Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 11 September 2012

Komen Artis yang Terlibat Acara Sambutan Pengasas Syarikat Arak Terkemuka Dunia



Kenapa Baru Sekarang Isu Minuman Keras Dibangkitkan? – Mizz Nina

[Murai.com] KUALA LUMPUR - Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.

“Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.

“Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.

“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.

“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini.

Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya.


P/s: Apabila artis ini mempersoal sebab perkara ini baru sekarang dibangkitkan, maka sudah tentu kita dapat menilai kecelikannya tentang hukum dan agama. Walhal isu arak ini sudah diperkatakan sejak zaman Nabi lagi. Hadis juga ada menyebut tentang 10 kelompok atau golongan yang dilaknat Allah kerana terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan arak.

Baca:

Annas bin Malik berkata Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak, iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya, dan juga pemesannya .” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah  adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan . Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya ." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)


Abu Malik al-Ays’ari berkata Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain . (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis . Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi ." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman .) - Sumber: loveloveislam.com

Walaupun artis tersebut bukan pembuat, pengedar, peminum, pembawa, pengirim, penuang, penjual,  pembayar atau pemesan arak, namun jelas dia merupakan pemakan wang hasil arak. Wang bayaran  persembahannya itu sudah tentu ada kaitan dengan jualan arak.

Oleh yang demikian, muhasabah diri, belajarlah jika jahil, dan berhati-hatilah mengeluarkan kata-kata kerana kata-kata itu akan memberikan kesan kepada akidah, maruah diri dan keluarga, dan sudah tentu memberikan ruang kepada orang untuk menilai diri.

Walaupun keluarga kita mengetahui dan merestui perbuatan kita, tidak semestinya perbuatan itu direstui Allah.

Cerita awal di sini.


  1. Tak kisah laa, orang nak pertikai swkarang atau nak pertikai lamaaa dahulu. Haram tetap haram, Mek..!

    Kalau mak bapak Mek kata tak haram pun, kalau pekerjaan tu jelas haram, tinggalkan sahaja tempat tu.!

    Benda macam ni pun nak berdalih2..?

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, September 11, 2012 7:08:00 PTG      
  2. Assalam admin!memang dia nie buta hati,pa2 pun semuga Allah SWT akan memberi hidayah dan petunjuk agar dia dan kawan dia tu tak berada dalam kesesatan.Amin!

    gravatar Comment by 5sal @ Selasa, September 11, 2012 10:51:00 PTG      
  3. Allah telah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 125:

    “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.”

    Semoga hati, akal dan fizikal kita, hidup dan mati kita, Allah pegang utuh di atas jalanNYA. Selamatkanlah kami wahai Tuhan yang maha mengetahui, dari segala kejahilan, kebatilan dan kedengkelan mereka yang jahil lagi fasik.

    Ameen Ya Rabb

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, September 19, 2012 1:13:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH