Bayi Baru Lahir Dicampak dari Tingkat 3, Lahanat!!!
[SH] PETALING JAYA – Mayat bayi perempuan masih bertali pusat ditemui di kawasan letak kereta di Blok 1, Pangsapuri Desa Mentari awal pagi semalam.
Bayi dipercayai baru dilahirkan dan dicampak dari tingkat tiga blok pangsapuri itu, ditemui penduduk kira-kira jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bayi tersebut mati akibat cedera parah di kepala dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Menurutnya, seorang wanita berusia 20-an dipercayai ibu bayi tersebut ditahan bagi membantu siasatan.
“Kita masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Seorang penduduk, Jundi Mat, 35, yang menemui mayat bayi itu berkata, ketika kejadian dia sedang membaiki motosikal dan menyedari ada sesuatu yang jatuh di belakangnya.
“Pada awalnya, saya menyangka orang membaling sampah dari tingkat atas kerana itu sudah menjadi kebiasaan penduduk di sini, tetapi terkejut apabila melihat darah di kepala bayi.
“Saya mendapati bayi itu tidak bergerak dan mendapatkan bantuan dari jiran untuk melaporkan kepada polis,” katanya.
Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia sudah 10 tahun tinggal di pangsapuri 11 tingkat itu dan tidak pernah berlaku kejadian buang bayi.
Berita Berkaitan:
[Kosmo] PETALING JAYA - Ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar menanti kelahiran anak sempena Hari Malaysia, lain pula dengan seorang ibu yang tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan pada hari bersejarah itu dari tingkat tiga Blok 1, Flat Desa Mentari di sini semalam.
Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut pada pukul 11 pagi.
Saksi kejadian, Jundi Mat, 35, berkata, sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada.
Menurut pemuda itu, dia pada mulanya menyangka objek yang tertiarap di kawasan letak kereta tersebut anak patung sebelum dia kemudian menghampiri objek itu.
"Alangkah terkejutnya saya apabila objek tersebut bukan anak patung tetapi rupa-rupanya seorang bayi dalam keadaan berbogel, masih bertali pusat dan berlumuran darah.
"Bayi yang kepalanya turut kemek tidak menangis dan tidak bergerak kerana sudah tidak bernyawa," cerita Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.