tengah hari, 24 Okt lalu.

Muhammad Zamri juga didakwa membunuh seorang pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Kwan Chun Thai, 25, di tepi tiang LRT bernombor P 24/55, Kampung Wira Jaya Luar, Jalan Tumbuhan, Wangsa Maju di sini, pada waktu dan tarikh yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang kelihatan tenang mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret turut memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan mental.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Dis ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa ASP Zulkifli Osman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian itu, media melaporkan kedua-dua mangsa meninggal dunia selepas ditikam menggunakan pisau Rambo oleh tertuduh yang dipercayai penuntut ekstrem ajaran sesat. -8/11/13


, ,

Ahad, 27 Oktober 2013

Amuk di Stesen LRT, Polis Dakwa Suspek Positif Dadah



[AA] KUALA LUMPUR: Pemandu van syarikat pembekal rokok yang mengamuk dan menikam mati dua orang berhampiran stesen Putra LRT Gombak dan Taman Melati tiga hari lepas, didapati positif dadah dalam saringan ujian air kencing.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penuntut ekstrim ajaran sesat itu kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan diletakkan di bawah pengawasan polis.

“Suspek akan direman sehingga 31 Oktober dan sekiranya perlu, reman akan dilanjutkan,” katanya semasa melawat keluarga salah seorang mangsa Lee Kah Ghee, semasa upacara pengkebumiannya di sini, hari ini.

Zakaria berkata polis sedang melakukan siasatan terhadap suspek.

Pada kejadianKhamislalu, lelaki yang bersenjatakan pisau itu, mengamuk hingga menyebabkan dua orang terbunuh dan dua lagi cedera parah.

Kejadian bermula pada kira-kira pukul 11.20 pagi apabila lelaki itu tiba-tiba mengamuk ketika menghantar rokok ke sebuah kedai berhampiran stesen LRT Gombak.

Lelaki itu menikam pemilik kedai berkenaan yang berusia 60 tahun dan pembantunya seorang warga Indonesia berusia 40 tahun, menyebabkan kedua-duanya cedera parah.

Suspek kemudian meninggalkan tempat itu dengan vannya dan menuju ke Stesen Putra LRT Taman Melati, kira-kira tiga kilometer dari situ, apabila dia melanggar sebuah van lain sebelum menikam pemandunya Lee, 40, dari Taman Segambut Indah, beberapa kali di bahagian dada.

Lee meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek, yang disyaki mengalami masalah mental, kemudian terus mengamuk dengan menikam hingga mati seorang pelajar lelaki berusia 25 tahun, yang cuba melarikan diri selepas keretanya dilanggar van yang dipandu lelaki berkenaan.

Menyedari lelaki itu bersenjatakan pisau, pelajar berkenaan segera keluar dari keretanya untuk melarikan diri, tetapi suspek menghalangnya dan menikamnya beberapa kali di Jalan Tumbuhan, hingga mati.

Orang ramai dapat memberkas lelaki terbabit, yang berasal dari Felda Pemanis, Segamat, Johor, serta merampas sebilah pisau daripadanya sebelum menghubungi pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -27/10/13



, , ,

Jumaat, 25 Oktober 2013

Identiti Pemuda Mengamuk Diketahui, Ibu Suspek Terkejut



[UM] SEGAMAT 24 Okt. - Ibu kepada suspek yang menikam mati dua daripada empat orang awam di Kuala Lumpur hari ini tidak menyangka anaknya sanggup bertindak sedemikian memandangkan dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah mental.

Hamidah Abd. Rahman, 56, turut menafikan anaknya itu, Zamri Yusuf, 26, yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik terlibat dengan ajaran sesat.

"Saya masih terkejut dimaklumkan dengan kejadian ini kerana dia seorang anak yang baik selain mengambil berat pelajaran adik-adiknya.

"Malah ketika pulang menyambut Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, dia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda menghadapi sebarang masalah sebaliknya gembira beraya bersama kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Felda Pemanis 1 di sini hari ini.

Menurut Hamidah, anaknya itu yang bekerja sebagai pemandu van syarikat rokok dan menetap di Cheras, Kuala Lumpur sejak lima tahun lalu juga sering memberikan duit belanja sebanyak RM250 setiap kali pulang ke kampung.

Beliau mengakui anaknya itu pernah putus cinta beberapa tahun lalu namun menolak ia menjadi punca kejadian tersebut.

"Saya belum mendapat cerita sebenar kejadian dan hanya dimaklumkan salah seorang anak saya sewaktu pulang dari kebun tadi. Saya dan suami akan ke Kuala Lumpur, " katanya. - 25/10/13

Berkaitan:

Amuk Di Stesen LRT: “Aku Hanya Menjalankan Tugas...”

[Mstar] KUALA LUMPUR: Pengedar rokok yang mengamuk dan menikam orang ramai di dua buah stesen LRT di Gombak dan Taman Melati sehingga membawa kepada dua kematian telah mengeluarkan kata-kata; “Aku hanya menjalankan tugas...” sebelum menikam salah seorang mangsanya iaitu pembantu kedai runcit di stesen berkenaan.

Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh mangsa tikamannya, Sulianti Johari, 31, yang terselamat daripada insiden tersebut.

Katanya, selepas menusuk abdomennya dengan sebilah pisau rambo, suspek dengan tenang dan bersahaja kemudian berjalan menuju ke van yang dipandunya semula sambil tersenyum dan melambai tangan lalu memandu pergi dari Stesen LRT Gombak - tempat pertama dia mengamuk.

Menurut Sulianti, dia memang mengenali pemuda berusia 26 tahun itu kerana pemuda itu adalah pengedar barangan regular di kedai dia bekerja.

"Kami tidak pernah bertengkar atau berselisih pendapat dengannya. Selalunya dia ramah dengan saya malah saya anggap dia bagaikan seorang adik,” katanya selepas berjaya menjalani pembedahan untuk menutup semula luka akibat tikaman di bahagian abdomennya itu.

Tetapi sebelum itu, para saksi yang lain menyedari yang suspek kelihatan seperti seorang yang dirasuk.

Pemilik kedai runcit di stesen berkenaan, Lau Siew Ling, 49, berkata, suspek adalah seorang yang mereka kenali dan merupakan seorang pembekal rokok di kedainya.

Bagaimanapun Lau yang turut ditikam oleh suspek menyedari yang suspek tidak kelihatan seperti biasa malah seperti telah dirasuk oleh sesuatu.

"Selepas dia berhentikan vannya di hadapan kedai saya dia terus keluar sambil memegang sebilah pisau. Dia tidak berkata apa-apa kepada saya tapi dia terus berjalan ke arah saya dan menghunuskan pisau itu ke sebelah kiri pinggang saya,” kata wanita itu kepada para pemberita ketika ditemui di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Suami Lau yang enggan namanya disebut menyifatkan peristiwa yang menimpa isteri dan pekerjanya itu sebagai satu kejadian malang.

"Tapi nasib baik mereka selamat...,” tambahnya lagi.

Menurut Lau, sebaik sahaja suspek menikam isterinya, suspek kemudiannya dengan selamba berjalan kembali ke arah pekerjanya Sulianti pula lalu menikam wanita itu. Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan stabil dan selamat.

Sementara itu seorang pemandu bas yang enggan dikenali berkata, dia telah menyaksikan kejadian itu di hadapan matanya dan nampak seorang lelaki yang kelihatan seperti “tidak betul” berjalan menuju ke vannya selepas menikam mangsa-mangsanya itu.

“Saya berlari ke arah mereka (mangsa) yang ketika itu sedang berdarah teruk dan salah seorang daripada mereka telah menunjuk ke arah van putih itu,” katanya.

Dia kemudiannya telah menjerit ke arah pengawal keselamatan berhampiran stesen tersebut dan memintanya menembak ke arah van putih berkenaan tetapi pengawal itu tergamam dan tidak dapat melakukan apa-apa.

Katanya, jika mereka berjaya menahan van tersebut daripada beredar dari situ mereka mungkin telah berjaya menyelamatkan dua nyawa yang lain daripada melayang.

(Suspek kemudiannya memandu ke arah Stesen LRT Taman Melati pula dan dalam perjalanan ke situ telah menikam dua lagi mangsa - seorang lelaki tua dan seorang lagi pelajar kolej - yang membawa kepada kematian mereka).

Sementara itu seorang rakan serumah suspek seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh suspek.

“Sukar untuk percaya akan apa yang dah berlaku kerana dia adalah seorang yang baik. Dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sebelum ini,” ujar rakan serumah suspek yang telah enam tahun tinggal serumah dengannya di Selayang.

Dia telah bergegas pergi ke HKL untuk memastikan apakah benar rakan serumahnya itu yang terlibat dengan kejadian amuk dan bunuh tersebut selepas membaca berita mengenai kejadian itu dalam laman sosial Facebook.

“Saya tidak pernah melihat dia menghadiri atau terlibat dalam mana-mana kumpulan silat atau dakwah sebelum ini,” katanya lagi. - 25/10/13




, ,

Khamis, 24 Oktober 2013

Amuk di Stesen LRT, 2 Mati 2 Cedera

Pelajar kolej mati ditempat kejadian selepas ditikam tiga kali oleh suspek.
Budak Penghantar Barang Mengamuk Tikam Dua Orang Hingga Mati

[Mstar] KUALA LUMPUR: Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya iaitu seorang perempuan berusia 40 tahun.

"Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van jenis Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati.

"Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua di hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang remaja.

"Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba.

Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian. - 24/10/13


, , ,

Isnin, 23 September 2013

Sekumpulan Mat Rempit Mengamuk dan Samun Orang Awam



Mat Rempit Bikin Binasa

[HM] Pasir Gudang: “Saya sangka mereka nak sama-sama menonton perlawanan bola sepak di televisyen, tapi terkejut apabila seorang daripada mereka menjerit ‘serang’ diikuti puluhan lelaki meluru bersenjatakan parang, pedang samurai, kayu dan besi.”

Demikian kata Ed Baela Muhalajah, 30, seorang daripada mangsa serangan sekumpulan 100 mat rempit yang menunggang 50 motosikal di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin.

Kumpulan samseng jalan raya itu kemudiannya turut menyerang sebuah restoran mamak, mencederakan seorang orang awam dan menyamun seorang gadis di luar sebuah restoran makanan segera di sekitar Taman Air Biru.

Ed Baela yang juga Ketua UMNO cawangan Taman Air Biru, Jalan Perjiran 9, di sini, berkata, kejadian serangan itu berlaku kira-kira jam 10.15 malam.


SEORANG penduduk menunjukkan keadaan keretanya yang diserang.

Menurutnya, ketika itu dia bersama sekumpulan penduduk menyaksikan perlawanan bola sepak menerusi skrin televisyen membabitkan saingan Liga Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Selangor PKNS.

Penduduk Tahan, Pukul Mat Rempit

[HM] Pasir Gudang: Amukan 100 mat rempit menaiki 50 motosikal di beberapa lokasi sekitar Taman Air Biru, di sini, berlarutan 45 minit antara jam 10.15 malam hingga 11 malam kelmarin.

Selepas menyerang penduduk yang menonton bola sepak di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru jam 10.15 malam, mereka yang bersenjatakan pedang samurai, parang, kayu dan besi mengamuk pula di sebuah restoran mamak.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Miswan, 40-an, berkata, dia sedang makan di dalam restoran mamak itu.

“Kumpulan itu tiba-tiba muncul dan merosakkan meja menyebabkan pelanggan lari,” katanya.

Menurutnya, penyerang terbabit meninggalkan restoran mamak dan ketika lalu di depan sebuah restoran makanan segera, mereka menyamun seorang remaja.

Pengurus restoran makanan segera itu yang mahu dikenali sebagai Wati, 32, berkata, ketika itu dia berada di luar restoran dan sempat lari menyelamatkan diri dengan memasuki restoran dan mengunci pintu.

Ketika dalam perjalanan meninggalkan kawasan itu, kumpulan mat rempit menghalang seorang penunggang motosikal, Khairul Aizad Sulaiman, 25, yang menghala ke Taman Bukit Dahlia di simpang empat kawasan Taman Air Biru dan menetak tangannya pada jam 11 malam.

Menurut Khairul Aizad, mereka menghalang dan menetak tangannya menggunakan senjata tajam.

“Selepas menetak saya tanpa sebab, mereka melarikan diri,” katanya yang menerima dua jahitan di tangan.

Difahamkan, seorang daripada mat rempit yang melakukan serangan itu ditahan dan cedera dipukul penduduk selepas suspek terjatuh daripada motosikalnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima 15 laporan penduduk di sekitar Pasir Gudang mengenai serangan terbabit.

Berikutan itu, katanya, polis menahan seorang suspek di sekitar Pasir Gudang beberapa jam selepas kejadian dan masih menjalankan siasatan bagi memberkas suspek lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kami sedang mendapatkan maklumat dan yakin dapat memberkas semua suspek lain,” katanya ketika dihubungi semalam. -23/9/13



, ,

Selasa, 4 Jun 2013

Amuk Selepas Terserempak Kekasih Curang




Mangsa bersama kekasih barunya dibawa ke Balai Polis Kulim.

Polis (tengah) menunjukkan pisau yang dirampas daripada salah seorang suspek terlibat

[SH] KULIM - Gara-gara main kayu tiga, sepasang kekasih warga asing nyaris dicederakan dengan pisau oleh suspek ketika sedang membeli belah di sebuah pasar raya, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Saksi kejadian berkata, dia ternampak mangsa bersama kekasihnya melarikan diri setelah dikejar suspek, sebelum pertengkaran berlaku antara suspek dan mangsa yang cuba dileraikan pasangan perempuan.

Melihatkan keadaan semakin tegang, orang ramai di tempat kejadian menghubungi polis untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) dari Balai Polis Kulim yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan pekan Kulim pergi ke tempat kejadian.

Melihatkan perlakuan suspek yang agresif, polis kemudiannya meleraikan pergaduhan diantara suspek dan mangsa.

Hasil pemeriksaan, polis menemui pisau berwarna hitam yang disimpan oleh suspek. Kesemua terlibat kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.

Suspek ketika ditemui berkata, dia tidak berpuas hati dengan sikap teman wanitanya yang curang.

Katanya, sebelum ini dia telah membelanjakan banyak wang kepada kekasihnya itu bagaimanapun kecewa setelah kekasihnya itu bermain kayu tiga.

“Kekasih saya sebelum ini tidak pernah menipu atau memberi sebarang alasan kepada saya sekiranya saya ingin membawanya keluar untuk bersiar-siar.

"Bagaimanapun sejak kebelakangan ini dia sering memberi alasan sibuk atau bekerja terutama sekali sekiranya mahu membawanya keluar pada waktu siang. Saya terkejut apabila menemuinya di sini," katanya.


Khamis, 17 Januari 2013

Pasangan Doktor Mengamuk 7 Kali Ditahan



PASANGAN terbabit ditahan, kelmarin.

[HM] Subang Jaya: Berang anaknya ditukar ke kelas lain, sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 35 tahun yang juga doktor ‘mengamuk’ di Balai Polis Subang Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit turut dilapor memaki hamun dan mengugut pegawai serta anggota polis menyebabkan suasana di balai polis berkenaan kecoh.

Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, pasangan sama dilaporkan pernah ‘mengamuk’ di sekolah anaknya lebih enam kali sejak 2010 namun berjaya ditenangkan dengan kehadiran polis.

Bagaimanapun, dalam kejadian kelmarin, polis tidak lagi mampu bertolak ansur dengan pasangan terbabit yang bukan saja memaki hamun sebaliknya mencabar serta mengugut pegawai serta anggota polis di balai polis berkenaan.


, ,

Sabtu, 12 Januari 2013

[Video & Gambar] Kereta JPJ Dibakar...


Kereta JPJ Dibakar Selepas Kemalangan 10 Buah Kenderaan
[MK] Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

NONETimbalan OCPD Manjung, Ahmad Mat Isa memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut, tetapi tidak seorang pun dimasukkan ke hospital.

Beliau juga mengesdahkan tidak ada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Seorang saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Saksi-saksi mendakwa kemalangan itu disebabkan oleh kereta peronda JPJ yang cuba memintas sebuah lori, tetapi ia dinafikan oleh Ahmad, yang berkata kereta peronda itu telah dilanggar oleh lori.

Beberapa jam selepas kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga video dimuat naik di Facebook dan puluhan gambar dan komen tersebar di Internet. Orang ramai kelihatan mengambil gambar dan video dengan telefon bimbit mereka.

Malaysiakini telah cuba untuk mendapatkan komen Pengarah JPJ Perak Ramli Awang Seberang, tetapi seorang kakitangannya berkata sebaik mengetahui tentang kejadian itu, beliau telah meninggalkan mesyuarat yang dipengerusikannya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berikutan itu, Malaysiakini telah meninggalkan nombor telefon dengan pejabat pengarah JPJ itu untuk dihubunginya dan mengulas kejadian itu.



Gambar dari MM:








































, ,

Jumaat, 12 Oktober 2012

Muhdalena Hadapi 2 Pertuduhan Lain, Diarah Jalani Pemeriksaan Mental


[Kosmo] PUTRAJAYA – Muhdalena Ahmad yang didakwa melakukan ugutan jenayah dan memiliki sebilah pedang di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Julai lalu didapati mengalami masalah kemurungan dan juga gejala psikotik iaitu delusi serta halusinasi.

Malah Muhdalena, 28, dikatakan mengalami dejavu apabila diselubungi mimpi-mimpi buruk dan kejadian pelik di mana tertuduh berasa dirinya seorang pahlawan dari zaman silam yang sedia bertempur pada bila-bila masa.

Demikian hujahan peguam yang mewakili tertuduh, M. Visvanathan pada hari pertama perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen di sini semalam sebagai sokongan supaya Muhdalena dihantar ke hospital psikiatri Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental.

Hujahnya, laporan itu diperolehi daripada pakar psikiatri, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Putrajaya, doktor Umi Adzlin Silim yang membuat pemeriksaan awal ke atas ibu kepada dua anak itu.

Berita Berkaitan:

Amuk: Muhdalena hadapi 2 lagi tuduhan, diarah jalani pemeriksaan mental
SITI AZIELAH WAHI
11 Oktober 2012
Muhdalena Ahmad, 28, diiringi anggota polis selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan tertuduh ditahan dan dihantar ke hospital sakit mental.

[SH] PUTRAJAYA - Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan untuk merujuk Muhdalena Ahmad, yang menghadapi tuduhan insiden mengamuk di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Julai lalu, agar menjalani pemeriksaan mental.

Malah, hari ini dia menghadapi dua tuduhan baru.

Peguamnya, M. Visvanathan memberitahu mahkamah bahawa terdapat keterangan prima facie bahawa anak guamnya mempunyai gejala 'depress', yang berkemungkinan dia tidak dapat memahami dan menilai perbicaraan yang dijalankan ke atasnya.

Visvanathan, yang merujuk laporan perubatan Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Putrajaya, Dr Umi Adzlin Silim, berkata anak guamnya disaran dirujuk kepada Pakar Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi menjalani penilaian dan rawatan di fasiliti yang mempunyai pengkhususan dan berkepakaran tinggi dalam menilai tahap mental Muhdalena.

Menurut laporan perubatan yang dikemukakan di mahkamah, Muhdalena masih mengalami gejala kemurungan, namun semakin berkurangan.

Beliau masih mengalami mimpi-mimpi buruk dan kejadian pelik di mana kadang-kadang dia merasakan dirinya seorang 'pahlawan' dari zaman silam yang bersedia untuk bertempur pada bila-bila masa.

Laporan perubatan itu juga menyebut, gejala delusi yang dialaminya semakin terkawal.

