[Gambar & Video] Stadium Merdeka Hampir Penuh, Kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat
Laporan Khas oleh Afix Redzuan, Ezli Mashut, Siraj Mod Zaini, Hafizan Taib
[Selangorku] 2.10 tgh hari : Kapasiti Stadium Merdeka yang hampir penuh telah mengakibatkan peserta yang lewat sampai tidak boleh memasuki stadium.
1.40 tgh hari : Peserta HKR hampir memenuhi ruang Stadium Merdeka yang mempunyai kapasiti 30,000 orang.
Sementara menunggu acara yang seterusnya daripada penganjur, peserta Islam mengambil kesempatan menunaikan solat Zohor di atas padang dan ruang lapang stadium tersebut.
Suasana riang menyelubungi hadirin dan ada yang mengatakan ia tidak seperti himpunan dulu yang sarat dengan perasaan tekanan dari pihak berkuasa.
1.15 tgh hari : Lebih kurang 10,000 mahasiswa sampai di stadium setelah mereka berarak dari Masjid Universiti Malaya.
12:35 pm : Perarakan Royalti dari KLCC bergabung dengan kumpulan Solidarti Anak Muda Malaysia di Lebuh Ampang. Jumlah peserta tersebut sudah mencecah 50,000 menuju ke stadium merdeka.
Manakala di Pasar Seni pemimpin Pakatan Rakyat seperti Exco Selangor Elizabeth Wong dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud sedang memberi taklimat kepada perserta tentang perarakan yang bakal bermula pada pukul 1 ptg.
Mereka juga mengingatkan lebih 300 peserta wanita berbaju ungu supaya membawa poster yang hanya mengandungi perkataan positif dan tidak melayan cubaan untuk mencetuskan provokasi.
Lebih 3,000 peserta perhimpunan dari kumpulan kedua berarak ke Stadium Negara dari Pasar Seni yang diiringi Unit Amal PAS sambil melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’.
Sementara itu Pengerusi HKR Mohamad Sabu dan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah tiba di Stadium Merdeka.
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga telah berada di dalam stadium.
12 pm Kira-kira 10,000 penyokong gerakan menuntut Royalti minyak mula bergerak dari KLCC ke Stadium Merdeka di ketuai Pengerusi ANAK Mazlan Aliman.
11.10 pagi – Di Pasar Seni dan Jalan Petaling hampir 2,000 orang telah berada disini. Kebanyakan mereka memakai baju kuning Bersih 2.0.
Bunyi hon kenderaan yang melintasi jalan di hadapan Pasar Seni sebagai tanda sokongan bertali arus.
Berdasarkan lapuran ditujuh lokasi utama terdapat lebih 30,000 telah pun berada di ibu negara sejak jam 11.00 pagi tadi.
Tujuh lokasi yang menjadi tumpuan sebelum bergerak ke Stadium negara tersebut adalah KLCC,Brickfield, Masjid Universiti Malaya,Pasar Seni,
Himpunan yang di anjurkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat ini mensasarkan seramai mungkin rakyat turun untuk memberi sokongan selain memberi tekanan kepada BN.
Selain tiga komponen besar PR yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP beberapa parti bebas dari Sabah dan Sarawak juga dijangka akan menyertai himpunan yang mendapat permit dari pihak polis ini.
Turut serta dijangkakan juga beberapa NGO seperti BERSIH 2.0, Anti-Lynas, Anak, SAMM, Gamis, Muafakat, Kase serta beberapa lagi.
Orang ramai dari semua tujuh lokasi tersebut akan berarak ke stadium negara dimana majlis himpunan tersebut bermula jam 2.00 petang nanti
Dijangkakan hampir satu juta akan membanjiri Stadium merdeka.
Sementara itu pihak polis yang menyedia 50 Marshal untuk membantu pihak media juga kelihatan dibeberapa lokasi.
Sejak malam tadi pihak polis kelihatan berada dibeberapa lokasi yang bertugas sebagai pengawal trafik.
11.00 pagi – Selebriti Abby Abadi memilih untuk bersama penyokong Gerakan Menuntut Royalti ‘R’ sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, KL112 sebagai tanda sokongan bersama warga Kelantan dan Terengganu yang teraniaya selama ini.
Menurutnya sebagai warga Kuala Lumpur, beliau ingin menyambut kehadiran tetamu yang ingin menyatakan sokongan rakyat demi membawa perubahan kepada negara.
“Alhamdulillah saya diberikan sempatan untuk bersama mereka. Sebelum ini saya tidak berpeluang menyertai mereka.
“Saya harap kerajaan sudi untuk mengembalikan hak mereka sebelum rakyat membuat perubahan,” katanya di hadapan KLCC.
Beliau berharap himpunan hari ini berlangsung aman dan tiada sebarang provokasi yang bakal mencemar kelangsungan KL112.
11.10 pagi – Di Pasar Seni dan Jalan Petaling hampir 2,000 orang telah berada disini. Kebanyakan mereka memakai baju kuning Bersih 2.0.
Bunyi hon kenderaan yang melintasi jalan di hadapan Pasar Seni sebagai tanda sokongan bertali arus.
10.25 pagi .. Di Pasar seni dan Jalan Petaling.. orang ramai mula bergerak ke Stadium Negara dengan Laungan Takbir dan Reformasi.
Gambar:
P/s: Kredit kepada pemilik gambar sama ada media, portal, individu ataupun blog dan laman sesawang.
. Gambar-gambar lain di sini.
. Gambar-gambar lain di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.