Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 22 Januari 2013

[Video] "Anwar Pengkhianat Negara"




[TMI] KUALA LUMPUR, 22 Jan — Sebuah klip video muncul di YouTube yang menunjukkan seorang lelaki dikatakan pegawai Biro Tata Negara (BTN) berucap kepada pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Pandan Indah agar mendapatkan sokongan keluarga mereka kepada Barisan Nasional (BN) dan menendang keluar Pakatan Rakyat (PR) dari kerajaan negeri Selangor. Klip video empat minit setengah bertajuk “Anwar Pengkhianat Negara” dimuat naik di laman perkongsian video itu pada 9 Disember lalu diterbitkan semalam oleh penulis blog Anak Sungai Derhaka dan portal berita Harakahdaily.

Kedua-dua memperkenalkan lelaki tersebut yang dianggap dari BTN, sebuah agensi kerajaan. Tiada pengesahan bebas tentang identiti lelaki itu walaupun peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan ahli politik tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti di sekolah.

Dalam video itu, pegawai tersebut merujuk penonton sebagai pelajar Sekolah Menengah Pandan Indah dan kemudian merujuk mereka sebagai pelajar Tingkatan Enam.

 Bercakap dalam Bahasa Malaysia, lelaki tersebut mengucapkan terima kasih kepada penonton kerana menjemputnya memberi ucapan bertajuk “Anwar Pengkhianat Negara” yang disusuli dengan tepukan dan ketawa terbahak-bahak, termasuk komen bersifat menghina “dia dijemput dia kata”.


Lelaki yang dianggap dari BTN. — Gambar diambilkan dari video Lelaki, berpakaian baju F1 yang terkenal dikalangan pekerja agensi kerajaan, memberitahu pelajar Selangor dahulu hanya mempunyai 1,500 pusat hiburan, kedai judi dan tempat minum arak berlesen dan tidak berlesen dizaman BN akan tetapi apabila PR mengambil alih, ia meningkat kepada lebih 5,000. 

“Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak Islamik dan berbohong kepada rakyat serta tidak menunaikan janji-janji mereka semasa pilihan raya 2008. Saya berharap adik-adik semua beritahu kepada ibubapa bahawa kerajaan Pakatan rakyat ini telah menipu rakyat negeri Selangor,” katanya disambut dengan tepukan oleh hadirin.

Beliau juga menyuruh pelajar memberitahu ibubapa mereka agar ke pejabat kerajaan tempatan dan menuntut mereka menutup semua pusat hiburan dan perjudian di negeri terkaya itu.

“Jadi adik-adik yang tingkatan enam ni, sama-samalah kita bersama dengan kerajaan Barisan Nasional, yakinkanlah bapak ibubapa adik-adik bersama Barisan Nasional untuk kita terus menghentam Pakatan Rakyat,” kata pegawai tersebut disambut dengan teriakkan “takbir”.

Klip video terbaru muncul seminggu selepas klip sebelum ini yang menunjukkan dewan penuh dengan mahasiswa menghadiri forum anjuran organisasi badan bukan kerajaan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), dilihat selari dengan BN.

Dalam klip tersebut, Presiden SW1M Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskeen mencaci pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani kerana mempersoalkan pembentangan mengenai elemen anti kerajaan.

SW1M dikritik hebat berkenaan dengan video klip tersebut sementara Sharifah Zohra menyalahkan pembangkang kerana menjadikan acara tersebut sebagai isu.

Malaysia sekarang sudah membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun keatas untuk mengambil bahagian dalam politik selepas halangan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ditarik balik.

Umur mengundi di Malaysia adalah 21 tahun keatas. Lebih kurang 25 peratus atau 3.3 juta daripada 13 juta pengundi berdaftar akan membung undi mereka buat pertama kali pada Pilihan Raya 2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi petunjuk minggu lalu beliau akan membubarkan parlimen tidak lama lagi dan mengadakan pilihan raya sebelum mandat BN berakhir pada 28 April.

BN sekarang mengawal 136 daripada 222 kerusi parlimen dan sembilan daripada 13 negeri di Malaysia selepas PR mencipta sejarah pada Pilihan Raya 2008.





P/s: Hakikatnya tiada lesen rumah urut atau pusat hiburan baharu diluluskan oleh Pakatan Rakyat Selangor sejak 2008 (selepas menawan Selangor dalam PRU12). Baca di sini.





  1. mamat ni memang penjilat tegar umngok...ni nama dia dalam facebook.."Halim Harman Tantawi".
    Bukti video da ada....Kalau boleh saman aje mamat umngok ni...baru dia tau langit tinggi rendah.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Januari 22, 2013 10:47:00 PG      
  2. apsal la korang ni senang sangat dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan puak sebelah sana? perhati la betul-betul sikit, ada tak kelibat student dalam video tu? tak ada!!! jangan kerana teruja nak meraih sokongan,nak tunjuk bukti kesalahan diorang, kita pula benarkan diri diperangkap puak sebelah sana. berhenti jadi paranoid, boleh tak???

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Januari 22, 2013 11:26:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH