[Gambar] Peniaga UNTUNG Besar, Yang Rugi...
... peniaga yang ditemu bual oleh akhbar pro-BN sahaja.
[HD] KUALA LUMPUR: Para peniaga yang membuka perniagaan mereka di perkarangan Stadium Merdeka hari ini mencatatkan untung besar.
Berbanding dengan perhimpunan yang kecoh sebelum ini, kali ini perniagaan berjalan dengan lancar apabila polis memberikan kerjasama penuh.
Sebelum ini, setiap kali selepas perhimpunan, media Umno dan BN melaporkan peniaga mengadu kerugian akibat dari kekecohan yang berlaku.
Ini kerana, peserta perhimpunan terpaksa bertembung dengan polis.
Malaysiakini melaporkan, seorang peniaga Mansur Ahmad, 56, berkata, dia berjaya menjual 500 kebab hari ini.
"Hari ini, saya dapat untung lebih RM1,000," katanya gembira.
Malam tadi, Mansur membuka kedainya di Kelab Sultan Sulaiman, tempat perhimpunan para HKR112.
Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang menjual sop dan mee di sebelah gerai Mansor berkata, perniagaan mereka kali ini luar biasa keuntungannya.
"Kakak saya sudah mengaku kalah untuk memotong daging lagi. Dia sudah terlalu letih," katanya dengan senyuman gembira.
Faeza dibantu oleh enam adik beradiknya dalam perniagaan hari ini.
Selain itu, air dalam botol dan tin turut menjadi tumpuan peserta perhimpunan kali ini.

P/s: Jangan terkejut jika media pro-BN melaporkan peniaga rugi jutaan ringgit. Kalau boleh mereka mahu mendakwa negara hancur kerana HKR.
Contoh:
Perhimpunan KL112 Jejaskan Perniagaan
"Saya baru pulang dari Sabah...saya tidak tahu mengenai perhimpunan hari ini. Susah mahu berniaga kerana perhimpunan ini menjejaskan perniagaan saya," katanya.
Tinjauan Bernama di kedua-dua kawasan itu juga mendapati beberapa kedai menutup perniagaan kerana bimbang kemungkinan kejadian tidak diingini berlaku.............
Kemas Kini:
Cuba perhatikan gambar yang TM salin dan tampal dari blog CTT:
Peniaga untung atau rugi?
Perhimpunan KL112 Jejaskan Perniagaan
[Bernama] KUALA LUMPUR: Peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Raja Laut
mendakwa kerugian berikutan perhimpunan didukungi pembangkang hari ini
menyebabkan ramai warga kota kurang mengunjungi kawasan beli-belah itu.
Malah, ada peniaga mendakwa kekurangan pelanggan hampir 80 peratus berbanding hujung minggu sebelum ini.
Pekerja sebuah kedai aksesori telefon di Jalan Raja Laut, Omiratna Abas,
19, berkata kedainya tidak dikunjungi pelanggan selepas dibuka pagi
tadi.
"Pelanggan kami kurang hingga 80 peratus. Saya lihat kedai makan dan kawasan ini juga lengang sedangkan pada hujung minggu, selalunya pelanggan kami ramai," katanya.
Peniaga Sate Kajang Haji Samsuri di Medan Mara, Romi Yuli, 30, berkata perniagaannya pasti terjejas setiap kali ada perhimpunan seperti itu.
"Walaupun kedai dibuka tetapi kurang pelanggan," katanya yang mengusaha perniagaan itu sejak tiga tahun lepas.
Penjaja makanan, Charles Kato, 26, pula terpaksa sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi mencari pelanggan.
Malah, ada peniaga mendakwa kekurangan pelanggan hampir 80 peratus berbanding hujung minggu sebelum ini.
"Pelanggan kami kurang hingga 80 peratus. Saya lihat kedai makan dan kawasan ini juga lengang sedangkan pada hujung minggu, selalunya pelanggan kami ramai," katanya.
Peniaga Sate Kajang Haji Samsuri di Medan Mara, Romi Yuli, 30, berkata perniagaannya pasti terjejas setiap kali ada perhimpunan seperti itu.
"Walaupun kedai dibuka tetapi kurang pelanggan," katanya yang mengusaha perniagaan itu sejak tiga tahun lepas.
Penjaja makanan, Charles Kato, 26, pula terpaksa sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi mencari pelanggan.
"Saya baru pulang dari Sabah...saya tidak tahu mengenai perhimpunan hari ini. Susah mahu berniaga kerana perhimpunan ini menjejaskan perniagaan saya," katanya.
Tinjauan Bernama di kedua-dua kawasan itu juga mendapati beberapa kedai menutup perniagaan kerana bimbang kemungkinan kejadian tidak diingini berlaku.............
Kemas Kini:
Cuba perhatikan gambar yang TM salin dan tampal dari blog CTT:
Peniaga untung atau rugi?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.