Apa Kaitan Mereka dengan "Malaysia Sebagai Negara Paling Selamat di Asia Tenggara"?
[Kosmo] KUALA LUMPUR – Seramai 20 mangsa beberapa kes rompak di Taman Sri Segambut, Segambut di sini meminta pihak polis meningkatkan kekerapan rondaan dan menempatkan sebuah balai polis bergerak bagi mengatasi masalah jenayah yang meningkat di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini.
Difahamkan, tiga kes rompak berlaku dalam tempoh seminggu sehingga menyebabkan penduduk terutama golongan wanita dan kanak-kanak terpaksa tinggal dalam ketakutan setiap hari.
Seorang peniaga, Sia Mei Kei, 56, berkata, kes samun yang menimpa dirinya beberapa minggu lalu menyebabkan dia mengalami kerugian berjumlah RM50,000.
“Kumpulan perompak menyerbu masuk rumah saya pada awal pagi ketika saya mahu keluar berniaga.
“Saya terpaksa menurut segala perintah mereka dengan menyerahkan wang tunai, barangan kemas dan sebuah kereta bagi mengelakkan mereka mencederakan saya sekeluarga,” katanya ketika membuat aduan di Pusat Perkhidmatan Gerakan Segambut di sini semalam.
P/s: Ironinya, siang malam polis mendakwa jenayah di negara kita semakin menurun. Lagi ironi apabila Malaysia diangkat sebagai Negara Paling Selamat di Asia Tenggara.
Siapa sediakan statistik jenayah di Malaysia sehingga membolehkan Malaysia menerima gelaran itu?
Jeng jeng jeng!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.