Skandal Seks untuk Gred Tinggi: Pelajar Serah DARA kepada Profesor
AsiaOne melaporkan bahawa butiran siasatan terperinci berkaitan dengan kes seks untuk gred tinggi membabitkan profesor undang-undang Tey Tsun Hang, 41, dan pelajar perempuan, Darinne Ko Wen Hui didedahkan di mahkamah.
Pada Khamis lalu, mahkamah diberitahu bahawa kedua-duanya bertemu pada Januari 2010, waktu itu Ko ialah pelajar kelas Ekuiti dan Amanah Tey. Ko juga membantu Tey dalam menjalankan kajian untuk bukunya.
Shin Min Daily News melaporkan bahawa Ko, kini 23 tahun, telah hilang dara apabila dia mengadakan hubungan seks dengan Tey di pejabatnya di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada bulan Julai, 2010.
Mereka mengadakan hubungan seks sekali lagi di pejabat yang sama empat hari kemudian.
Sekitar Mei 2010, Tey telah memberitahu Ko tentang maklumat sulit berkaitan dengan keputusan dan kedudukan Ko dalam kelas sewaktu makan tengah hari, sesuatu yang menurut Ko tidak diketahuinya atau dapat diketahuinya sendiri.
Ko kemudian mula memberikan hadiah kepada Tey. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia telah memberikan pen Montblanc bernilai $740 sebagai hadiah hari jadi kerana dia "menyukai" Tey "sebagai teman".
Perbicaraan dijangka berakhir pada 22 Jan dan sebanyak 14 orang saksi, termasuk Ko, dipanggil untuk memberikan keterangan.-DCM/AsiaOne
Laporan awal di sini.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.