Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label buang bayi. Papar semua catatan

, ,

Sabtu, 20 September 2014

Bayi di dalam Paip Pembetung



[Harian Metro] Linyi (China): Seorang bayi baru lahir ditemui di dalam paip pembetung di sebuah universiti di sini selepas seorang pelajar melahirkannya dan melarikan diri.

Polis percaya wanita muda itu mahu menyembunyikan kehamilannya dengan membiarkan bayi itu jatuh ke dalam tandas di asrama pelajar universiti berkenaan di bandar di wilayah Shandong ini.

Bayi terselamat itu kerana paip berkenaan tidak cukup besar menyebabkan dia tersekat.

Pelajar yang menggunakan tandas asrama itu mendengar tangisan bayi malang berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Anggota bomba yang datang ke tempat kejadian terkejut melihat bayi itu tersekat di dalam paip dan menangis.

“Sukar menyelamatkannya dari atas. Dia jatuh ke dalam tandas dan melurut masuk ke paip pembentung, tersekat di antara tingkat tiga dan empat bangunan asrama,” kata jurucakap bomba tempatan, Tao Fang.

Pasukan penyelamat memecahkan paip di tingkat tiga sebelum menolak bayi untuk disambut rakan mereka di tingkat empat.

Dalam pada itu, polis menjejaki ibu bayi itu yang juga pelajar dan menetap di bangunan asrama berkenaan.

Pegawai berkata, mereka masih menunggu hasil soal siasat sebelum memutuskan tuduhan yang akan dikenakan terhadapnya. - Agensi/20/9/14


, ,

Khamis, 8 Mei 2014

Jurujual Buang Bayi di dalam Tandas Farmasi


[HM] Ampang – Seorang jurujual farmasi yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan membuang bayi yang dilahirkannya di dalam tandas di Taman Melawati di sini, Jumaat lalu menangis sebaik melihat gambar mayat anaknya ketika ditunjukkan polis mahkamah.

Dengan pengakuan remaja berusia 18 tahun itu, Majistret Noor Farah Hazwani Osman menetapkan 16 Julai ini untuk jatuh hukum dan mendapatkan laporan akhlaknya.

Remaja itu pada mulanya mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula kepadanya.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu tanpa diketahui sama ada itu bayi mati selepas atau semasa dilahirkan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu jam 4 petang pada 2 Mei lalu di tandas sebuah farmasi di Taman Melawati.

Remaja perempuan yang juga pekerja farmasi berkenaan ditahan ketika sedang menerima rawatan di sebuah hospital berdekatan .

Penahanan itu dibuat selepas rakan sekerjanya menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalam tandas premis berkenaan.

Pekerja berusia kira-kira 30 tahun itu menemui mayat bayi tersebut yang sudah kaku pada pukul 4 petang iaitu ketika dia masuk untuk meletakkan bekas berisi air di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihak polis menerima panggilan daripada salah seorang pekerja farmasi terbabit sebelum sepasukan pegawai polis dan forensik dikerah ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba katanya, pihak forensik mendapati mayat bayi yang berada di dalam mangkuk tandas sudah tidak bernyawa.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak pengurusan bagi meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan bagi membantu siasatan.

“Mayat bayi yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Ke seksaan kerana menyembunyikan kelahiran atau pembuangan bayi yang telah mati. -8/5/14/krdt: MyNewsHub

P/s: KEJAM!!!!


, ,

Pelajar Ditahan, Teman Lelaki Dicari Bantu Kes Mayat Bayi di dalam Tangki Pam Tandas



[Bernama] Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Butterworth, Bukit Mertajam ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki di dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth semalam.

Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditahan di rumahnya pada jam 12.30 tengah hari semalam, kira-kira lima jam selepas mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata siasatan awal polis mendapati pelajar terbabit dibawa bapanya ke klinik itu pada Selasa selepas mengadu sakit perut kerana senggugut.

"Ketika diperiksa doktor, remaja perempuan itu memaklumkan dia sakit perut dan mahu ke tandas dan melahirkan bayi lelaki di tandas itu," katanya kepada pemberita selepas 'Program High Policing' di Kubang Semang, hari ini.

Beliau berkata, remaja itu dipercayai panik apabila bayinya menangis lalu memasukkannya ke dalam tangki pam tandas berkenaan sebelum dia pergi ke kereta bapanya yang sedang menunggu di kawasan klinik itu.

Mazlan berkata, remaja itu tidak memberitahu bapanya kejadian itu dan mereka terus pulang ke rumah.

Katanya, berdasarkan siasatan polis, pelajar itu mengaku mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya berusia 18 tahun.

Remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditahan reman bagi membantu siasatan sementara polis cuba mengesan teman lelaki remaja berkenaan yang dipercayai melarikan diri.

Pagi semalam, seorang pesakit wanita yang menggunakan tandas di klinik itu, menemui mayat bayi lelaki tanpa pakaian di dalam tangki pam tandas klinik itu. – 8 Mei, 2014.

P/s: KEJAM!!!!


Rabu, 25 Disember 2013

Pelajar IPTS Buang Bayi dari Bilik Air


[Bernama] Seorang pelajar perempuan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Masjid Tanah di sini bertindak membuang bayi yang dilahirkannya awal hari ini ke luar tandas bagi mengelak dikesan ahli keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui di luar tandas rumah ibu saudara pelajar berusia 18 tahun itu di Batang Tiga Tanjung Kling di sini, kira-kira 1.00 pagi.

Beliau berkata sebelum kejadian, pelajar terbabit yang bercuti di rumah ibu saudaranya itu masuk ke dalam tandas dan tidak keluar selepas hampir sejam sehingga menimbulkan kecurigaan.


"Makcik pelajar itu kemudian bertindak masuk ke dalam bilik air sebelum melihat banyak darah di lantai namun pelajar itu memaklumkan yang dia mengalami buasir," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Raja Shahrom berkata ibu saudara pelajar terbabit yang berusia 60 tahun kemudian bertindak membawanya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Raja Shahrom berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar terbabit mengalami pendarahan disebabkan melahirkan anak sebelum laporan polis dibuat pihak hospital terbabit kira-kira 12 tengah malam.

Beliau berkata polis kemudian bertindak melakukan pemeriksaan di rumah itu sebelum menemui mayat bayi tersebut di luar tandas rumah berkenaan.

Katanya siasatan awal polis mendapati bayi tersebut dipercayai dibuang melalui ruang udara di bahagian bumbung tandas selepas dilahirkan.

Mayat bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sedang menyiasat sama ada bayi tersebut masih hidup atau tidak selepas dilahirkan dan pelajar terbabit akan ditahan bagi membantu siasatan sebaik menerima rawatan," katanya. - 25 Disember, 2013.

, , ,

Sabtu, 13 Julai 2013

Wanita Campak Bayi Baru Lahir Sebelum Dilenyek Kenderaan



[HM] Beijing: Seorang wanita mencampak anaknya keluar dari tingkap sebuah apartmen sebelum bayi terbabit dilanggar sebuah kereta, lapor media semalam.

Rakaman kamera litar tertutup di situ menunjukkan sebuah beg berisi bayi perempuan itu terhempas ke jalan raya di pinggir bangunan. Ia kemudian dilenyek sebuah kenderaan. Ibu mangsa seorang pekerja salun rambut berusia 18 tahun melahirkan bayi itu di sebuah bilik mandi di tingkat dua bangunan berkenaan Selasa lalu.

Dia tinggal di apartmen berkenaan bersama hampir 10 penghuni lain.

Sumber berkata, sejurus selepas bersalin wanita terbabit pergi ke tangga di antara tingkat dua dan tiga sebelum mencampak bayinya dari tingkap.

Tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu mati kerana terhempas atau akibat dilanggar. Wanita itu kemudian ditahan atas kesalahan membunuh sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. - AFP

Cerita lanjut di sini.


P/s: Gila kejam!!!!



,

Isnin, 24 Jun 2013

Bayi Malang Dibuang, Mulut Berbau Racun

Sekadar hiasan.

[HM] Tongod: Meskipun diberi minum racun dan dibuang tanpa sehelai pakaian sebaik dilahirkan, namun nasib tetap menyebelahi seorang bayi lelaki apabila ditemui penduduk dalam keadaan masih hidup sebelum diberi rawatan tradisional.

Namun, keadaan bayi malang itu ditemui di depan rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di Ladang KJS di Kampung Inarad, di sini, kira-kira jam 5.30 petang pada 16 Jun lalu, dilihat semakin lemah.

Keadaan itu menyebabkan penduduk segera menghantarnya ke klinik bergerak, kelmarin, bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan, bayi itu dipercayai cuba digugurkan ibunya ketika kandungan berusia lima bulan, tetapi sebaik ‘dilahirkan’, bayi berkenaan terus bernyawa.

Tidak sanggup membunuh dengan mencederakan bayi itu, pelaku yang lebih kejam daripada binatang itu kemudian memberi insan kecil itu racun sebelum meninggalkan bayi terbabit dalam keadaan bogel di hadapan rumah pekerja ladang sawit.

Individu menemui bayi terbabit mendakwa mulut bayi itu berbau racun dan masih hidup sebelum dirawat menggunakan perubatan tradisional.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Deputi Superintendan Martin Lugu ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih melakukan siasatan.

“Saya difahamkan sebaik menemui bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu, pekerja ladang hanya membawanya berubat menggunakan kaedah tradisional berikutan kedudukan ladang yang jauh dari hospital.

“Namun, oleh kerana keadaannya semakin lemah, bayi itu dihantar ke Klinik Bergerak Kampung Inarad, kelmarin, bagi mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum satu laporan polis dibuat,” katanya.

Martin berkata, siasatan awal mendapati, mulut bayi itu berbau racun ketika ditemui dan sehingga kini, belum ada individu yang tampil menuntut bayi terbabit.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Martin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31, Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.


P/s: Gila kejam!!!



, ,

Jumaat, 31 Mei 2013

Bayi Terperangkap di dalam Paip Tandas Diserahkan kepada Ibunya



[Kosmo] BEIJING - Bayi baru lahir yang diselamatkan dari saluran paip kumbahan di China diserahkan kepada ibunya selepas pihak berkuasa mengesahkan bayi itu terperangkap kerana kemalangan, kata seorang pegawai tempatan semalam.

Bayi lelaki itu dibawa pulang dari hospital oleh ibunya yang belum berkahwin yang datang bersama seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada anak tersebut.

Seorang pegawai di sebuah pejabat propaganda daerah Pujiang berkata, lelaki itu akan membuat ujian untuk mengesahkan sama ada bayi tersebut ialah anaknya.

Jika ujian itu mengesahkan bayi itu ialah anaknya, dia bersedia berbincang dengan wanita tersebut cara untuk membantu membesarkannya.

Pihak berkuasa juga masih tidak mendedahkan identiti pasangan tersebut.

Kes tersebut telah mencetuskan perdebatan mengenai kekurangan pendidikan seks dan cara melahirkan bayi yang betul di kebanyakan sekolah di China.

Pihak polis juga memutuskan bahawa wanita bujang berusia 22 tahun itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana dia memberitahu perkara yang sebenar walaupun pada awalnya enggan tampil kepada pihak berkuasa kerana diselubungi ketakutan.

Wanita itu memberitahu polis dia mengandung selepas melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki dan merahsiakan kehamilan itu daripada keluarga serta jiran.

Dia kemudian melahirkan bayi tersebut di dalam tandas di rumah sewanya di bandar Jinhua, wilayah Zhejiang, China.

