Malaysia Negara Paling Selamat...2 Amuk Depan Pondok Polis
Sekadar hiasan. Foto: FMT |
[HM] PETALING JAYA: Dua lelaki yang tidak berpuas hati apabila mangsa
dibelasah mereka lari bersembunyi dalam Pondok Polis Desa Mentari,
Sungai Way, di sini, bagi mendapatkan perlindungan bertindak mengamuk di
depan premis itu menggunakan rantai besi, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, kedua-dua lelaki terbabit bertindak
samseng apabila menjerit memanggil nama mangsa berusia 25 tahun dan
cuba menceroboh masuk ke pondok polis itu untuk mendapatkan mangsa.
Bagaimanapun, tindakan kedua-dua lelaki terbabit mengundang padah apabila mereka segera diberkas anggota polis yang berkawal di pondok itu, manakala senjata dirampas.
Menurut sumber, pergaduhan antara dua lelaki terbabit dan mangsa
bermula setengah jam sebelum kejadian apabila mangsa yang menetap di
Shah Alam dibawa ke Desa Mentari, Jalan Klang Lama, di sini.
“Mangsa yang berada di rumahnya didatangi dua lelaki itu sebelum dibawa ke sebuah flat di Desa Mentari kononnya untuk berbincang.
“Seorang daripada lelaki terbabit menuduh mangsa cuba mengganggu teman wanitanya dan dia mahu berbincang bagi mendapatkan penjelasan mangsa,” katanya.
Sumber berkata, sebaik tiba di flat berkenaan, lelaki terbabit
tiba-tiba memarahi mangsa dan memukul kepalanya dengan rantai besi
sehingga berdarah menyebabkan mangsa yang ketakutan melarikan diri
kerana bimbang dibelasah dengan lebih teruk.
“Mangsa berlari ke arah Pondok Polis Desa Mentari bagi mendapatkan perlindungan. Ketika dia cuba dibantu anggota polis pondok itu tiba-tiba dua lelaki yang menyerangnya datang sambil menjerit.
“Kedua-dua lelaki terbabit kemudian membuat kecoh di depan pondok
polis itu dan cuba masuk ke dalam untuk menyerang semula mangsanya,”
katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menahan dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun kerana melakukan serangan terhadap mangsa di depan pondok polis berkenaan.
P/s: Baca:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.