[Video] Gadis Koma Selepas Jalani Rawatan Besarkan Punggung, Seorang Lelaki Didakwa
Dr Pop memohon maaf daripada ibu bapa Athitiya Eiamyai. |
[HM] BANGKOK: ‘Doktor’ kosmetik tanpa lesen, Thanat Natveerakul, 24, yang
dikenali sebagai Dr Pop, membuat pengakuan dia menyuntik sejenis bahan
pengisi di punggung Athitiya Eiamyai, 33 tahun yang menyebabkan mangsa
koma.
Thanat menyerah diri kepada Polis Bahagian Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak, semalam.
Dia mengaku tidak mempunyai lesen untuk melakukan prosedur itu tetapi
berkata pernah bekerja sebagai pembantu di klinik kulit dan diberi
tugas untuk membuat suntikan. Selepas mendapat pengalaman, dia meletak
jawatan dan mula mencari pelanggan sendiri yang datang kepadanya melalui
hebahan mulut ke mulut.
Katanya, dia membuat suntikan kepada 20 wanita yang kebanyakannya termasuk Athitiya, bekerja sebagai jurujual.
Katanya, dia membuat suntikan kepada 20 wanita yang kebanyakannya termasuk Athitiya, bekerja sebagai jurujual.
Perkhidmatan yang biasa diberikan termasuk suntikan untuk pemutihan
kulit dan suntikan membesarkan saiz punggung pada harga antara 500 dan
1,000 baht (RM50 dan RM100) tetapi dia mengenakan bayaran 40,000 baht
(RM4,000) kepada Athitiya kerana dia menggunakan bahan pengisi yang
diimport, sebelum ini dilaporkan sebagai kolagen.
Thanat berkata dia menyesal menyebabkan Athitiya koma dan akan membayar kos rawatan perubatannya. Dia turut meminta maaf kepada ibu bapa Athitiya yang berkata mereka tidak menyalahkan Thanat sepenuhnya kerana anak mereka secara sukarela mendapatkan perkhidmatannya. - Bangkok Post
Kemas Kini:
3 Okt 2012
Wanita Disuntik Bahan Kimia oleh Dr Pop Meninggal Dunia
BANGKOK: Wanita yang koma selepas disuntik dengan bahan kimia di punggungnya oleh ahli komestik tidak berlesen, meninggal dunia, semalam.
Athitiya Eiamyai, 33, jurujual diisytihar meninggal dunia pada 10.35 pagi di unit rawatan rapi Hospital Kluaynamthai.
Pada 16 September lalu, Thanat Natveerakul, yang dikenali sebagai Dr Pop, menyuntik satu bahan ke punggung Athitiya di sebuah kondominium di Lat Phrao sebagai prosedur untuk mencantikkan bentuk badannya.
Selepas beberapa minit, Athitiya pengsan dan terus koma.
Doktor berkata, jantungnya berhenti berdegup dan oksigen tidak dapat disalurkan ke otak selama sekurang-kurangnya empat minit.
Dr Pop kemudian menyerah diri kepada polis dan mengaku dia tidak mempunyai lesen untuk melakukan prosedur itu.
Kata Dr Pop, dia pernah bekerja di klinik kulit sebagai pembantu dan mempunyai pengalaman memberi suntikan.
Dia berhenti bekerja di klinik itu dan membuka klinik sendiri.
Dia mendapat pelanggan melalui promosi mulut ke mulut. - Bangkok Post

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.