Bagaimanapun tidak lagi mengalami halusinasi mendengar suara ghaib, namun masih mendengar suara berdesing di telinga.

Visvanathan juga berkata, Muhdalena mengambil beberapa jenis ubat-ubatan termasuk ubat antikemurungan, ubat antipsikotik bagi mengatasi gejala-gejala tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Kamil Nizam menetapkan Muhdalena, 28, perlu mengikuti pemeriksaan selama sebulan dan menangguhkan perbicaraan kes tersebut sehingga menerima laporan perubatan.

Dalam pada itu, ketika prosiding hari pertama perbicaraan hari ini, Muhdalena menghadapi dua lagi pertuduhan baru dan mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan tersebut.

Pertuduhan baru pertama membabitkan kesalahan, tidak mematuhi perintah yang diberikan Lans Koperal Ridzuan Megat Ahmad, seorang pegawai berkuasa meletakkan senjata di kawasan yang telah diisytiharkan sebagai satu kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan (No. 2) 2000.

Beliau turut menghadapi tuduhan tidak mematuhi perintah yang diberikan menteri dengan berada di premis (tempat kejadian) tanpa memiliki paskad atau permit yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 4(2) dan 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama, yang mana jika sabit kesalahann dia berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda sebanyak RM1,000 atau kedua-duanya.

Hakim Mohamad Kamil Nizam membenarkan Muhdalena diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan baru itu, serta membenarkan kedua-dua kes dibicarakan bersama dua lagi tuduhan yang dihadapinya sebelum ini.

Julai lalu, ibu kepada dua anak itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota dan tuduhan kerana membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, Muhdalena hadir di mahkamah sambil ditemani ibu, bapa, suami dan anak-anaknya.

Kes ditangguh sehingga 23 November ini.



, , ,

Khamis, 27 September 2012

Malaysia Negara Paling Selamat...2 Amuk Depan Pondok Polis

Sekadar hiasan. Foto: FMT

[HM] PETALING JAYA: Dua lelaki yang tidak berpuas hati apabila mangsa dibelasah mereka lari bersembunyi dalam Pondok Polis Desa Mentari, Sungai Way, di sini, bagi mendapatkan perlindungan bertindak mengamuk di depan premis itu menggunakan rantai besi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, kedua-dua lelaki terbabit bertindak samseng apabila menjerit memanggil nama mangsa berusia 25 tahun dan cuba menceroboh masuk ke pondok polis itu untuk mendapatkan mangsa.

Bagaimanapun, tindakan kedua-dua lelaki terbabit mengundang padah apabila mereka segera diberkas anggota polis yang berkawal di pondok itu, manakala senjata dirampas.
Menurut sumber, pergaduhan antara dua lelaki terbabit dan mangsa bermula setengah jam sebelum kejadian apabila mangsa yang menetap di Shah Alam dibawa ke Desa Mentari, Jalan Klang Lama, di sini.

“Mangsa yang berada di rumahnya didatangi dua lelaki itu sebelum dibawa ke sebuah flat di Desa Mentari kononnya untuk berbincang.

“Seorang daripada lelaki terbabit menuduh mangsa cuba mengganggu teman wanitanya dan dia mahu berbincang bagi mendapatkan penjelasan mangsa,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di flat berkenaan, lelaki terbabit tiba-tiba memarahi mangsa dan memukul kepalanya dengan rantai besi sehingga berdarah menyebabkan mangsa yang ketakutan melarikan diri kerana bimbang dibelasah dengan lebih teruk.

“Mangsa berlari ke arah Pondok Polis Desa Mentari bagi mendapatkan perlindungan. Ketika dia cuba dibantu anggota polis pondok itu tiba-tiba dua lelaki yang menyerangnya datang sambil menjerit.
“Kedua-dua lelaki terbabit kemudian membuat kecoh di depan pondok polis itu dan cuba masuk ke dalam untuk menyerang semula mangsanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menahan dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun kerana melakukan serangan terhadap mangsa di depan pondok polis berkenaan.


P/s: Baca:



 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH