Paderi Dituduh Lakukan Seks dengan Gadis Bawah Umur
[HM] Singapura: Seorang paderi semalam dituduh mengadakan seks dengan seorang gadis berusia 15 tahun.
Polis tidak mendedahkan butir lanjut tuduhan itu tetapi akhbar Straits Times mengenal pasti paderi itu sebagai lelaki berusia 45 tahun dan bapa tiga anak.
Namun, namanya tidak disiarkan kerana mahu melindungi identiti gadis berkenaan. Mereka didakwa mengadakan seks di sebuah taman awam dan seks oral di perkarangan gereja pada 2011, kata akhbar itu.
Menurut Undang-Undang Singapura, adalah satu kesalahan mengadakan seks dengan sesiapa yang berusia bawah 16 tahun, meskipun dengan persetujuan.
Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya. - AFP
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.