Bagaimanapun, bayi tersebut terjatuh di dalam saluran tandas cangkung itu pada Sabtu lalu.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu terperangkap di dalam saluran paip berbentuk L di bawah tandas cangkung apabila anggota bomba tiba di bangunan sewa tersebut.

Bayi itu kemudian dibawa ke sebuah hospital supaya kerja-kerja memecahkan paip tersebut dibuat tanpa mencederakan bayi berkenaan. - AP


Berita awal di sini.



,

Rabu, 29 Mei 2013

[Gambar & Video] Bayi Baru Lahir Terperangkap di dalam Saluran Paip Tandas



[HM] Jinhua: Seorang bayi baru lahir diselamatkan anggota bomba selepas dia dibuang tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China.

Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis.

Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.

Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.

Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.

Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. 

Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. 

“Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.” 

Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. - Daily Mail

The baby was discovered head first in a neighbour's toilet pipe





















, ,

Khamis, 25 Oktober 2012

[Video] Remaja Turki Lahirkan Bayi Ketika Berjalan? Siasatan Mendapati Kejadian Itu Tidak Benar


Kejadian yang hangat diperkatakan ini seolah-olah mustahil untuk dipercayai, tetapi beberapa akhbar melaporkan rakaman CCTV menunjukkan seseorang remaja melahirkan anak ketika dia berjalan di sebatang jalan.

Namun hasil siasatan mendapati bayi itu mungkin dilahirkan lebih awal kerana tali pusat bayi itu telah dipotong dan hasil pemeriksaan yang dilakukan di hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan di rumah bukannya ketika remaja tersebut berjalan.

Misteri kelahiran bayi itu terjawab apabila hasil siasatan awal yang dilaporkan oleh Hurriyetdailynews mendapati bapa bayi tersebut ialah teman lelaki remaja tersebut yang berusia 17 tahun.

Kes itu bertambah rumit apabila remaja perempuan itu kemudiannya mendakwa dirogol oleh abang teman lelaki dan rakannya selepas mengetahui dia dan teman lelakinya melakukan seks. Menurut siasatan, abang teman lelaki remaja tersebut mengugut untuk membocorkan rahsia asmaranya jika dia enggan berbuat demikian.-DCM



A teenage girl walks along the street with her parents shortly before appearing to give birth on the pavement
The girl's parents stare briefly at the baby on the floor before walking away
Pejalan kaki melihat keadaan bayi tersebut sebelum bertindak menghubungi pihak polis.
Keeping her warm: Police wrap the infant in a blanket before being taken to hospital, where she was reportedly named Ecem Ahu

Anggota polis membalut tubuh bayi itu sebelum membawanya ke hospital. Pihak hospital menamakan bayi itu Ecem Ahu


Ecem Ahu

P/s: Buang bayi? Tetapi tidak sehebat Malaysia!



, , ,

Isnin, 17 September 2012

Bayi Baru Lahir Dicampak dari Tingkat 3, Lahanat!!!



[SH] PETALING JAYA – Mayat bayi perempuan masih bertali pusat ditemui di kawasan letak kereta di Blok 1, Pangsapuri Desa Mentari awal pagi semalam.

Bayi dipercayai baru dilahirkan dan dicampak dari tingkat tiga blok pangsapuri itu, ditemui penduduk kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bayi tersebut mati akibat cedera parah di kepala dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Menurutnya, seorang wanita berusia 20-an dipercayai ibu bayi tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Seorang penduduk, Jundi Mat, 35, yang menemui mayat bayi itu berkata, ketika kejadian dia sedang membaiki motosikal dan menyedari ada sesuatu yang jatuh di belakangnya.

“Pada awalnya, saya menyangka orang membaling sampah dari tingkat atas kerana itu sudah menjadi kebiasaan penduduk di sini, tetapi terkejut apabila melihat darah di kepala bayi.

“Saya mendapati bayi itu tidak bergerak dan mendapatkan bantuan dari jiran untuk melaporkan kepada polis,” katanya.

Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia sudah 10 tahun tinggal di pangsapuri 11 tingkat itu dan tidak pernah berlaku kejadian buang bayi. 


Berita Berkaitan:

[Kosmo] PETALING JAYA - Ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar menanti kelahiran anak sempena Hari Malaysia, lain pula dengan seorang ibu yang tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan pada hari bersejarah itu dari tingkat tiga Blok 1, Flat Desa Mentari di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut pada pukul 11 pagi.

Saksi kejadian, Jundi Mat, 35, berkata, sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada.

Menurut pemuda itu, dia pada mulanya menyangka objek yang tertiarap di kawasan letak kereta tersebut anak patung sebelum dia kemudian menghampiri objek itu.

"Alangkah terkejutnya saya apabila objek tersebut bukan anak patung tetapi rupa-rupanya seorang bayi dalam keadaan berbogel, masih bertali pusat dan berlumuran darah.

"Bayi yang kepalanya turut kemek tidak menangis dan tidak bergerak kerana sudah tidak bernyawa," cerita Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori.


Kemas Kini:





, , , ,

Selasa, 18 Oktober 2011

Pelajar 16 Tahun Bunuh Anak Luar Nikahnya


Saya petik:

[HM] BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek....


P/s: Gila!!!!!

, ,

Rabu, 5 Oktober 2011

[Gambar] Fenomena Pengguguran Bayi di Temasek












Sumber gambar dan maklumat lanjut di sini.

P/s: Menyedihkan! 

Berdasarkan maklumat tertera, fenomena yang menakutkan ini berlaku di Temasek. Sila klik pautan di atas untuk membaca maklumat lanjut.


, ,

Selasa, 4 Oktober 2011

Remaja 19 Tahun TERGAMAK MENCAMPAK Bayi Baru Lahir dari Tingkat 2 Flat


Saya petik:

TAHAN...suspek ditahan selepas mengaku membuang bayinya.
TAHAN...suspek ditahan selepas mengaku membuang bayinya.

KEJAM ...anggota polis mengangkat mayat bayi yang dicampak dari tingkat dua  flat.
KEJAM ...anggota polis mengangkat mayat bayi yang dicampak dari tingkat dua flat.
[HM] GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.

Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.

Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.

Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.


[Kosmo] SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.

Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.

“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).

“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

P/s: Syaitan betina!


, , ,

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kepala Bayi Putus Ditarik Ibu

Saya petik:

[HM] MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.

Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di tingkat bawah rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan melahirkan bayinya bersendirian.

Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.

“Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9 malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis,” katanya.

P/s: Gila!!!!


.

, ,

Jumaat, 22 Julai 2011

Gadis OKU Dua Kali Lahir Anak Luar Nikah Buang Bayi

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] KOTA TINGGI: Selepas menyusukan dan meletakkan bayi baru dilahirkannya di belakang rumah didiami bersama keluarga di Teluk Sengat di sini, seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun dikatakan sanggup membuat helah mengejutkan ibunya dengan memberitahu terdengar tangisan bayi, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, ibu wanita berkenaan panik terus mengejutkan suaminya sebelum mereka menemui bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan bogel di tepi longkang rumah mereka. 

Bagaimanapun, helah wanita OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di kaki dan mata akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, kira-kira jam 8 malam di rumah keluarganya selepas dipercayai terbabit melakukan perbuatan itu. Difahamkan, kejadian itu kali kedua wanita berkenaan melahirkan bayi luar nikah hasil hubungan haramnya dengan teman lelakinya warga Nepal selepas dua tahun lalu turut melahirkan bayi luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki warga Indonesia.

Menurut wanita itu, dia melahirkan bayi berkenaan seorang diri kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam bilik tidur di rumah keluarganya.
“Ibu bapa saya tidur di bilik sebelah manakala adik bongsu pula di ruang tamu tidak menyedari kelahiran berkenaan.

“Sejurus selepas bersalin, saya sempat menyusu dan mendakap bayi saya sebelum senyap-senyap keluar ke belakang rumah lalu meletakkan bayi itu di tepi longkang rumah,” katanya, semalam.

Difahamkan, ketika ditemui, bayi berkenaan masih bertali pusat selain dipenuhi kesan darah sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.
Menurut wanita itu, ketika polis dan kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian, dia yang memakai jean turut membantu membersihkan semut pada muka bayinya itu.

“Keluarga tidak mengetahui saya hamil kerana biasanya keluar rumah seawal jam 5 pagi untuk bekerja di sebuah kilang di Ulu Tiram sebelum pulang pada lewat malam.

“Pada masa sama, saya turut memakai pakaian bersaiz besar bagi mengelak tembelang hamil anak luar nikah diketahui keluarga,” katanya.

Katanya, ini kali kedua dia melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya warga Nepal manakala anak luar nikah pertamanya lahir hasil hubungan dengan seorang lelaki warga Indonesia diserahkan kepada satu keluarga untuk dipelihara.

Pengarah HKT, Dr Maslina Yusof ketika ditemui mengesahkan bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan diberi rawatan antibiotik bagi mengelak sebarang jangkitan.

“Bayi lelaki berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas rawatan selesai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.

“Wanita terbabit direman empat hari hingga Ahad ini dan sudah dihantar ke HKT untuk rawatan perubatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

 P/s: Alahai!

Jumaat, 3 Jun 2011

Buang Bayi di Lubang Sampah


Saya petik:
[HM] GOMBAK: Hanya sehari selepas seorang bayi lelaki baru dilahirkan maut akibat dicampak dari tingkat lima pangsapuri, seorang lagi bayi menjadi mangsa kekejaman apabila dibuang dalam ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang di sini, semalam.

Bagaimanapun, bayi lelaki yang juga baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu terselamat daripada maut apabila dia ditemui pemilik rumah berkenaan ketika mahu membuang sampah pada kira-kira jam 9.30 pagi.

R Punitha, 25, berkata ketika baru keluar rumah untuk membuang sampah, dia sempat melihat dua wanita menunggang motosikal meletakkan sesuatu di ruang membuang sampah di depan rumahnya.

“Saya nampak sendiri dua wanita yang menunggang motosikal meletak sesuatu di depan rumah saya. Saya sangka mereka membuang sampah dan saya kurang senang dengan tindakan mereka kerana tempat itu kawasan persendirian.

“Saya membuka pintu pagar dan menjerit ke arah mereka, namun kedua-dua wanita itu segera memecut laju,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam...


,

Khamis, 2 Jun 2011

[Gambar] Iblis Campak Bayi dari Pangspuri


Saya petik:
Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri

[BH] KUALA LUMPUR: Apalah dosa seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan hingga ada manusia tergamak mencampaknya dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul di sini, ke atas permukaan jalan, hingga bayi malang itu ditemui mati dengan kepalanya pecah, malam kelmarin.

Bayi masih bertali pusat yang dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Pangsapuri Sentul Utara pada jam 11.45 malam, di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah.
 
Polis percaya bayi itu dicampak dari balkoni laluan tangga pangsapuri berkenaan dengan pelakunya dipercayai cuba membuang bayi terbabit ke dalam tong sampah, namun tersasar ke permukaan jalan. 

Pemeriksaan polis turut menemui titisan air dipercayai air ketuban di tangga tingkat empat pangsapuri 15 tingkat itu.

Mayat bayi itu ditemui hanya 16 jam selepas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tersangkut di celah batu di sungai berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi kelmarin.

Sambil menyifatkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sebagai amat hina dan keji, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi itu milik penduduk pangsapuri berkenaan.

"Selain itu, kita juga menyiasat kemungkinan bayi malang ini dibawa oleh orang luar sebelum dibuang di kawasan ini. Berdasarkan kesan kecederaannya, kita percaya bayi ini jatuh dari tempat tinggi iaitu dicampak ke bawah dari pangsapuri ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
 
Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai khususnya penduduk pangsapuri itu yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Saksi kejadian, Ahmad Azhari, 34, berkata beliau baru pulang dari pejabat dan terkejut apabila melihat bungkusan berisi seperti anak patung berhampiran tong sampah, ketika melalui kawasan itu.

