Che Det Akui Jika Rakyat Pilih PR, BN Tidak Akan Berkuasa Semula
Jika PR berkuasa, rakyat tak berpeluang pilih BN kembali, kata Dr M
[TMI] KUALA LUMPUR, 6 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang kerana mereka tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR telah memerintah.
Jelas mantan perdana menteri itu lagi, pilihan untuk "merubah pemimpin" itu juga bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya mengingatkan berkemungkinan ia langkah yang amat teruk.
"Ada yang kata kita tukarlah (pemimpin) ... cuba yang lain ... kita cuba lima tahun, kalau tidak baik, kita tukar.
"Sekali mereka berkuasa, mereka akan buat untuk rakyat tidak boleh bertukar lagi kepada BN," kata Dr Mahathir ketika program sepetang bersama beliau di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini.
Jelas beliau yang telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri, usaha mengubah pemimpin negara itu juga berkemungkinan akan menghancurkan negara ini jika kita hanya memilih mereka yang hanya "ingin menjadi perdana menteri."
"Jika kita menghargai keamanan dan kemakmuran yang kita ada, kita pasti akan dapat lebih lagi daripada pembangunan," kata Dr Mahathir lagi.
P/s: Kata Che Det: "Sekali mereka berkuasa, mereka akan buat untuk rakyat tidak boleh bertukar lagi kepada BN"
Persoalannya, apa yang bakal PR "buat" agar rakyat tidak akan memilih BN dalam PRU14? Cuba lihat apa yang PR "buat" di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, dan Kedah! Kalau anda rasional, rajin membaca, menganalisis, anda dapat melihat perubahan dan nikmat yang diperoleh rakyat di negeri-negeri itu.
Apa maksud "buat" dalam minda Che Det?
Agak melucukan apabila pemimpin BN semakin terdesak meyakinkan rakyat agar terus mengundi BN walaupun majoritinya kini sudah dapat menilai pentadbiran BN sejak negara ini merdeka lagi.
Lebih melucukan, mereka kini tidak segan silu menunjukkan "ketakutan" mereka untuk berhadapan dengan PR dalam PRU 13!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.