Pasangan Doktor Mengamuk 7 Kali Ditahan
PASANGAN terbabit ditahan, kelmarin. |
[HM] Subang Jaya: Berang anaknya ditukar ke kelas lain, sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 35 tahun yang juga doktor ‘mengamuk’ di Balai Polis Subang Jaya, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit turut dilapor memaki hamun dan mengugut pegawai serta anggota polis menyebabkan suasana di balai polis berkenaan kecoh.
Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, pasangan sama dilaporkan pernah ‘mengamuk’ di sekolah anaknya lebih enam kali sejak 2010 namun berjaya ditenangkan dengan kehadiran polis.
Bagaimanapun, dalam kejadian kelmarin, polis tidak lagi mampu bertolak ansur dengan pasangan terbabit yang bukan saja memaki hamun sebaliknya mencabar serta mengugut pegawai serta anggota polis di balai polis berkenaan.
mental kot
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Januari 17, 2013 1:24:00 PTGApabila merasa dirinya hebat...inilah jadinya..sombong, bongkak dan hilang sifat rendah diri.
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Januari 17, 2013 7:57:00 PTGbelum bica tak kuasa nak ulas, sebab kalau bab polis ni rakyat faham sangat...ada parang tak?
Comment by zamani @ Khamis, Januari 17, 2013 10:46:00 PTGAndainya kedua-dua ini bukan doktor, hanya orang biasa, saya yakin kejadian diatas tidak akan berlaku.
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Januari 18, 2013 11:11:00 PGDoktor pun orang juga.. Ada yg sakit.. ada yg gila.. ada yg sihat...
Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Januari 19, 2013 10:19:00 PTG