“Hancur hati saya melihat rupa-rupanya bungkusan itu berisi bayi baru dilahirkan dengan kepalanya pecah,” katanya.

 P/s: Lahanat!


,

Ahad, 10 April 2011

Sepasang Kekasih Tanam Bayi Luar Nikah

Saya petik:
[HM] HULU SELANGOR: Hanya kerana takut rahsia terbongkar, sepasang kekasih yang sudah terlanjur sejak setahun lalu akhirnya nekad menanam sendiri bayi perempuan yang dilahirkan tidak cukup bulan berhampiran tempat tinggal teman lelakinya itu.

Bagaimanapun, salah seorang jiran lelaki berusia 26 tahun itu yang curiga dengan tindakan pelik pasangan itu bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Difahamkan, polis yang menerima panggilan berhubung kejadian terbabit segera ke rumah lelaki itu sebelum menahannya yang kebetulan berada di dalam rumah berkenaan.

Hasil pendedahan lelaki berkenaan, polis akhirnya menemui ‘kubur bayi’ yang baru dilahirkan teman wanitanya dalam keadaan ditutupi zink bagi mengelakkan dikesan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy berkata, berikutan penemuan itu, suspek yang dipercayai berasal dari Indonesia kini ditahan reman selama empat hari sehingga 12 April bagi membantu siasatan.

“Mayat bayi sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) bagi bedah siasat. Hasil bedah siasat dijangka diperoleh esok (hari ini).

“Namun, usaha mengesan teman wanita suspek yang juga ibu kepada mayat bayi ditemui itu masih gagal dan kita percaya teman wanitanya itu sudah melarikan diri ke Indonesia,” katanya, semalam.

Terdahulu, dalam penemuan mayat bayi perempuan itu kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan iaitu usia kandungan masih tujuh bulan.

Sebaik dilahirkan, bayi itu dikatakan meninggal dunia menyebabkan pasangan itu panik dan bertindak menanam mayat bayi terbabit di kawasan berhampiran bagi mengelakkan dikesan.

Suspek yang bekerja di sebuah kilang baja ayam sejak setahun lalu dipercayai tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri menyebabkan suspek takut untuk menghantar bayi itu ke hospital.

Difahamkan, teman wanita suspek yang bekerja di ibu kota sering bertandang ke rumah teman lelakinya itu menyebabkan mereka sering mengadakan hubungan terlarang. - Raja Noraina

P/s: Lahanat!


, ,

Khamis, 17 Mac 2011

Mayat Bayi TANPA Tangan dan Kaki Ditemui


Saya petik:
[SH] RELAU - Mayat seorang bayi yang tidak diketahui jantinanya ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tangan, kaki dan kemaluanya hilang di sebuah tapak pembinaan berhampiran Blok 88, Desa Relau, Paya Terubong, di sini, petang semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang buruh binaan yang kebetulan melalui kawasan itu, kira-kira jam 4 petang.

Beliau yang hanya mahu dikenali Shanvogavellu berkata, pada mulanya dia menyangka objek ganjil itu batang pisang namum disebabkan curiga dia memberanikan diri untuk melihat objek berkenaan secara lebih dekat.

“Alangkah terkejut apabila mendapati objek ganjil itu sebenarnya bayi tanpa tangan dan kaki.

“Saya kemudian memberitahu majikan sebelum menghubungi polis memaklumkan perkara itu,” katanya di tempat kejadian.

Difahamkan, tangan dan kaki bayi malang yang baru berusia sehari itu sudah dimakan haiwan liar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Kong Meng berkata, mayat bayi itu akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan pihaknya masih menyiasat dan belum membuat sebarang tangkapan.

“Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana cuba menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian bayi terbabit,” katanya.

* Gambar sekadar hiasan.

P/s: Lahanat!

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH